Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Tips Work Motivation

Labels: ,


Mari kita kongsi motivasi yang saya terima dari email ...semoga berguna pada kita...

Tips Work Motivation From Datuk Dr. Fadzilah Kamsah:
'Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...'
Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Adakala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...
'mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik'



4 comments:
gravatar
vinceancher said...
February 6, 2009 at 12:40 PM  

kalau sudah kerja di Office, tahu sendiri la ragam2 orang office..heheh

gravatar
Anonymous said...
February 6, 2009 at 12:48 PM  

biasa laitu...manusiaaa kan....

jangan kasi salah orang...

gravatar
Anonymous said...
February 6, 2009 at 4:21 PM  

Bagus motivasi ni hehehe..harap2 kita tidak tergolong dari yang diatas kan

gravatar
Anonymous said...
February 6, 2009 at 4:29 PM  

Kalau cakap pasal Ragam-ragam ni memang banyak kan..hehehe ada yang kaki MC, ada yang kaki EL, ada yang kaki gayut, ada yang kaki mengampu ha ni dia pakai kipas besar, ada yang Hantu hilang dan macam-macam lagi la..so tangapan org lain pada diri kita terletak pada diri kita sendiri untuk kita tampilkan diri kita yang sebenar antara OK atau KO hehehe

Post a Comment

You Follower I Follower