Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

MASALAH HUTANG

Labels: ,


Bercakap berkaitan dengan masalah hutang, akhbar tempatan hari ini ada menyebut seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang. Maknanya ramai kakitangan Kerajaan yang dibebani hutang sehingga ada yang membawa pulang 40 peratus daripada gaji mereka isk isk issssk..



Hemm bila cakap kakitangan kerajaan, orang luar mula la akan pandang "tu la kakitangan kerajaan gaji kecik" "Makan gaji buta" dan sebagainya. Pada pandangan aku la, kerja kerajaan, swasta atau kerja sendiri semua ada hutang tidak kira gaji besar atau kecil semua terlibat dengan hutang. Sebagai contoh la semua orang perlukan rumah , jadi untuk membeli rumah kita perlu membuat pinjaman untuk membeli rumah tersebut melaikan orang yang berkemampuan untuk beli secara tunai begitu juga dengan kereta dan sebagainya.

Kalau dikira rasa-rasa semua yang bekerja mempunyai bebanan hutang bukan sahaja 450,000 petugas awam itu sahaja tetapi termasukla pekerja swasta atau pun yang berkerja sendiri, cuma yang membezakannya tahap bebanan hutang atau jumlah hutang. Bagi yang berpendapatan tinggi bebanan hutang tu atau perbelanjaan tu besarla tapi kalau berpendapatan sedikit maka hutang tu sepatutnya kecil. Apa yang kita lihat sekarang yang berpendapatan sedikit ni mempunyai bebanan hutang yang tinggi..macam mana ini berlaku???...Dalam sektor awam potongan gaji tidak boleh melebihi 60%, tapi ada juga yang gatal-gatal melebehi potongan 60%.

Antara faktor yang menyumbang kepada keterhutangan melampau adalah sikap diri sendiri dimana tidak memikirkan masa depan yang difikirkan nak duit je dan pengaruh nak hidup mewah. Kedua nak duit cepat atau terdesak atau kesempitan hidup, sangup pinjam duit daripada along-along. Ketiga pengaruh persekitaran iaitu pengaruh kawan-kawan, kalau kawan nak buat pinajam dia pun nak buat, satu lagi pengaruh promosi tertentu contoh yang jelas promosi jual beli kereta, kalau telah di senarai hitam pun boleh buat loan...isk isk isssskk tak patut betul...

Kesimpulannya jangan la berhutang sehinga disenaraikan dalam keterhutangan melampau. Kalau berhutang pun biarla mampu untuk membuat bayaran dan hutang dalam sekala yang kecil, jangan sekali membuat pinjaman dengan along..ha kalau nak cari nahas pinjam la. Buat bayaran mengikut masa yang ditetapkan untuk mengelakkan menghadapi tertunggak. Kalau boleh jangan berhutang..boleh ke?! hehehe aku pun berhutang juga tapi alhamdulila masih mampu untuk buat bayaran.



Baca seterusnya..

UPM Saring H1N1 Semua Pelajar Baru

Labels: ,


Universiti Putra Malaysia (UPM) mewajibkan semua pelajar baru sesi pertama 2009/2010 untuk membuat saringan Influenza A (H1N1) sebelum mendaftar di kolej kediaman masing-masing bermula hari ini dan esok iaitu 27 hingga 28 Jun di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM mulai jam 9 pagi hinga 5 petang.

Kementerian Kesihatan sebelum ini meminta semua IPT awam dan swasta, mengambil tindakan melakukan saringan virus H1N1 melalui Pusat Kesihatan masing-masing terhadap pelajar baru yang akan mendaftar.

Kaunter Saringan H1N1

Antara pelajar baru yang beratur untuk membuat saringan H1N1

Petugas sedang memasukkan data pelajar yang telah disaring




Baca seterusnya..

Influenza A H1N1 (Selesema Babi)

Labels: ,


Sebut H1N1 seluruh dunia tahu apa wabak tersebut. Negara kita pun tidak terkecuali terlibat dengan wabak ini. Apa yang membimbangkan wabak ini mudah merebak sekirannya langkah awal tidak diambil terutama sekali di pintu-pintu masuk negara seperti KLIA. Hari ini pun suda 4 buah sekolah diarah tutup bagi membendung wabak ini merebak kepada budak sekoalah. Sekarang kesemuanya kes influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 68 kes.

Info dari Kosmo.com

Cuba bayangkan kalau orang yang positif H1N1 ini pergi ke pusat membeli belah seperti Mid Valley, Tesco, Giant dan sebagainya... ha berapa ramai pulak orang yang akan terkena influenza A (H1N1) dan adakah pusat beli membeli belah tu diarah tutup???

