Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Salam Hari Raya Aidilitri

Labels:



Dikesempatan ini pihak admin Andiza.net mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kedua ibu bapaku, saudara mara, semua kawan-kawan, pelawat blog ini dan kepada semua umat islam yang akan merayakan Aidilfitri. Semoga kita dipanjangkan usia dan dipertemukan kembali bulan Ramadhan yang akan datang. Kepada yang kembali ke kampung halaman selamat pergi dan balik berhati-hati di jalan raya (Admin tahun ini beraya dengan keluarga sebalah mertua tahun lepas beraya disabah).

Mata kadang salah melihat
Mulut kadang salah berucap
Hati kadang salah menduga
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada

===== Mohon Maaf Zahir dan Batin ======





Baca seterusnya..

Hadiah Hari Lahir Dari Bank Islam

Labels:

Tarikh hari ini adalah yang istimewah untuk aku dan merupakan hari pertama puasa pada tahun ini. Puasa tahun ini bermula pada 22 Ogos 2009 yang merupakan tarikh aku dilahirkan..sedar x sedar suda 29 tahun aku hidup di bumi ini. Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana memberi aku peluang untuk bernafas lagi dan berjumpa dengan bulan Ramadahan.


Aku sebenarnya nak kongsi cerita berkaitan dengan hadiah yang aku terima dari Bank Islam tempoh hari. Bulan lepas aku ada menerima pangilan dari staf Bank Islam bernama Norraida yang membuatkan aku terkzut..apa taknya dia cakap "Congratulation ! You're one of the Bank Islam 25th Anniversary Winner...encik telah memenagi hadiah Notebook Sony Vaio" wow...aku pun tak sangka menang. Aku tanpa membuang masa mengisi borang penghantaran hadiah dan send email kepada Norraida..

Sebelum ini Bank Islam ada membuat kempen Sambutan Ulang Tahun Ke-25 bermula dari 15 Disember 2008 sehingga 19 April 2009 dimana terbuka kepada semua pemegang Bank Islam MasterCard dan Bank Islam Visa. Setiap transaksi bermula dari RM50 ke atas (belian runcit, pengeluaran tunai atau pindahan baki) berpeluang untuk memenangi hadaih. Antara hadiah mingguan yang ditawarkan adalah

  1. Setiap Transaction yang ke-25 - Satu Sony Protable DVD (DVP-FX720) Player
  2. Setiap Transaction yang ke-250 - Satu Sony S-Frame (DPF-V900) Bingkai Gambar Digital
  3. Setiap 2,500th Transaction - Satu Sony Premium Cyber-shot Siri-siri T (DSC-T500) Kamera Digital
  4. Setiap 25,000th Transaction - Satu Sony Vaio (VGN-CS16S) Notebook Edisi Premium
  5. Setiap 250,000th Transaction - Satu Sony Platinum Bravia Siri-siri X450 (KLV-55X450A) 55" TV LCD
ha agak-agak korang aku menang yang mana hehehe...aku telah memenangi setiap transaksi 25,000th tu aku pun tak sangka betul.. Sony Vaio notebook tuu. Aku sebenarnya bukan pakai sangat pun kad kredit Bank Islam tu..rasa-rasa aku baru buat 3 transaksi . Staf dari Bank Islam tu info tiada pemenang TV LCD 55" sebab tiada yang layak. Hadiah yang tebesar dalam kempen mingguan Bank Islam adalah TV LCD tu dan no 2 adalah notebook sony vaio.

Proses penghantaran hadiah mengambil masa 2-3 minggu namun aku menerima hadiah agak lambat sikit sebab stok notebook tu tiada pula. Pada hari khamis yang lepas aku telah pun menerima hadiah tersebut yang dipos terus ke tempat kerja. So ini boleh aku angap sebagai Hadiah Birthday aku yang ke-29 hehehe . Apa-apau pun terima kasih kepada Bank Islam yang telah memberikan aku peluang memenengi hadaih notebook yang aku idamkan ini. Sepatutnya aku dapat Sony Vaio (VGN-CS16S) tapi yang aku terima adalah Sony Vaio (VGN-CS36GJ/Q) tak kesah la janji dapatkan... dapat free pulak tu huhuhu...tidak lupa juga kepada cik NORRAIDA kerana memberikan feedback yang cepat dan mesra..

Surat dari Bank Islam

Kotak Delivery

ni la dia notebook aku

Harga boleh tahan tu



Baca seterusnya..

