Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Gerhana Separa Matahari

Labels: ,



Sekali lagi kita dapat menyaksikan Gerhana Separa Matahari yang akan berlaku awal pagi 22 Julai 2009 bermula seawal 8.18 pagi sehingga 10.35 pagi tetapi bergantung kepada tempat masing-masing...

Gerhana matahari penuh pula hanya dapat disaksikan bermula di Barat India Utara, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Mynmar, China, Kepulauan Ryukyu (wilayah Jepun) dan berakhir di timur Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik.Bagi kawasan yang mengalami gerhana penuh akan menyaksikan gerhana penuh terlama pada abad ini iaitu sehingga 6 minit 39 saat.

Gerhana matahari berlaku disebabkan matahari, bulan dan bumi berada dalam keadaan sebaris dan bulan pada masa itu melindungi cahaya matahari daripada jatuh keatas bumi.

Pada amnya Kawasan Malaysia hanya dapat menyaksikan gerhana separa sehingga 17.8% (di Kangar) cakera matahari dilindungi oleh bulan. Bagi Kota Kinabalu peratus gerhana separa ialah 10.9%. Kudat 13.9%, Tawau 7%.

Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting di bawah

www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html
www.saros.org/index.html
www.live-eclipse.org
www.eclipse-tv.com.

sumber
Puskal-Sabah
falak-online
Utusan Malaysia

Baca seterusnya..

Influenza A H1N1

Labels: ,


Lagi cerita pasal Influenza A H1N1, dalam akhbar hari ni menyebut jangkitan H1N1 tempatan menular di Cyberjaya dan Melaka. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkembangan terbaru itu membabitkan 12 kakitangan sebuah syarikat swasta di Cyberjaya yang kerap menerima pelawat asing dan enam kes di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Seramai 200 pekerja di syarikat tersebut yang berkhidmat di aras bangunan yang sama dengan pesakit telah diletakkan di bawah pengawasan di tempat kerja...

Kita sedia maklum la kan H1N1 merupakan virus baru yang mudah merebak dan semua orang tiada imuniti terhadap jangkitan. Untuk mengelakkan penularan virus ini kenala jaga kebersihan diri dan kalau diarahkan kuarantin maka berila kerjasama. Semua peringkat perlula mengambil berat terhadap wabak ini. Kalau tiada kawalan dari semua peringkat wabak H1N1 ini akan menular dengan cepat dan melibatkan kes yang banyak dan juga akan berlaku komplikasi termasuk kematian.

Kerajaan telah memperkenalkan tiga prinsip pelaksanaan ke arah mitigasi kawalan wabak H1N1 ialah orang awam dan komuniti perlu bersama-sama mengambil tindakan pencegahan dan kawalan dengan mengehadkan jarak pergerakan, mengurangkan perjumpaan, etika batuk, kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik

Ni ada satu cerita la aku dapat dari kawan kepada kawan aku, kawan ni demam dan baru balik dari luar negara. Si kawan ni p la klinik untuk dapatkan rawatan. Memandangkan si kawan ni baru balik dari luar negara dan megalami demam maka doktor tu refer la pesakit tu ke hospital dan telah disahkan positif H1N1. Si kawan ni tadi telah pun ditahan untuk dikuarantin di Hospital. Disebabkan si kawan tadi positif H1N1 maka keluarga dia pun dikuarantin. Tapi apa yang berlaku, keluarga si kawan tadi masih keluar di tempat awam dan tidak mematuhi arahan untuk dikuarantin sehinggalah di beri amaran. So moralnya patuhi la arahan untuk mengelakkan wabak H1N1 ni menular, jangan setelah ada kematian baru la buka mata.

Artikel sebelum Influenza A H1N1 (Selesema Babi)

Baca seterusnya..

CD Ubuntu 9.04 Destop Edition

Labels: , ,


Hari Jumaat lepas, aku telah menerima bungkusan daripada oberse. Aku pun pelik sapa la yang hantar bungkusan tu.. bila tingo sampul surat Ubuntu.. baru aku teringat 3 minggu lepas aku ada membuat pesanan untuk memiliki cd ubuntu secara percuma...

Sebenarnya aku buat pesanan dapatkan cd Ubuntu ni pun sekadar mencuba sahaja. Ubuntu ni merupakan satu operating System (OS) percuma yang boleh digunakan selain daripada Operating System Windows. Kepada kawan-kawan yang tidak tahu apa itu Ubuntu boleh la baca dalam blog member ni http://melayubuntu.blogspot.com/ aku pun tengah belajar.