Dalam menghadapi wabak macam ini, apa yang kita perlu buat adalah menjaga kesihatan diri, menjaga kebersihan persekitaran dan mengurangkan aktiviti di tempat awam yang sesak dan berdoa untuk menghindari penyakit ini terkena kepada kita. Kerajaan telah mengariskan 10 langkah untuk mencegah wabak ini antaranya;


1- Wajib isytihar status kesihatan
2- Majlis Keselamatan Negara diberi mandat mengambil tindakan wajar
3- Penjarakkan sosial
4- Pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat
5- Topeng muka dan pelalian influenza bermusim dibekalkan
6- Tingkat kebersihan tandas awam
7- Kempen media
8- Hadkan pelawat di hospital
9- Anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri
10- Sebar maklumat kepada pejabat kedutaan


Influenza A (H1N1)

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.

Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.

Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.

Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-

i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.

iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

Sumber http://pmr.penerangan.gov.my/


Baca seterusnya..

Panduan Tukar Template Blogspot

Labels:

Hari ni saya nak kongsi bagaimana menukar template blogspot daripada yang sedia ada kepada template yang baru khas kepada kawan-kawan yang masih tercari-cari bagaimana ingin menukar template.

Menukar template ni macam kita menghias rumah dimana rumah mesti cat cantik, ada gambar hiasan dan sebagainya. Begitu juga dengan blog dimana kalau ingin kelihatan blog cantik atau kemas maka kita tambah elimen-elimen, widget dan menukar template supaya blog kita kelihatan lebih menarik.



Tapi perlu diingat menukar template bukan semudah yang disangka sebab sekiranya kita ada menyimpan widget atau elimen-elimen dalam layout sebelum ini yang kita perlukan maka perlula disimpan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah selepas menukar tamplate. Sebagai contoh widgate tempat chating, counter pelawat dan sebagainya. Kalau tiada widgate atau elemen-elemen senang la proses penukaran template.

Aku cadangkan supaya sebelum menukar template simpan kod html atau download full template sedia ada untuk persediaan sekiranya menghadapi masalah selepas menukar template dan juga copy kesemua widgate seperti Shout mix chat, counter pelawat blog dan yang sewaktu dengannya ke dalam NotePad untuk dimasukkan ke tamplate yang baru nanti.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menukar template blog anda.


Save template pergi ke layout>>Edit HTML>>Download Full Template>>Save


Save kesemua widgat samada pautan-pautan, script-script, kod-kod HTML, pautan pada hos lain, apa sahaja yang boleh di save. contoh pelawat pergi ke Layout>>Page Elements>>klik edit>>copy kod dan paste ke notepad

Cari template yang sesuai dan download. Dibawah adalah web yang menyediakan template yang boleh didownload
  1. eBlog Template (ada template yang kena daftar dulu)
  2. Mashable Modern Blogger Templates
  3. Blogger Buster Free Templates
  4. Free Blogger Template
  5. Pyzam Blogger Templates
  6. Gecko & Fly Template
  7. ID Web Templates
  8. Blogger Templates
  9. Free Blogger Templates
  10. Template Panic
  11. Our Blogger Templates
  12. Free Blog Templates Net
  13. bTemplates
  14. Blog Fashions
  15. Blog Skins
  16. Blog Template 4 U
  17. Jump 2 Top
  18. Savatoons
  19. Planet Blog Template
  20. Blog Templates Ord
  21. Vietnam Blogger
  22. Free Template for Blogger and Wordpress
  23. Technobuzz Blogger Template
  24. 29 Hongkiat Blogger Templates
  25. 50 Hongkiat Blogger Templates
  26. Fresh Blogger Templates
  27. Blogcrowd Blogger Templates
  28. Book Of Tips Blogger Templates
  29. 30 Moneyzeal Blogger Templates


Biasanya bloger menyediakan template yang didownload dalam bentuk zip atau rar dimana perlu diekstrak terlebih dahulu sehinga dapat file berbentuk XML sebagai contoh dibawah ini

Selepas file tadi diekstrak, template tersebut perlu di upload
pergi ke Layout>>Edit HTML>>Browse>>cari fail yang diekstrak tadi>>Open dan seterusnya Upload

open folder yang diekstrak

Klik XML dan open

Klik Upload

Blogger akan memaklumkan kita widget-widget yang terdapat dalam blog lama yang akan dihapus. Klik CONFIRM & SAVE seperti diatas


You Changes have been saved
So proses menukar template telah berjaya dan cuba view blog ada mesti suda bertukar wajah dan anda boleh la memulakan proses meletakkan widgate atau elemen-elemen yang anda save. Pergi ke Layout>>Page Elements

ok selamat mencuba



Baca seterusnya..

Selamat Hari Bapa

Labels:



Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk aku sendiri , bapaku dan bapa mertuaku dan juga kepada semua yang bergelar bapa, ayah, abah, abiq, abuya, walid dan yang sewaktu dengannya. Semoga sentiasa dirahmatiNya dan dipanjangkan usia untuk memimpin keluarga dan negara.