Jalan-jalan di Floria Festival Putrajaya

Labels:


Hari ini aku berkesempatan berjalan-jalan di tapak Floria Festival. Hari ini dah hari ke 6 floria festival dan esok adalah hari yang terakhir. Sebenarnya semalam my wife on call so tu la pasal boleh singah jalan-jalan sebelum balik rumah.

Pada sebelah pagi memang sesuai la kalau nak ke tapak flora festival sebab senang paking dan masih kurang orang. Kepada kawan-kawan yang tidak pergi lagi tu masih ada peluang, esok merupakan hari terakhir. Floria Festival tahun ni aku rasa lebih teratur dari sebelum. Macam-macam ada...


Belon udara panas pun ada
Pemandangan di pintu masuk

Suka la myhumaira bejalan sebab dah lama tak bawa dia bejalan-jalan

Sempat posing berlatar belakangkan belon udara panas






Baca seterusnya..

Eeehhh Ular

Labels: ,

Kakitangan Jabatan Pertahanan Awam yang terlibat menangkap ular

Bulan lepas member kejutkan aku dengan berita penangkapan ular di sekitar rumah di Taman Kristal Dengkil...ehh betul ke!. Aku pun macam tak percaya je...Rupanya berita tu masuk paper ari tu, aku je yang tak terbaca...tapi aku tak heran la sebab belakang rumah aku tu hutan paya..ada monyet, biawak..hemm macam-macam ada..anakonda pun ada kut ehhh..

Memandangkan hari ni aku cuti exam dapat la meluangkan masa tingo rumah tu kijap selepas exam habis. Sebenarnya rumah aku tu belum diduduki lagi tapi jiran semua dah ada..cuma aku je kut yang belum pindah. Bukan apa mula-mula dulu nak plan pindah bulan Jun tapi tak jadi pulak, so mungkin pindah rumah baru tu dalam hujung tahun atau awal tahun depan kut.

Ok berbalik kepada cerita ular tadi, selepas exam aku terus menuju ke rumah tu. Nampak muka aku je Pengawal Keselamatan Taman tu tanya "waa suda lama tidak mari?" memang dah 2 bulan aku tak jenguk rumah tu sebab tiada masa la katakan. Aku tingo rumah aku tu pun dah serabut. Aku upah la pengawal tu bersihkan depan rumah aku tu, bukan aku offer tapi pengawal tu dulu ofer jadi aku pun ok je hehehe memang pengawal tu bagus la sebab kalau dia time off je dia cari la kerja bersihkan rumah orang kat situ. Dia buat kerja pun bersih je..

Time dia buat kerja tu dia cerita la pasal ular tu. Pengawal tu nampak satu objek bergerak tapi dia tak pasti betul ke ular. Pas tu dia pergi la dekat dengan objek tu.."ayooo ama appa" dia belari berpata balik ke pondok pengawal dan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam..hehehe..dia cakap "sangat besar juga itu ular" pas tu dia tunjuk la gambar dalam hp...ma'ai besar ular tu..baru aku percaya.

Selepas selesai dia bersihkan depan rumah tu aku pun kunci semua pintu dan tingkap takut kalau-kalau ular tu masuk dalam rumah pulak dah la tida orang hehehe kang jadi sarang dia pulak hehhe


Baca seterusnya..

Happy Anniversary 10th

Labels:

Happy annivesrsary 10th to my sister-in-law and brother in-law .....Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta berbahagia selamanya... amin!

Baca seterusnya..

Petang di Putrajaya - Belon Udara Panas

Labels:

Dapat juga la tingo belon udara panas yang ada di putrajaya bersama-sama dengan my wife, my humairah, my father and mother in law, sister and brother in law with his children. Kalau ikutkan badan memang malas nak pergi, buka apa malas sebab jem.. memang jem gila.. Di putrajaya kalau ada apa-apa fiesta mesti jalan masuk jem lepas tu time balik pun jem. Time sampai di presint 8 menuju ke jambatan seri wawasan suda jem...orang ramai mula paking kereta di tepi jambatan seri wawasan. Nasib baik la dapat paking di tapak pasar tani, tu pun tungu kereta keluar. Sementara mencari paking beberapa belon suda di lepaskan.



