Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Showing posts with label Bluetooth. Show all posts
Showing posts with label Bluetooth. Show all posts

Installing GPS GARMIN XT for your WMobile

Labels: , ,

Zaman sekarang semuanya dihujung jari...senang betul....apa taknya shoping pun boleh memalui online, bayar bil pun online, telefon pun 3G boleh tingo muka lepas tu yang paling best berjalan-jalan menggunakan GPS (Global Positioning System) .

SISTEM Kedudukan Global (GPS) ialah satu daripada sistem navigasi berasaskan satelit dibangunkan di atas rangkaian 24 satelit yang diletakkan di dalam orbit angkasa lepas oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS). Banyak manfaat yang boleh diperoleh menggunakan sistem GPS. Ia bukan sekadar sistem navigasi dan penentuan lokasi, malah boleh digunakan untuk sistem pengangkutan, perhutanan, penerokaan mineral termasuk minyak dan gas, pengurusan hidupan liar, pemantauan pergerakan manusia atau barangan dan sebagainya. Sekarang ramai yang menggunakan GPS pada kenderaan untuk penunjuk arah..



Menggunakan GPS ni memang senang, sistem ni akan menunjuk arah ke mana kita nak tuju..contoh la kita nak pergi kenduri kawain member di setapak, kalau guna GPS ni, kita cari je alamat memeber tu sistem ni akan tunjuk la jalannya, kalau tak alamat kita boleh cari melalui no telefon memeber tu...

Hemm untuk membeli alat GPS Navigator ni emm mahal lagi la..mungkin 1 set bende ni dalam RM500-RM1000 kot. Tapi GPS ni kita boleh install dalam Hp/PAD lagi free cuma kalau HP/PDA yang tiada sistem built in gps kene la pair dengan bluethoot reciever gps dalam RM2++

ok di bawah cara nak instal bende alah ni

mula mula download software / file ini dulu

1 - software garmin amik kat sini.
Garmin: Garmin Mobile 20 Software Update Collection

2 - File IMEI_converter.rar
RapidShare Webhosting + Webspace

3 - File garmin_kgen_1.3.rar
RapidShare Webhosting + Webspace

4 - File allvecihles.rar
RapidShare Webhosting + Webspace

5 - File Poi.rar
RapidShare Webhosting + Webspace

6 - File v2.30_unlock_test_ok.rar
RapidShare Webhosting + Webspace

7 - File gpx.rar
RapidShare Webhosting + Webspace

8 - File JPEG.rar
RapidShare Webhosting + Webspace

9 - File userdata.rar
RapidShare Webhosting + Webspace


Aturan menginstall:

1 - selepas download perkara 1. (wajib)
install ketiga tiga software tersebut menggunakan syncro cable. (ikut arahan je)
Boleh juga menggunakan card reader tapi masaalahnya shortcut ikon tak da dalam start menu.

- GarminMobileXTforWindowsMobile_50020w
- GarminMobileXTFreeBasemap_4xxxx
- GarminMobileXTSupportFiles_4xxxx

- cara install garmin untuk pda dan symbian sama je. cuma jenis fail je yang berbeza.
jadi masa nak download fail tengok betul betul yang mana satu.
- selepas install akan keluar arahan launch software.kansel je tak payah launch dulu.
install ketiga tiga tu sampai habis dulu.



2 - dah siap ketiga tiga tu. guna IMEI_converter untuk dapatkan nombor id card (perkara 2).
biasanya 8 ke 10 digit.

3 – selepas dapat nombor tu guna garmin keygen (perkara 3) untuk dapatkan 25 digit nombor.
- buka notepad
- masukkan nombor tu kemudian save guna kaedah ini:

= file name guna : sw.unl
= save as type guna: all file
= encoding guna : ANSI

PERINGATAN: Fail ini sangat penting kerana ia berfungsi sebagai unlock key untuk garmin.

3 – selepas tu buka folder garmin dalam card tu. Masukkan fail sw.unl ni

4 - lepas tu masukkan map malsing ni. File v2.30_unlock (perkara 6). Fail ni dah siap crack.
Boleh terus guna

5 – dah siap… ini saja step wajib untuk guna garmin.

6 – sebelum tu boleh tengok folder folder dalam folder garmin tu. Biasanya terdapat 3 atau 4 folder
yang tak da. Jadi copy dan paste je folder yang aku bagi ni.
- File gpx
- File JPEG
- File userdata
- File Poi
- File allvecihles (fail ni adalah sebagai tambahan. Kalau dah ada folder vecihles. Cuma copy dan paste isi failnya saja. Ada banyak pilihan ikon kenderaan).

Contoh folder yang patut ada dalam folder garmin yang lengkap:

Apps – eula – firmware - gpx – help – jpeg – poi – userdata – voice – sw.unl – gmapbmap.img – gmapsupp.img dan vechiles

Jangan lupa buang folder 2577 kerana tidak diperlukan.

PDA dan Symbian yang guna garmin boleh terima 4 fail peta saja.

1 ) gmapbmap.img (ini base map / peta dunia)

2)gmapsupp.img - map 1 ( peta Malaysia / singpura / malsing)
3)gmapsup2.img - map2 ( contoh peta: Indonesia)
4)gmaprom.img - map3 ( contoh peta: vietnam)

Setiap peta mesti ada unlock key sendiri. Contoh dibawah

gmapsupp.unl
gmapsupp2.unl
gmaprom.unl

Kalau ada masalah boleh tanya otai-otai dalam forum JomHeboh

Baca seterusnya..

