Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Control PC dengan TeamViewer

Labels: ,

Salam kepada semua kawan-kawan, hari ini saya nak kongsi bagaimana kita nak kawal PC kawan anda dari PC anda. Contohnya, kita nak tolong kawan yang mempunyai masalah PC dari jarak jauh dengan menggunakan Software TeamViewer. Yang penting kedua-duanya di install software TeamViewer dan mempunyai sambungan Internet, kita boleh akses dan kawal PC kawan tersebut secara online tak kira la sejauh mana pun. Haa mudah kan..

Jika anda perasan di windows anda ada fungsi remote desktop.Tujuannya adalah untuk membolehkan kita mengambil alih kawalan pc orang lain..Fungsi remote desktop yang tersedia di windows agak melecehkan untuk user yang tidak mahir (NoOB) hehehehe..

Terdapat banyak software yang kita boleh guna pakai untuk kawal PC orang lain sebenarnya, tapi saya lebih suka pakai software TeamViewer yang lain boleh cari sendiri hehehe..

Ok di bawah adalah langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini.Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Ayu, dan PC Anas akan digunakan untuk mengawalnya:

1. Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.

2. Ayu akan diberi nombor lapan digit berserta password.


3. Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Anas dan klik pada butang “Connect to partner”

4. Kini Anas dah boleh lihat dan kawal PC Ayu. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.

Antara keistimewaan lain pada software ini adalah kita boleh gunakannya untuk bertukar-tukar fail, chat, dan banyak lagi dan antara kelemahannya adalah bergantung kepada kelajuan internet kalau internet slow, payah sikit la nak control pc yang nak di control tu. Dari segi keselamatan ok la, sebab orang yang tidak tahu ID dan Password kita, tidak boleh control PC kita kecuali la hacker hehehe

Saya dah try software ni memang best..harap ia digunakan ke jalan yang betul bukan digunakan untuk coroboh skoding PC orang hehehe... ok selamat mencuba


0 comments:

Post a Comment

You Follower I Follower