Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Lindungi ‘Wireless Network’ Anda

Labels:

Pada masa kini, perkakasan ‘wireless network’ ( rangkaian tanpa wayar ? ), tidak lagi semahal dahulu dan cara memasangnya pun amatlah senang. Oleh kerana senang, memasangnya, kebanyakan pengguna tidak menghiraukan aspek keselamatannya.

Practically Networked mencadangkan beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi ‘wireless network’ anda daripada dicerobohi ataupun ada pengguna lain yang ‘menumpang’ rangkaian anda itu untuk melayari internet.

Antara langkah yang boleh diambil ialah:

1. Ubah kata laluan untuk mengakses router anda. Anda boleh mengubah kata laluan router anda dengan mengaksesnya melalui ‘browser’ anda. Biasanya kebanyakan router akan menggunakan internet protocol (IP) ‘192.168.1.1′ namun untuk memastikan apakah IP gateway anda itu, anda boleh jalankan arahan ‘cmd’ dan taip ‘ipconfig’ pada command prompt.
2. Jangan siarkan SSID ( Service Set IDentifier ) anda. SSID biasanya akan disiarkan oleh AP ( access point ) dan router secara otomatik. Perkara ini untuk memudahkan anda sekiranya anda TIDAK tahu apakah nama wireless LAN anda.
3. Tetapkan WPA ( Wi Fi Protected Access ) ataupun sekurang-kurangnya tetapkan WEP ( Wired Equvalency Privacy ).
4. Sekiranya router anda hanya tidak menyokong WPA, maka menetapkan WEP adalah lebih baik daripada tiada sebarang ketetapan langsung.
5. Gunakan Mac address untuk mengawal WLAN anda. Namun sekiranya rangkaian anda mempunyai banyak komputer, kaedah ini mungkin membebankan.
6. JANGAN tetapkan ‘Remote Administration.’

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari Practically Networked.

Baca seterusnya..

Bergayut Dengan Happy

Labels:



Berita baik kepada sesiapa yang suka bergayut lama di telefon dengan pakwe ke makwe ke terdapat satu servis yang dinamakan Happy di Malaysia. Happy ini adalah di bawah syarikat DiGi kalau tidak silap aku.

Saya baru menerima sim kad dari Happy dimana aku membuat pembelian online dengan Happy . Setahu aku sekarang cuma ada pembelian secara online sahaja yang disediakan dan sim kad akan diposkan terus ke alamat rumah dalam masa 3 hari.

Antara kehebatannya ialah

* Panggilan maksimum hanya dicaj RM0.99 sahaja
* Hanya RM0.01 per saat dicaj jika panggilan di bawah 99 saat.
* Hanya RM0.10 per SMS kepada semua talian
* 60 hari perkhidmatan sah tanpa reload

Setelah aku mencuba pangilan yang paling lama dapat dibuat cuma 45 minit dan dicaj RM0.99 sahaja emmm kira jimat la juga. Saya rasa 45 minit pun dah kira lama sebab dah tak tau nak cakap apa dah huhuhu. Bagi yang ada keluarga jauh macam aku ni boleh la pakai untuk call sahaja in come call tak perlu la sebab caj mahal juga kesian pulak org yang call. Untuk Relod boleh online melalui Cimb Clicks atau guna tou up digi pun boleh. Saya guna Happy memang Happy la


Talk More with Happy™

Baca seterusnya..

Apa Itu Windows Registry?

Labels:

Antara kecanggihan dan kemudahan yang dimiliki oleh OS Windows, adalah memiliki sistem pangkalan data informasi yang tersusun mengenai konfigurasi perisian dan perkakasan dikenali sebagai Windows Registry.
Di bawah ni ada sedikit maklumat dan informasi mengenai apa itu Windows Registry…

Apa Itu Registry?

Menurut kamus Microsoft edisi ke 5, registry adalah:

Pusat susunan pengkalan data yang digunakan oleh Windows 9x keatas untuk menyimpan informasi yang digunakan untuk mengkonfigurasi satu atau lebih pengguna, aplikasi, dan perkakasan.