Bluetooth SIG

Labels:

WIRELESSLY, POWERFULLY, EFFICIENTLY. Bluetooth wireless technology work how ever you work. It work whenever you work, seamlessly connecting all of your mobile devices. Creating unprecedented connectivity.

Itulah yang orang kata tentang Bluetooth. Gigi biru zaman baru. Bersempena nama seorang pahlawan viking zaman dulu yang akhirnya menjadi raja viking...... Bluetooth menjadi satu nama teknologi baru. Menghubungkan peranti tanpa wayar anda.....

Teknologi tanpa wayar BluetoothTM telah merealisasikan pasaran perhubungan peribadi tanpa wayar dengan lebih meluas lagi. Ia membolehkan komputer anda berhubung dengan terus dengan telefon, PDA, headphone dan sebagainya. Yang menariknya, kini kita boleh jumpa tetikus tanpa wayar, papan kekunci tanpa wayar, speaker tanpa wayar, konsol video game tanpa wayar dan berbagai lagi. Dalam tempuh terdekat nanti, TANPA WAYAR akan mendominasi kehidupan harian anda.

Apa sebenarnya Bluetooth?

Bluetooth SIG adalah satu pertubuhan perdagangan yang mempunyai minat mendalam dalam merealisasikan dunia tanpa wayar Bluetooth berjaya. Ianya diketuai oleh sembilan kumpulan promoter iaitu 3Com, Agere, Ericsson, IBM, Intel, Microsoft, Motorola, Nokia dan Toshiba, berserta beratus lagi sebagai ahli biasa dan pengamal Bluetooth. SIG adalah singkatan daripada Special Interest Group.

Di mana Bluetooth akan digunakan

Di mana-mana saja.Selagi peranti anda menepati spesifikasi Bluetooth, ianya boleh dihubungkan tanpa wayar dengan peranti yang lain tak kira di mana anda berada. Andea yang akan menetapkan sempadannya. Samada anda berada di Eropah, Asia, Asia Barat, Timur, Amerika atau Afrika sekali pun, selagi anda mempunyai peranti yang menepati sepesifikasi Bluetooth, anda boleh berhubung tanpa wayar dengan perantio tersebut.

Apa di sebalik Bluetooth?

Bluetooth telah dibangunkan dan disokong oleh berbagai produk dan pembangunan applikasi yang merangkumi segmen pasaran yang luas. Ia termasuk daripada pembangun software, pembangun teknologi silikon, peripheral, pembuat camera, pembuat komputer dan peralatan portable, barangan elektronik, pengeluar alat penguji dan sebagainya.

Satu teknologi yang benar-benar telah berjaya menjadikan Bluetooth bergerak pada landasannya adalah teknologi semiconductor yang berteraskan RF (radio frequency). Dan dalam teknologi ini, dengan teknologi baru semiconductor, yang dipanggil SiGe (Silicon - Germanium) membolehkan peranti tanpa wayar berkembang luas tanpa batasannya. Ini bermula bila pada 1998, IBM memulakan secara komersial produck berasaskan SiGe. Dengan adanya process teknologi SiGe ini, semakin banyak LNA (Low Noise Amplifier) di buat. Inilah yang menjadikan peranti tanpa wayar dengan noise ratio yang minimum berkembang pesat.... Bukan itu sahaja, malah peranti yang biasa digunakan dalam teknologi radio-frequency seperti mixer, modulator, demodulator, transciever, transmitter, VCOs dan sebagainya telah banyak melepasi had yang ditentukan oleh silikon (Si) atau pun GaAs (Galium Arsenide). SiGe membuka era baru dalam teknologi tanpa wayar.

Apa yang Istimewa dengan SiGe?

Dengan kata "lay man word", SiGe adalah speed. Kelajuan. Kelajuan peranti yang berasaskan Si adalah terhad kepada maksima 2GHz. Ini kerana bandgap bagi Si adalah 1.12eV berbanding 1.04eV bagi SiGe. Dengan itu Si biasa mempunyai electron base transit time yang tinggi dan tidak dapat bersaing dengan SiGe.

Bagi SiGe, transistornya di panggil HBT (hetero-junction bipolar transistor). Base resistance (RB) bagi SiGe HBT boleh diubah-ubah hanya dengan menukar kandungan dopant Ge tanpa memudaratkan current gain(ß). Lebih-lebih lagi noise factor SiGe adalah sangat rendah berbanding kepasa Si biasa iaitu pada 0.9dB berbanding dengan 3.0dB pada kelajuan transistor level 10GHz. Beberapa faktor lain yang menjadikan ianya mendapat populariti sekarang adalah keboleh-prosesan teknologi ini menggunakan teknologi CMOS biasa. ianya tidak memerlukan banyak mesin-mesin tambahan dan tidak berbahaya kepada alam sekitar berbanding dengan GaAs. Melihat namanya yang mengandungi Arsenide, sudah cukup untuk tidak menyentuhnya.....

Nah, sesiapa yang bekerja di persekitaran RF, anda tentunya tahu membezakan.....

Tak lama lagi, Malaysia akan terlakar dalam peta dunia sebagai salah satu negara yang punyai produk berasaskan teknologi SiGe. Satu teknologi baru yang menjadikan Bluetooth satu realiti. Yang menjadikan komunikasi tanpa wayar berkembang luas.

Sumber CikguCyber

Baca seterusnya..

You Follower I Follower