Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Gerhana Separa Matahari

Labels: ,



Sekali lagi kita dapat menyaksikan Gerhana Separa Matahari yang akan berlaku awal pagi 22 Julai 2009 bermula seawal 8.18 pagi sehingga 10.35 pagi tetapi bergantung kepada tempat masing-masing...

Gerhana matahari penuh pula hanya dapat disaksikan bermula di Barat India Utara, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Mynmar, China, Kepulauan Ryukyu (wilayah Jepun) dan berakhir di timur Kepulauan Marshall di Lautan Pasifik.Bagi kawasan yang mengalami gerhana penuh akan menyaksikan gerhana penuh terlama pada abad ini iaitu sehingga 6 minit 39 saat.

Gerhana matahari berlaku disebabkan matahari, bulan dan bumi berada dalam keadaan sebaris dan bulan pada masa itu melindungi cahaya matahari daripada jatuh keatas bumi.

Pada amnya Kawasan Malaysia hanya dapat menyaksikan gerhana separa sehingga 17.8% (di Kangar) cakera matahari dilindungi oleh bulan. Bagi Kota Kinabalu peratus gerhana separa ialah 10.9%. Kudat 13.9%, Tawau 7%.

Rakyat Malaysia boleh bersama-sama menyertai dan menikmati Gerhana Matahari Penuh itu esok dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting di bawah

www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html
www.saros.org/index.html
www.live-eclipse.org
www.eclipse-tv.com.

sumber
Puskal-Sabah
falak-online
Utusan Malaysia

2 comments:
gravatar
A.N.D.I.Z.A.®™ said...
July 27, 2009 at 2:12 PM  

thank you..the image just decorative, image by http://www.falak-online.net/portalfalak/

gravatar
azamain said...
July 31, 2009 at 7:04 AM  

mau tunggu tahun 2032 dan 2042 baru dapat menikmati suasana yg gerhana yg serupa,2032 di Malaysia.

Post a Comment

You Follower I Follower