ni la dia my humaira sempat posing..lama my humaira tunggu belon gajah ni terbang rupanya tidak terbang pun

bestnya kalau dapat naik belon ni kan

waw tinggi nya

Belon muka badut..sudah terbang sedih pulak huhuhu

tidak sempat terbang

orang ramai masih berpusu-pusu walaupun acara seterusnya disambung lepas maghrib

time nak balik jem gila

Time nak balik banyak kereta yang keluar menuju ke masjid putra sedangkan jalan tu tutup, jem teruk pulak di masjid putra. Sebenarnya banyak jalan keluar yang perlu orang ramai tahu untuk keluar dari putrajaya. Untuk lebih memudahkan pakai la GPS huhuhu. Bagi pendapat aku la, pihak berkuasa sepatutnya memasang papan tanda secukupnya untuk memudahkan orang ramai keluar, ye la mana la orang ramai tahu jalan masjid putra tu tutup kalau pakai GPS pun tertipu huhuhuhu.

Baca seterusnya..

I'm Back

Labels:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan.


Hari ini baru ada masa terluang untuk mengupdate blog. Kebelakanagan ini memang sibuk + penat+malas+sebagainya. Dalam awal bulan Mac ini memang sibuk sikit la, bukan la sibuk melampau tapi tiada masa duduk depan pc dirumah. Sebulan ni pembantu rumah pulak balik kampung bercuti, nasib baik father-in-law ada nak jaga my humaira kalau tak pening kepala nak buat macam mana. Tapi kesian juga my father-in-law jaga my humaira, ya la kan dulu dia jaga anak-anaknya sekarang pula jaga cucu. Apa-apa pun thank to my father-in-law.



Pada 2 minggu lepas, my wife buat pembedahan kecil membuang benjolan dalam breast. Pada peringkat awal saya dengan wife risau juga sebab takut berkaitan dengan kenser. Kalau kenser ni susah kita nak gambarkan macam mana. Namun selepas membuat pemereksaan lebih kurang sebulan di hospital putrajaya dan merujuk doktor pakar benjolan tersebut bukan la kenser tetapi Fibroadenoma yang biasa terjadi kepada wanita berusia 20 - 30an. Lega la sikit, syukur la sebab tidak melibatkan kenser tapi kerisauan tetap ada.



Pada time my wife nak masuk wad untuk operation sayu hatuku.... ni kali ke-2 dia buat operation, time besalin my humairah pun operation juga sebab kedudukan songsang. Sementara menunggu my wife operation, perasaan risau, sedih, takut dan macam-macam menyelubungi jiwa ini. Siapa yang tak sedih kan, Insan yang tersayang dan paling rapat dengan kita. My wife mula operation pukul 11.32 pagi siap pada pukul 1.00 petang. Alhamdulila segalanya berjalan lancar, lebih kurang pukul 4.00 petang balik rumah. My Wife dapat MC 1 week untuk rehat, terharu tingo my wife.

Fakta berkaitan dengan Fibroadenoma

Fibroadenoma adalah satu punca benjol pada payu dara. Ia tidak sakit dan boleh bergerak-gerak jika dipicit. Ia masalah payu dara yang sering terjadi dan boleh menyerang wanita tanpa mengira usia. Lebih kerap menyerang wanita berusia 20an dan 30an. Jika benjolan terjadi pada wanita berusia 40an, kemungkinan besar ia bukan firodenoma

Fibroadenoma dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang lebih tinggi dari biasa. Selalunya benjolan yang tumbuh berukuran satu ke 1.5 sentimeter. Saiz itu selalunya kecil hingga ia akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun

Walaupun ia berbenjol seperti fibrosistik, tetapi benjolannya mempunyai sempadan yang jelas. Ia boleh bergerak-gerak apabila dipicit dan boleh tumbuh lebih dari satu benjolan pada satu-satu masa.

Diagnosis menentukan sama ada benjolan itu barah atau fibroadenoma memerlukan biopsi. Rawatan terbaik menangani fibroadenoma adalah pembedahan membuang benjolan kecuali jika ia terlalu kecil atau terlalu banyak.

Walaupun selepas pembedahan fibroadenoma boleh berulang.

Sumber
http://hsah.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=66

Baca seterusnya..

Assalamu'alaikum

Labels: ,

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM



Tahukah apa maksud ‘A’kum’ yang selalu kita pakai dalam sms ke atau email?