Informasi dari registry diakses terus oleh Windows untuk mengetahui profil pengguna, aplikasi yang di install di komputer dan dokumen apa yang boleh dibuat oleh aplikasi tersebut, setting dari folder dan icon, perkakasan yang dipasang, dan port yang sedang dipakai.

Registry menggantikan hampir semua .ini file yang digunakan oleh konfigurasi Windows 3.x dan MS-DOS, seperti autoexec.bat dan config.sys. Meskipun registry ada di semua Windows, tapi tiap versi mempunyai perbezaan yang tersendiri.

Apa yang kita peroleh dengan merubah registry? Biasanya, pengguna melakukan sedikit konfigurasi pada registry mengikut keperluan pengguna seperti mengoptimakan kelajuan Windows, setting perisian-perisian dan lain-lain.

Susunan Registry

Registry disusun seperti file folder dan subfolder seperti di Windows Explorer. Bezanya folder ini tidak berisi file tetapi mempunyai informasi mengenai perisian dan perkakasan.

Folder: HKEY_CURRENT_USER
Berisi konfigurasi untuk pengguna yang semasa. Folder, warna screen, dan setting Control Panel juga disimpan disini. Kunci untuk HKEY_CURRENT_USER sering disingkat “HKCU.”

Folder: HKEY_USERS
Berisi profil semua pengguna yang mempunyai akaun profile di sistem. HKEY_CURRENT_USER adalah sebahagian dari HKEY_USERS. HKEY_USERS sering disingkat “HKU.”

Folder: HKEY_LOCAL_MACHINE
Berisi konfigurai perisian dan perkakasan (untuk semua pengguna). Singkat: HKLM.

Folder: HKEY_CLASSES_ROOT
Disingkat HKCR, adalah sebahagian dari HKEY_LOCAL_MACHINE\Software. Informasi disini digunakan untuk meluncurkan aplikasi yang benar jika anda mengklik file di Windows Explorer. Bermula dengan Windows 2000, informasi ini disimpan baik di HKEY_LOCAL_MACHINE dan juga di HKEY_CURRENT_USER.

HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Classes berisi setting default untuk semua pengguna di lokal komputer. HKEY_CURRENT_USER\Software\Classes berisi setting yang mengandungi setting semasa. HKEY_CLASSES_ROOT menggabung informasi dari kedua sumber ini (HKLM dan HCU).

Untuk merubah setting untuk pengguna yang sedang aktif, perubahan harus melalui HKCU\Software\Classes (bukan HKCR). Untuk merubah setting default harus melalui HKLM\Software\Classes. Jika anda menulis kunci dibawah HKCR, sistem akan menyimpan informasi ini di HKLM\Software\Classes. Jika anda menulis nilai dari kunci dibawah HKCR, dan kunci tersebut sudah ada dibawah HKCU\Software\Classes, sistem akan menyimpan informasi ini disini (daripada di HKLM\Software\Classes).

Folder: HKEY_CURRENT_CONFIG
Berisi informasi tentang profil hardware yang digunakan oleh lokal komputer. Singkatan: HKCC.

Persiapan

Sebelum merubah registry, anda sangat disarankan membuat back up. Kesalahan merubah registry boleh mengakibatkan Windows menghadapi masalah dengan perkakasan. Pastikan anda memahami dan sangat tahu apa yang mahu dilakukan pada registry anda.

Untuk backup registry, gunakan Registry Editor lalu ke menu File > Export…

Akses Registry Editor

Registry editor (regedit.exe) sudah ada di Windows. Untuk menjalankan:

1. Klik Start
2. Pilih dan klik Run…
3. Taip regedit dan klik OK.



Di aplikasi ini terdapat 2 bahagian. Bahagian kiri terlihat susunan folder seperti Windows Explorer dan disebelah kanan pula berisi maklumat-maklumat registry.
Rujukan : BijakKomputer dan Wikipedia

Baca seterusnya..

You Follower I Follower