Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Kempen Minggu Tidak Menonton TV 21-27 April 09 (FOMCA)

Labels:


Pagi ini saya ada membaca kempen menarik anjuran Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) 'Minggu Tidak Menonton Televisyen' yang bermula di seluruh negara bermula semalam 21 April hingga 27 April ini. Saya amat bersetuju dengan anjuran ini, memang memberi manafaat kepada kita.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata program ini bukan bertujuan untuk menyalahkan televisyen tetapi satu daripada cara menyedarkan masyarakat bahawa banyak aktiviti bermanfaat perlu dilakukan bersama anak mereka seperti bersukan dan membaca dan merancang melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat.

“Malaysia adalah negara kedua di Asia yang menjalankan program ini selepas Jepun. Di Amerika Syarikat dan Eropah, ia bermula sejak 1995 dan mendapat sambutan sungguh menggalakkan," jelas beliau lagi.


Pada masa sekarang ini kita lihat anak-anak kecil ada yang terpengaruh dengan ikon dan hero yang mereka lihat di kaca TV sehingga boleh melalaikan dan sangup duduk depan TV berjam-jam. Apa yang membimbangkan kita bilamana perilaku ikon dan hero fantasi itu jadi teladan kepada anak-anak kecil sebagaimana apa yang disaksikan.

Bagi remaja pula, mereka tak dapat dipisahkan dari rancangan hiburan realiti yang bertali arus di kaca TV. Lepas satu, satu. Lambakkan rancangan-rancangan hiburan ini tidak dinafikan telah menjadi 'ganja' dan mengkhayalkan kepada kita. Bayangkan masa yang dihabiskan depan TV sahaja mala menghabiskan duit saku untuk melakukan undina sms.

Begitula juga yang terjadi kepada kita sebagai ibu bapa, ada ibu bapa yang asik menonton rancangan kegemaran tanpa memberi perhatian kepada anak-anak. Balik kerja tukar baju lepas tu duduk depan TV menonton rancangan kegemaran dan anak-anak pulak tidak diambil perhatian.

Pada pendapat saya, menonton TV tidak salah kalau digunakan dengan betul malah banyak rancangan TV yang memberi manafaat dan pengajaran kepada kita sesi keluarga, yang penting ibu bapa pandai-pandai la untuk hadkan tontonan anak-anak daripada cerita yang mengarut kepada tontonan yang lebih kepada pengajaran. Satu lagi elakkan membazir masa di depan TV lebihkan masa untuk anak-anak. So mari la kita sama-sama cuba jayakan kempen Tutup TV ni

INFO: Kajian mengenai kesan televisyen terhadap kanak-kanak


Mengenai Fomca

1 comments:
gravatar
Main said...
April 30, 2009 at 4:16 PM  

Hi: psl minggu tidak menonton TV saya rasa akan mengurangkan pengetahuan penduduk yg mengikutinya dari aspek pengumuman penting dari pihak berwajib mengenai kempen-kempen tertentu yg menggunakan TV sebagai landasan. Kenalah mengadap suratkhbar,internet pada masa yg sepatutnya di peruntukkan pada 'idiot box' e.g siaran berita,rencana etc. Tapi utk seminggu saja.

Post a Comment

You Follower I Follower