Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Gambar Gerhana Bulan Penumbra

Labels:

Foto Bernama

Gambari Live www.angkasa.gov.my 10.38M

Baca seterusnya..

PENUMBRAL LUNAR ECLIPSE - 9 Februari 2009

Labels: ,

Gerhana Bulan Penumbra


Malam ni kita dapat tingo Gerhana Bulan Penumbra yang bermula jam 8:38:46 pm Waktu Malaysia hingga 12.38 kemuncak gerhana akan berlaku pada jam 10:38:15 PM Waktu Malaysia dan tamat pada jam 12:37:40 PM Waktu Malaysia

Apa itu Gerhana Penumbra Bulan?? hemm saya pun baru tahu ni hehehe

Kalau nak tau baca la artikel di Puskal-Sabah atau di falak-online

Kalau cuaca tak mengizinkan boleh la tingo Live di laman ANGKASA
bermula jam 8.39 malam ni


Baca seterusnya..

Tips Work Motivation

Labels: ,


Mari kita kongsi motivasi yang saya terima dari email ...semoga berguna pada kita...

Tips Work Motivation From Datuk Dr. Fadzilah Kamsah:
'Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...'
Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Adakala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PRIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...
'mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik'



Baca seterusnya..

Happy Birthday to ZIQREE

Labels:


Selamat menyabut hari lahir yang ke 9 kepada ZIQREE semoga diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

Baca seterusnya..

Microsoft Office Compatibility Pack for Word, Excel, and PowerPoint 2007 File Formats

Labels: , ,

Dalam mana-mana PC atau leptop sekarang rata-rata menggunakan sistem Microsoft Office 2007 yang menggantikan sistem Microsoft Office 2003. Apa bezanya Microsoft Office 2007 dengan Microsoft Office 2003, 2000?? Ramai yang kata "baik pakai Microsoft Office 2003 daripada Microsoft Office 2007" , "Microsoft Office 2007 tidak boleh buka di komputer lama la(Microsoft Office 2003, 2000)"


hehehe ni terjadi kepada kawan saya dimana dia telah membuat kertas kerja menggunkan Microsoft Office Word 2007 dan save fail tersebut dalam thmdrive selepas tu sampai di ofis dia cuba bukan untuk print tetapi fail tersebut tidak dapat dibuka sebab komputer di ofis guna Microsoft Office 2003. Tu yang awal pagi dia call tanya macam mana nak buka Microsoft Office word 2007 menggunakan Microsoft Office word 2003... kecoh mamat ni hahahaha...

Sebenarnya kalau kita lihat Microsoft Office 2007 dan Microsoft Office 2003 tiada beza sangat dari segi penggunaan tetapi pada tetingkap kedua-dua versi ini amat berbeza dan juga format

Microsoft Office Word 2007



Microsoft Office Word 2003



Pengguna versi Microsoft Office 2003, Office XP (2002) dan Office 2000 tidak dapat membaca atau melihat atau membuka untuk mengedit dan menyimpan file Office yang dibuat dalam Office 2007, seperti Microsoft Office Word dan Microsoft Office Excel. Sebagai contoh Microsoft Office Word 2007 menggunakan format fail .docx yang tidak boleh dibuka dengan menggunakan Microsoft Office Word 2003 yang menggunakan format fail .doc

Ok untuk membuka fail yang menggunakan Microsoft Office 2007 dengan menggunakan Microsoft Office yang sedia ada, apa yang kita perlu buat adalah download Microsoft Office Compatibility Pack (FileFormatConverters.exe) dan instal ke PC kita tanpa perlu melakukan upgrade. Selepas instal cuba buka fail tersebut.....naaa kan buli buka hehehehe

Baca seterusnya..

Politik Pening Kepala

Labels:

Isu yang paling hangat dalam akhbar sekarang adalah berkaitan dengan kerusi Dun, Changkat Jering dan Behrang dimana kedua-dua adun didakwa menghantar surat peletakan jawatan yang diterima oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang menyerahkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi 2 Februari lalu.

Apa yang memeningkan kepala sebelah pihak kata terima surat peletakan jawatan manakala sebelah pihak lagi kata tidak pernah menghantar surat peletakan jawatan..aduss pening pening mana yang betul tidak tau la....

Samapi kat opis cerita kawan2 semua pasal politik...ada yang pro PR ada pro BN... kawan sorang ni cerita pasal perkembangan politik negeri dia yang ditadbir PR lepas tu seorang lagi cerita pasal BN ..hahaha lagi pening kepala..

Bangunan SPR hari ni diserbu wartawan yang ingin kepastian antara dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tu perlu ada pilihar raya kecil atau pun sebaliknya. Segala wartawan ada ...Bangunan SPR tu 10 langkah je dari opis... tu yang jengok kijap hehehhe SPR telah memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N58) dan kedua-duanya masih dipegang oleh penyandang kerusi berkenaan.

heemmm Politik ni kurang sikit la...bukan apa malas nak layan sangat..kalau layan pening kepala sebab saya pihak yang berkecuali hahaha.... opss nanti kana tatatertib pulak kekeke

Baca seterusnya..

Hari Wilayah

Labels:

1 Februari setiap tahun adalah cuti Hari Wilayah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Top top kita suda di bulan Februari 2009 kan, cepat betul masa berlalu. Time-time cuti ni memang seronok, sapa yang tidak mau cuti kan hehehhe..ok mari kita imbas sedikit sejarah penubuhan 3 Wilayah ini dalam malaysia.

Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Ok selamat bercuti kepada mereka yang bekerja di 3 wilayah ini haa ingat esok kerja jangan pulak ada yang EL ada yang MC hehehehe

Baca seterusnya..

You Follower I Follower