Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Influenza A H1N1

Labels: ,


Lagi cerita pasal Influenza A H1N1, dalam akhbar hari ni menyebut jangkitan H1N1 tempatan menular di Cyberjaya dan Melaka. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkembangan terbaru itu membabitkan 12 kakitangan sebuah syarikat swasta di Cyberjaya yang kerap menerima pelawat asing dan enam kes di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Seramai 200 pekerja di syarikat tersebut yang berkhidmat di aras bangunan yang sama dengan pesakit telah diletakkan di bawah pengawasan di tempat kerja...

Kita sedia maklum la kan H1N1 merupakan virus baru yang mudah merebak dan semua orang tiada imuniti terhadap jangkitan. Untuk mengelakkan penularan virus ini kenala jaga kebersihan diri dan kalau diarahkan kuarantin maka berila kerjasama. Semua peringkat perlula mengambil berat terhadap wabak ini. Kalau tiada kawalan dari semua peringkat wabak H1N1 ini akan menular dengan cepat dan melibatkan kes yang banyak dan juga akan berlaku komplikasi termasuk kematian.

Kerajaan telah memperkenalkan tiga prinsip pelaksanaan ke arah mitigasi kawalan wabak H1N1 ialah orang awam dan komuniti perlu bersama-sama mengambil tindakan pencegahan dan kawalan dengan mengehadkan jarak pergerakan, mengurangkan perjumpaan, etika batuk, kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik

Ni ada satu cerita la aku dapat dari kawan kepada kawan aku, kawan ni demam dan baru balik dari luar negara. Si kawan ni p la klinik untuk dapatkan rawatan. Memandangkan si kawan ni baru balik dari luar negara dan megalami demam maka doktor tu refer la pesakit tu ke hospital dan telah disahkan positif H1N1. Si kawan ni tadi telah pun ditahan untuk dikuarantin di Hospital. Disebabkan si kawan tadi positif H1N1 maka keluarga dia pun dikuarantin. Tapi apa yang berlaku, keluarga si kawan tadi masih keluar di tempat awam dan tidak mematuhi arahan untuk dikuarantin sehinggalah di beri amaran. So moralnya patuhi la arahan untuk mengelakkan wabak H1N1 ni menular, jangan setelah ada kematian baru la buka mata.

Artikel sebelum Influenza A H1N1 (Selesema Babi)

3 comments:
gravatar
Rez said...
July 10, 2009 at 4:53 PM  

Assalamuaalikum

Sekadar nak kongsi

Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat. Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda:
“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”(HR: Ibnu Majah)

gravatar
Eyda Sheyda said...
July 10, 2009 at 7:37 PM  

tmpt kami juga d tawau ada suspek 7 org.. ada kerisauan juga.. huuhhu

gravatar
Anonymous said...
July 21, 2009 at 9:10 AM  

Tu la,damam dulu baru cari punca. Makan bawang putih sama bawang merah dlm kadar 2 kali seminggu atau paling best injek saja ba.....hehe

Post a Comment

You Follower I Follower