Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Hindari Pembaziran di Bulan Ramadhan

Labels: ,

Gambar Hiasan

Bulan Ramadhan sepatutnya bulan mengamalkan hidup sederhana, bulan berjimat cermat dan dipenuhi dengan amal ibadah. Tapi pada kebiasaan masyarakat kita sekarang kalau masuk bulan Ramadhan sahaja memang sinonim dengan bulan pembaziran dan bulan pesta makan.

Kalau tidak percaya pergi la di bazar Ramadhan macam-macam ada ayam golek, ayam madu, murtabak king dan macam macam lagi ada... roti pun ada yang bernama Jhon..hehehe mungkin kalau orang jual selipar goreng pun ada org nak beli . Hotel-hotel menawarkan pekej berbukan yang tinggi semata-mata untuk berbuka puasa sahaja.

Gambar Hiasan

Dalam akhbar kosmo hari ini ada menyebut warga putrajaya banyak buang makanan. Mempunyai penduduk berjumlah 50,000 didakwa menghasilkan purata 40 metrik tan sampah setiap hari iaitu antara yang tertinggi di negara ini. Daripada purata 40 metrik tan sampah itu sebanyak 27 metrik tan adalah sisa makanan. Ha cuba bayangkan sebanyak mana pembaziran masyarakat kita... tu baru putrajaya yang berpenduduk 50,000 kalau tempat lain macam mana la.

Mana tak banyak sampah..pada bulan-bualan biasa 1 hari mungkin kuantiti sampah sedikit tatapi bila time bulan ramadhan setiap hari tong sampah penuh sahaja.. ya la setiap petang tawaf di bazar ramadhan dan membeli makan ikut nafsu..time puasa semua nampak sedap...bila berbuka makanan yang di beli tidak habis dan esoknya dibuang begitu sahaja..ini la satu pembaziran..

Firman Allah :

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]

p/s : kepada kawan-kawan jangan la berbelanja mengikut nafsu tetapi berbelanja la mengikut keperluan sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Beringat la terdapat saudara kita di Dafur dan Palestine yang kebuluran tidak mempunyi makanan tetapi kita buang makanan begitu sahaja dan melakukan pembaziran.




0 comments:

Post a Comment

You Follower I Follower