Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Free Palestine

Labels:

Berita utama tv dan muka depan akhbar seluruh dunia tertumpu kepada Krisis di Palestine. Cerita di kedai-kedai kopi pun semua cerita pasal serangan askar Israel. sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat terang-terang menyokong apa yang dilakukan oleh Israel. Mana perginya PBB ? Mana perginya OIC , Mana perginya Liga Arab ? Mana perginya umat Islam ?


Dalam akhbar hari ini Malaysia mahu PBB adakan perhimpunan khas selesai isu Palestin. Namun apakah kesudahan yang akan menima saudara seislam kita di Palestine. Seluruh dunia mengecam tindakan Israel yang mencabul keamanan dunia.

Mari la kita menyokong dan membantu Palestine demi saudara seislam dan kemanusiaan, bentuk bantuan dan sokongan mengikut keupayaan kita. Bukan semestinya pergi ke Palestine untuk berperang. Antara lain yang boleh kita hulurkan bantuan ialah menyumbang kewangan kepada warga Palestine dengan saluran yang betul seperti MERCY Malaysia.




Sama-sama la kita berdoa untuk keamanan Palestine

" Ya Allah...tetapkanlah iman saudara2 seagamaku di palestine dan lubnan, semarakkanlah semangat jihad mereka... tiupkanlah kekuatan rohani dan fizikal ke dalam diri mereka..

Ya Allah..bantulah mereka dalam menjalani kehidupan mereka....bantulah mereka dalam memenangi peperangan ini......sesungguhnya ya Allah..mereka berjuang demi agama islam, bangsa, negara, dan juga maruah mereka ya Allah..

Ya Allah..lindungilah anak2 mereka...para wanita mereka...agar selamat..supaya di hati mereka yang bergelar pejuang itu..tiada gentar, tiada risau dan tenang selalu...

amin...ya robbal alamain

0 comments:

Post a Comment

You Follower I Follower