Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Earth Hour 2009 - ( Jom Tutup Lampu 1 Jam )

Labels: ,

Laman Web Rasmi : Klick Sini > 60 EARTH HOUR

Jom kita tutup lampu bersama-sama selama 1 jam bermula 8.30PM to 9.30 PM pada 28 Mac ni tanda sokongan kita. Buat la aktiviti untuk keluarga, kawan-kawan bagi mengisi masa selama 1 jam.



For Households:
1. Switch off unused lights
2. Switch unused appliances off standby
3. Switch to energy efficient light globes
4. Reduce use of hot water
5. Switch to GreenPower

Kenapa plak nak tutup lampu ?? - Sebab..sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan sedar. Tentang pengunaan dan pembaziran tenaga yang berlebihan selama ini. Secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. Satu jam ( 60 minit ) tanpa lampu , diharapkan dapat memberi impak. Tentang bagaimana kita menilai sumber tenaga yang sedia ada.

Siapa yang startkan benda nieh weii ?? - Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007. Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan.

Cuma tutup lampu lah ?? - Ya , hanya tutup lampu selama 1 jam ( 60 minit ) pada 28 Mac ini , bermula jam 8.30 malam . Itu sahaja tanda sokongan yang perlu lakukan. Dan dalam kegelapan ini , mungkin kita boleh berfikir betapa sumber tenaga itu seharusnya diguna dengan baik, dan bukan untuk dibazirkan.

Boleh ke saya buat benda ini ?? - Sudah tentu boleh . Hanya memerlukan hujung jari ,[ Untuk menutup suis lampu ] kita akan mampu mengubah nasib Bumi ini . Mari kita semua beramai-ramai menyahut seruan 60 MINUTES-Earth Hour 2009 .Yang akan berlangsung pada 28 Mac 2009 [ Sabtu ] , bermula jam 8.30 malam. Dengan hanya menutup semua lampu selama 60 minit , kita telah membawa harapan baru terhadap masa depan Bumi.

Apa matlamat untuk tahun ini ?? - Tahun ini , diharapkan sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kotaraya . Akan bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini. Ini akan menjadi pemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama , dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini.

Siapa lagi yang saya nak ajak ?? - SEMUA !!! - Tindakan ini menuntut kerjasama semua pihak. Dari orang perseorangan , Industri Perniagaan dan komuniti setempat. Kita boleh bersama-sama keluarga , teman rakan dan ahli komuniti tempat kita tinggal untuk merayakan 1 jam tanpa cahaya ini. Begitu juga dengan Pihak berwajib , dan dari situ baru kita akan dapat melihat setiap bangunan. Yang melatari kaki langit setiap ibu kota dunia , bermula dari asia , eropah , africa dan amerika akan bergelap untuk menyahut seruan kempen ini.

Jadi apa saya nak buat sekarang ?? - Mari , kita war-warkan kempen ini kepada semua. Bersama-sama, kita akan membuat satu perubahan yang amat besar. Kepada alam yang menjadi tempat tinggal kita selama ini .Sehingga kini sudah hampir 538 kota di 75 negara , sudah menyertai Earth Hour 2009. Jumlah ini semakin meningkat dari hari ke hari , menunjukan bahawa semua pihak sudah mula memberi sokongan. Lihat , mudah bukan..kita cuma perlu percaya. Dengan hanya berkerjasama diantara satu induvidu kepada induvidu yang lain , kita akan melihat SATU KUASA besar yang akan membawa perubahan.


Ok la , saya pasti akan join kempen ini !!! - Yeah , Earth Hour adalah satu mesej kepada semua. Harapan dan Masa depan bumi ini terletak pada tangan kita sekarang ini. Mari kita membuat sedikit tindakan untuk membawa banyak perubahan. Malaysia pasti BOLEH !!!

Antara Mercu Tanda Dan Bangunan Di Malaysia Yang Akan Memadamkan Lampunya Sebagai Tanda Sokongan

Sumber 60 EARTH HOUR, yoyooh.com

6 comments:
gravatar
Anonymous said...
March 20, 2009 at 11:55 AM  

Jangan tutup lampu trafik suda...

gravatar
Anonymous said...
March 22, 2009 at 12:44 AM  

silap2 perompak da tunggu luar gate sblm tutup lampu tu.. naya jek.. huhu.. - carrotmerah

gravatar
BorneoKuku said...
March 30, 2009 at 11:55 AM  
This comment has been removed by the author.
gravatar
BorneoKuku said...
March 30, 2009 at 12:21 PM  

Orang putih juga yang tahu macamana nak save Dunia.

Kawan Sia Kata kalau kita ikut diorang ( Tutup Lampu ), yang di mana percaya bahawa boleh menyelamatkan dunia di anggap SYIRIK dalam agama Islam. Betulkah?

Sokong bergelap 24 hours sebulan sekali. Kerajaan DUNIA (WWF) perkenalkan satu undang-undang baru Dunia.

Apa pun, Umah sia bergelap 24 hours.

TQ _ Support WWF_You are the best.

gravatar
A.N.D.I.Z.A.®™ said...
March 30, 2009 at 6:46 PM  

Pada pendapat saya, tutup lampu ikut orang putih bukan membawa kepada SYIRIK. Syirik ini kita akan lihat kepada pelbagai sudut dan yang penting sekali adalah niat kita untuk melakukan sesuatu itu apa??

Earth Hour bertujuan untuk mengurangkan penggunaan elektrik sekaligus mengurangkan global warming. Kalau ada niat lain ha tu la yang SYIRIK.

Kalau dah 24 jam bergelap takut pencuri pulak masuk huhuhu..

gravatar
judi bola online said...
March 13, 2016 at 2:00 AM  

Keep up the good work!
Thanks for sharing.
agen bola / agen bola online / judi bola
judi bola online / bandar bola online / bandar bola
bandar judi bola / bandar bola / agen betting
agen bola terpercaya

Post a Comment

You Follower I Follower