Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Risiko Dapat Penyakit menjelang umur 30 tahun

Labels: ,


Risau pulak terbaca artikel berkaitan dengan risiko penyakit bila menjelang umur 30 tahun. Tinjauan yang dilakukan Kementerian Kesihatan mendapati ramai di kalangan rakyat di negara ini tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Mana nak sedar kan semua masakan yang ada di Malaysia sedap-sedap belaka. Di Malaysia memang berbilang bangsa macam-macam masakan ada, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Thailand, Mee Bandung dan banyak lagi la yang tidak ada di tempat lain.

Ni la rutin makan orang kita setiap hari..Pagi makan Nasi Lemak, Tenghari Makan Nasi briani, malam pulak makan nasi lauk sup tulang atau masak lemak dan tengah malam pulak minum teh tarik dengan roti canai. Bila cek kesihatan ha semua penyakit ada... Tapi ada juga orang yang makan tak teratur tapi tiada penyakit kan..hehehe ada orang yang jaga pemakanan tapi ada penyakit pulak...apa pun ikut nasib badan la kan...

KUALA LUMPUR - Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas berhatilah-hatilah kerana anda mungkin terdedah kepada risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Justeru, pemeriksaan awal amat penting kepada golongan umur berkenaan bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan seterusnya menjalani rawatan pemulihan yang disarankan.

Pakar diet dan nutrisi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, beliau dan beberapa penyelidik lain pernah menjalankan kajian yang sama di beberapa gugusan Felda di Pahang sebelum ini membabitkan 1,000 responden berumur antara 35 dan 55 tahun.

"Kesemua responden yang diambil merupakan individu yang dianggap sihat, bagaimanapun selepas pemeriksaan didapati satu per-tiga daripada mereka menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit sedemikian.

"Ini amat mengejutkan, memandangkan kebanyakan responden merupakan golongan yang aktif melakukan kerja-kerja di ladang dan sebagainya," katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad bahawa tinjauan yang dilakukan kementerian mendapati ramai di kalangan rakyat di negara ini tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Tambah Fatimah, sebagai langkah awal adalah disarankan mereka yang berusia 30 tahun ke atas menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan risiko terhadapnya dapat dikurangkan.

Kosmo


0 comments:

Post a Comment

You Follower I Follower