Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

MOdal Rm1 Boleh Jadi JutawaN ??

Labels:

Berita Harian pada hari ini menyentuh berkaitan "Kakitangan awam dilarang sertai skim cepat kaya". Ini saya rasa betul dan bukan sahaja Kakitangan Awam tetapi orang awam pun perlu mengindari skim cepat kaya ini.

Sebelum ini banyak kita dengar pasal skim cepat kaya ini tapi yang kaya raya cuma orang yang menganjur sahaja yang melabur berputi mata. Bermula dengan skim cepat kaya Pak Man Telo, E-Pay, eaindex, Danafuter dan macam-macam lagi skim yang ada yang telah mengaut duit-duit daripada orang awam termasuklah kakitangan awam.

Tahu tak Skim Cepat Kaya tu yang macam mana?? Ok skim cepat kaya adalah aktiviti pengambilan deposit secara haram, skim-skim pelaburan Internet haram dan yang sewaktu dengannya. Selalunya penganjur skim ini akan menunjukkan kaedah bagai mana mendepositkan modal kepada penganjur dengan pulangan yang lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

Apa yang menyedihkan ramai masyarakat kita yang terjerumus dalam skim ini termasuk la kawan-kawan saya T_T. Satu lagi, penganjur skim atau pengambil deposit ini adalah bangsa kita sendiri. Apa yang saya perhatikan selalunya, penganjur atau agen skim ini akan menunjukkan hasil daripada menyertai skim yang dianjurkan untuk mengaburi mata masyarakat kita. Sebagai contoh ayat yang selalu digunakan, "saya baru masuk dalam 6 bulan dah dapat beli Kereta BMW", "Dapat duit tanpa berkerja…Pulangan 25% setiap bulan…" “boleh jadi jutawan” “duduk diam dapat duit” “high risk high gain” “orang lain berusaha, anda cari alasan” Bangsa kita mudah tertipu bila istilah2 di atas muncul.

Pesan saya, jika ditawarkan untuk menyertai sebarang program di Internet, menawarkan pelaburan yang rendah dan menjanjikan pulangan yang besar, selidiklah dulu, atau terus tutup pintu dari menyertainya. Baik kita simpan duit untuk perbelanjaan kita dan keluarga. Habis duit untuk keluarga lagi untung dari habis duit sertai skim cepat kaya. Fikir-fikirkan dan renung-rnungkan, selamat beramal :P



1 comments:
gravatar
azari2 said...
January 18, 2009 at 12:25 AM  

tak yah ikut la semua skim macam tu. menyusahkan diri. baik jual produk sendiri through internet.

azari2.blogspot.com

Post a Comment

You Follower I Follower