Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Selamat Tahun Baru 2009

Selamat Tahun Baru 1 Januari 2009 Masehi.


Semoga di tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelum. Tahun 2008 baru semalam berlalu kini tiba pula tahun 2009. Semoga segala kekurangan, kelamahan, kegagalan dan kenangan pahit ditahun 2008 kita jadikan iktibar dan segala perancangan kita untuk tahun baru dilakukan dengan memperolehi natijah dan hasil yang baik. Kuatkan semangan untuk menempuhi segala rintangan dan cabaran duniawi yang akan kita lalui untuk tahun baru.

” Ya Allah Ya Tuhanku, Kurniakan kebaikan, kesihatan dan rezki kepada semua ahli keluargaku, sahabatku, jiranku, rakan sekerjaku dan semua orang yang dimuliakan oleh Mu, Wahai Allah yang Maha Kaya dan Pemurah”

Perhubungan sesama masusia juga perlu dijaga

Bagi Salam sambil memberikan senyuman ‘ikhlas’ kepada sesiapa sahaja yang tidak dikenali yang kita jumpa sama ada di dalam lif, tepi jalan, …. dan kepada yang non-muslim, ucapkan dengan ucapan selamat…. dan berikan juga satu senyuman ‘ikhlas’ kepada mereka. Berbual lah dengan mereka dengan mewujudkan komunikasi dua hala.

PETUA MINDATAQWA

1. Imbas kembali apa yang kita lakukan dari awal tahun hingga ke hujung tahun.Bina soalan-soalan dari aspek perancangan,tindakan, kekuatan dan kelemahan anda sepanjang tahun supaya kesilapan lalu tidak diulangi dan menambahbaikkan kekuatan anda.

2. Pastikan matlamat anda adalah khusus dan bukannya umum. Saya nak sihat (umum). Sepatutnya saya nak berhenti merokok dan minum air manis sekali sehari.

3.Matlamat anda boleh diukur.Misalnya saya nak bersenam 3 kali seminggu atau saya nak menulis 2 buku setahun atau saya ingin mencapai pendapatan RM10k sebulan

4.Matlamat anda dituliskan senarainya dan mudah untuk dibaca setiap hari. Menulis adalah satu cara yang berkuasa mempengaruhi minda bawah sedar anda kerana ianya seperti perjanjian yang kukuh untuk dilaksanakan dan pastikan anda kerap mengulang baca impian anda.

5.Mestilah munasabah. Jika anda sekarang berumur 55 tahun adalah kurang munasabah jika anda ingin bercita untuk menjadi pelari pecut 1oo meter .

6. Mesti ada tarikh dead line iaitu tuliskan tarikh jangkaan untuk capai matlamat. Contoh 3 bulan lagi iaitu pada 2hb Mac 2009 saya akan siapkan sebuah buku motivasi.

7. Perlu dibuat perancangan pilihan langkah-langkah capai matlamat.Tanpa perancangan seolah-olah tindakan anda seperti berada di hutan tebal tidak ada kompas.

8. Perlu ada motivasi yang kuat.Anda mesti ada sebab yang kuat mengapa anda amat memerlukan capai matlamat.

9. Pastikan apa yang anda impikan benar-benar anda menyukai bukan orang lain yang suruh

10. Terus bertindak,dan bertindak dan bertindak sambil muhasabah diri bagi mengatasi halangan yang mendatang,Jangan putus asa sehingga anda capai matlamat.

0 comments:

Post a Comment

You Follower I Follower