Janganlah kita menggantikan perkataan ‘Assalamualaikum’ dengan ‘A’kum’ dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendakla kita ganti dengan perkataan ‘Salam’ iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sama-sama lah kita membertahu kawan-kawan yang selalu sangat menggunakan shotform A’kum’ dalam sms ataupun e-mail. Perkataan ‘A’KUM’ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan Yahudi bermaskud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘ HAMBA-HAMBA BINATANG DENGAN ORANG-ORANG SESAT’

Mulai sekarang jika ada kawan hantar shortform ‘A’kum’ kita sama-sama la kita ingatkan kawan menggunakan ‘Salam’ kerana salam ialah dari perkataan ‘Assalamualaikum’.

Satu lagi berkaitan dengan memberi salam, Rasulallah s.a.w. memberi salam dengan lafaz 'assalamualaikum' dan menjawab salam dari para sahabat dengan salam yang penuh 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'

Beri salam - "Assalamualaikum'
Jawab salam - 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'

Apabila kira berkirim salam pada seseorang, hendaklah kita berkata ‘Kirim samal Assalamualaikum pada Ayu ye’
Bukannya : 'Kirim salam kat Ayu ye'
Dan bukannya ' Kirim salam maut' statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan semata..

Semoga ada manfaatnya. Ilmu utk dikongsi ...selamat beramal

Baca seterusnya..

Happy Birthday to my sister-in-law and my Wife

Labels:

Happy Birthday to my sister-in-law and my Wife.
May you be happy always and amplified spirit to undergo life challange .

For my Wife, I really love you muuahhha

Baca seterusnya..

Happy Birthday to ZIQREE

Labels:


Selamat menyabut hari lahir yang ke 9 kepada ZIQREE semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

Baca seterusnya..

Macam Siti le..pewwitt

Labels:


malu-malu pulak hehehhe

ciss hehehe

Baca seterusnya..

Balik Kampung

Labels:

Waa..Alhamdulila esok aku balik Kg setelah 2 tahun tidak balik beraya. Pada kali ini adalah 1st aku balik beraya dengan isteri tersayang dan anakku yang comel . Anak aku dah nak masuk setahun baru dapat balik di sabah hehehe. Emm ni la kan masalah kalau keluarga jauh apa boleh buat.

Untuk balik Kg mesti la ada perancangan kan, dari segi permohonan cuti, perbelanjaan dan aktiviti semasa di kampung. Paling penting sekali adalah perancangan kewangan, ni penting bagi yang balik menggunakan kapal terbang sebab melibatkan tambang yang agak tinggi. 1 orang pergi balik ke sabah (MAS) RM1,+++.00 ha kalau 3 orang mungkin dalam lingkungan RM3-4k tu baru tambang tidak termasuk perbelanjaan semasa berada di kampung T_T .

Namun sekiranya menggunakan perancangan awal tidak la semahal itu kan, sebab sekiranya membeli tiket lebih awal mungkin kita mendapat harga tiket yang murah. So rajin-rajin la tgo promosi MAS dan Airasia

Pada tahun ini aku menggunakan kemudahan tambang bagi pegawai yang berasal dari sabah dan berkhidmat di semananjung. So dapat la tambang Free 2 tahun sekali, namun berkuatkuasa Januari 09 dapat tambang free setiap tahun...ha ni yang besti Pekeliling Perkhidmatan Bil 22 Tahun 2008

Alhamdulila dengan kemudahan ini dapat la mengurangkan beban perbelanjaan balik kampung. Kalau kemudahan ini tidak disediakan aku kena sedaikan perbelanjaan lebih kurang RM3k untuk tambang sahaja, kalau 3k tu nak shoping dah dapat beli macam-macam dah hehehehe.

Kesimpulannya, kalau kita bercuti mestila membuat perancang awal dari segi kewangan, cuti dan aktiviti dan yang paling penting sekali adalah perancangan kewangan walaupun kita balik dekat atau pun jauh untuk melancarkan percutian kita. Ok la pesan aku, berhati-hati dijalan raya, jaga diri dan kita hanya merancang tuhan yang akan menentukannya.

Baca seterusnya..

MyHome

Labels:



Beli Rumah baru siap di Taman Kristal Dengkil..hehehe mula2 tidak berniat pun mau beli, aku dan bini just jalan2 ...sekali tingo rumah tu mcm terpikat pulak..time tu juga bayar deposit RM500 sebab tingal berapa unit yang ada..


Time nak pilih unit rumah yang nak beli pun tak banyak so ambik la rumah yang mengadap simpang 3..



Ni depan






Ruang Tamu



ha ni pemandangan dari master bedroom...ok la dpt juga angin kalau depan tu rumah org hemm macam serabut kan..hehehe


Baca seterusnya..

You Follower I Follower