Bila ayah masih hidup jangan sia-siakan membuat hatinya tersenyum dan gembira. Bila ayah telah tiada jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya, dan do’akan agar ALLAH Ta’aala selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya.


Cerita Hati Seorang Ayah.

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.
Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam mimpi itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah di saat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya. "Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."



Kredit http://priendah.wordpress.com


Baca seterusnya..

Online Image Editor Pixlr

Labels: , , ,


Jom edit gambar secara online dengan mudah melalui Online Image Editor Pixlr. Bagi yang gemar kerja megedit imej semestinya Software Photoshop adalah pilihan utama. Untuk kerja lebih mudah guna la kemudahan yang ada secara online, tidak perlu susah-susah install software/perisian untuk edit gambar dalam pc.



Online Image Editor Pixlr ini adalah percuma dan penggunaannya hampir sama dengan Photoshop.


Open imej dalam pc tanpa perlu uplod imej yang mau di edit


Font pun boleh pilih

Kalau save imej pun terus dalam pc

Selamat mencuba..cuba jangan tak cuba..oh ya imej yang aku edit tu aku ambik dari blog kakzana sorry kaka aku pinjam gambar tu ek..

Baca seterusnya..

Bayar Saman Online Melalui MYEG

Labels:

Baru aku teringat saman hari tu. Pada 3 minggu lepas aku ada kena saman sebab tidak memakai seat belt. Masa tu aku dari balakong menuju ke seri kembangan, tak sangka pulak Polis tengah buat sekatan jalan raya. Ingatkan ada kemalangan, rupanya sekatan jalan raya hehehe. Tu la masalah kita kan, bila nampak polis baru teringat mau pakai seat belt. Aku yang tidak memakai seat belt tadi secara spontan menarik seat belt hehehe tapi malangnya setiap gerak geri suda diperhatikan. So polis tu pun mengarakah aku ke tepi, dengan senyum polis tu bagi surat saman untuk tandatangan. Aku pun tandatanganla, Polis tu pesan bayar saman RM40 sebelum 30 Jun. Rupanya kalau bayar saman tu dalam masa sebulan aku perlu bayar RM40 dapat diskaun 50% amaun sebenar RM80.


Masalahnya aku terlupa bayar saman tu... nasib baik baru teringat, tapi rasa malas pulak ke Balai untuk buat bayaran. Rupanya saman pun boleh dibayar secara online so tidak perlu la datang ke Balai untuk buat bayaran. Aku pun terus register dan membuat bayaran, setiap proses bayaran dicaj RM2 berbaloi la kan. Bagi kawan-kawan yang mempunyi saman buat la bayaran untuk elakkan masalah dikebelakangan hari. Salah satu cara nak buat bayaran kalau malas ke Balai ha register la di www.myeg.com.my. senang dan jimat masa.

Antara kelebihan web ini, kita boleh memperbaharui lesen memandu, Auto Insuran, cukai jalan, permohonan LDL dan juga peringatan saman PDRM melalui sms.








Baca seterusnya..

Cantikkan Gambar Dengan Spot Healing Brush

Labels:

Hari ini rasa boring pulak, macam ni la kalau hari isnin berat semacam mau kerja, kalau hari jumaat ha semangat berkobar-kobar mau kerja sebab esoknya cuti hehehehe. Untuk menghilangkan boring aku main-main la dengan Photoshop edit gambar. Kebetulan pulak terbaca dalam web Sifoo.com cara untuk membersihkan imej dengan menggunakan Spot Healing Brush. So apa lagi tanpa membuang masa aku terus mencuba...emm tapi gambar yang mau diedit tiada...so aku googel la sikit mana-mana gambar yang sesuai untuk diedit.

Jom kita edit gambar ni

Open imej yang korang mau edit lepas tu duplicate Layer (CTRL+J )

Pilih Healing Brush Tool seperti dibawah

Tekan Alt dan klik kanan mouse untuk memilih kesesuaian yang perlu kita gunakan untuk megedit imej.

Pilih area wajah yang sama dengan area yang ingin kita perbaiki, selepas itu tekan tombol ALT + Klik pada area yang telah kita pilih tersebut.

Selepas itu korang klik la jerawat atau area yang korang mau edit tu sehinga kesan jerawat pun hilang

Selepas megedit area imej kita licinkan pulak imej tersebut klik Filter > Blur > Surface Blur atau Smart Blur. Pada Radius aku meletakkan 5.0 dan Threshold 10.0

Ni la Hasilnya kesan jerawat pun hilang


Sekadar mencuba berpandukan langkah-langkah yang Sifoo.com berikan. Siapa yang boring-boring tu cuba curi masa tu dengan belajar Photoshop hehehe. Selamat mencuba


Baca seterusnya..

You Follower I Follower