Aku suda install dalam pc dan laptop sistem ubuntu ni, best pulak pakai os ni. Apa yang aku tahu ubuntu ni bebas daripada virus dan satu lagi cd original boleh diperolehi secara percuma melalui online sahaja. Untuk menggunakan Ubuntu ni aku perlu banyak belajar dari pakar-pakar sebab banyak benda yang perlu dipelajari.

Screenshot pc aku

Kepada kawan-kawan yang ingin dapatkan Ubuntu 9.04 Destop Edition ni boleh la download sini atau kalau nak request Cd sini



Baca seterusnya..

Michael Jackson mass-mailing worm hits inboxes

Labels: , ,



Penyebar virus menggunakan kesempatan dalam kematian Raja Pop dunia yang telah meniggal dunia pada 25 Jun 2009 dan mendapat liputan media seluruh dunia untuk menyebarkan virus dengan menghantar lampiran email kepada semua pengguna email yang menggandungi virus.

Menurut Sophos sejenis Virus Internet yang disebarkan menerusi satu e-mel umum yang mendakwa mengandungi lagu-lagu dan foto rahsia Michael Jackson. Berhati-hatila sekiranya menerima email kalau boleh delete sahaja sekiranya menerima email email tersebut.

Dalam email tersebut terdapat lampiran berjudul Michael songs and pictures.zip. Disarankan jangan membuka lampiran itu disebabkan dalam kandungan lampiran itu pengguna terdedah kepada jangkitan Virus dan boleh menyebarkan kepada pengguna lain. Selain tersebar menerusi e-mel, virus itu juga boleh merebak sebagai komponen Autorun pada ‘thumb drive’ USB.

Tajuk Email
Remembering Michael Jackson (Memperingati Michael Jackson)


Dikirim daripada alamat
sarah@michaeljackson.com


Lampiran
Michael songs and pictures.zip


Sumber http://www.sophos.com/blogs/gc/g/2009/07/01/michael-jackson


Baca seterusnya..

Eeehhh Ular

Labels: ,

Kakitangan Jabatan Pertahanan Awam yang terlibat menangkap ular

Bulan lepas member kejutkan aku dengan berita penangkapan ular di sekitar rumah di Taman Kristal Dengkil...ehh betul ke!. Aku pun macam tak percaya je...Rupanya berita tu masuk paper ari tu, aku je yang tak terbaca...tapi aku tak heran la sebab belakang rumah aku tu hutan paya..ada monyet, biawak..hemm macam-macam ada..anakonda pun ada kut ehhh..

Memandangkan hari ni aku cuti exam dapat la meluangkan masa tingo rumah tu kijap selepas exam habis. Sebenarnya rumah aku tu belum diduduki lagi tapi jiran semua dah ada..cuma aku je kut yang belum pindah. Bukan apa mula-mula dulu nak plan pindah bulan Jun tapi tak jadi pulak, so mungkin pindah rumah baru tu dalam hujung tahun atau awal tahun depan kut.

Ok berbalik kepada cerita ular tadi, selepas exam aku terus menuju ke rumah tu. Nampak muka aku je Pengawal Keselamatan Taman tu tanya "waa suda lama tidak mari?" memang dah 2 bulan aku tak jenguk rumah tu sebab tiada masa la katakan. Aku tingo rumah aku tu pun dah serabut. Aku upah la pengawal tu bersihkan depan rumah aku tu, bukan aku offer tapi pengawal tu dulu ofer jadi aku pun ok je hehehe memang pengawal tu bagus la sebab kalau dia time off je dia cari la kerja bersihkan rumah orang kat situ. Dia buat kerja pun bersih je..

Time dia buat kerja tu dia cerita la pasal ular tu. Pengawal tu nampak satu objek bergerak tapi dia tak pasti betul ke ular. Pas tu dia pergi la dekat dengan objek tu.."ayooo ama appa" dia belari berpata balik ke pondok pengawal dan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam..hehehe..dia cakap "sangat besar juga itu ular" pas tu dia tunjuk la gambar dalam hp...ma'ai besar ular tu..baru aku percaya.

Selepas selesai dia bersihkan depan rumah tu aku pun kunci semua pintu dan tingkap takut kalau-kalau ular tu masuk dalam rumah pulak dah la tida orang hehehe kang jadi sarang dia pulak hehhe


Baca seterusnya..

You Follower I Follower