Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Politik Pening Kepala

Labels:

Isu yang paling hangat dalam akhbar sekarang adalah berkaitan dengan kerusi Dun, Changkat Jering dan Behrang dimana kedua-dua adun didakwa menghantar surat peletakan jawatan yang diterima oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang menyerahkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi 2 Februari lalu.

Apa yang memeningkan kepala sebelah pihak kata terima surat peletakan jawatan manakala sebelah pihak lagi kata tidak pernah menghantar surat peletakan jawatan..aduss pening pening mana yang betul tidak tau la....

Samapi kat opis cerita kawan2 semua pasal politik...ada yang pro PR ada pro BN... kawan sorang ni cerita pasal perkembangan politik negeri dia yang ditadbir PR lepas tu seorang lagi cerita pasal BN ..hahaha lagi pening kepala..

Bangunan SPR hari ni diserbu wartawan yang ingin kepastian antara dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tu perlu ada pilihar raya kecil atau pun sebaliknya. Segala wartawan ada ...Bangunan SPR tu 10 langkah je dari opis... tu yang jengok kijap hehehhe SPR telah memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N58) dan kedua-duanya masih dipegang oleh penyandang kerusi berkenaan.

heemmm Politik ni kurang sikit la...bukan apa malas nak layan sangat..kalau layan pening kepala sebab saya pihak yang berkecuali hahaha.... opss nanti kana tatatertib pulak kekeke

0 comments:

Post a Comment

You Follower I Follower