Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Pengawal Kompleks C Lembab!!!!

Labels: ,


Hari ini sesiapa yang kerja di Kompleks C (JPA,AGC,SPA,SPR,JP,Kem Sains) memang terlibat kesesakan teruk dan semestinya ramai yang sampai di pejabat lewat. Aku pun terlibat sama dengan inseden ini, sebelum ini selalu yang sesak teruk masuk ke kompleks E tapi aku heran bin ajaib hari ini sesak teruk menuju ke kompleks C pula. Sebulan yang lepas pernah sekali sesak macam ini tapi tu ada eksiden, motor OKU di langar motor orang normal kesian OKU tu dah la bawan anak...mesti anak-anak dia masih trauma...

Tapi hari ini aku rasa semua kakitangan yang bekerja di Kompleks C memang geram, marah dan cukup menyampah dengan pengurusan pengawal swasta yang bertanggungjawab keatas kunci pintu masuk Kompleks C. Disebabkan merekala jalan masuk Kompleks C sesak teruk. Mula-mula aku ingatkan ada kemalngan rupa-rupanya pintu masuk kompleks C tertutup!!! apa pengawal kompleks C tidur kaaa!!!!

Pintu Masuk Kompleks C Masih Tertutup

Sebenarnya kesesakan teruk menuju kompleks C disebabkan pintu utama masih berkunci dibawah tanggungjawab pengawal swasta yang lembab walaupun jam telah menujukkan pukul 7.20 pagi. Pelik juga pintu tidak boleh dibuka, rupa-rupanya masalah kunci tidak dapat dikesan. Kunci utama pintu masuk ghaib entah siapa diantara pengawal yang menyimpannya menyebabkan pintu utama masih berkunci. Pintu masuk mesti dibuka seawal 6.30 pagi. Sepatutnya sekiranya kunci hilang atau tidak dijumpai pengawal tu ambik la tindakan awal cuba hubungi jabatan keselamatan JPM atau terus hubungi Polis atau Bomba untuk membuka pintu. Tiada tindakan awal diambil pengawal-pengawal disitu walaupun sudah pukul 8.00 pagi menyebabkan kesesakan bertambah teruk sehinggalah polis datang memotong rantai besi pada pintu utama.

Rata-rata kakitangan awam yang bekerja di Kompleks C rasa tidak berpuas hati dengan pentadbiran pengawal swasta yang tidak peka dengan kepentingan awam dan telah menimbulkan masalah kesasakan jalan raya dan juga menyusahkan kepada semua. Kepada yang bertanggungjawab buat la pemantauan dan penyelidikan adakah syarikat pengawal ini masih reliven di kompleks C!!! ramai lagi syarikat pengawal yang lain....

Seawal 7.30 pagi

Sesak teruk


Polis tengah memotong rantai besi

Setelah pintu dibuka




0 comments:

Post a Comment

You Follower I Follower