Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia
Eeehhh Ular
Posted by
A.N.D.I.Z.A.®™
Labels:
Isu Semasa,
My Life
Kakitangan Jabatan Pertahanan Awam yang terlibat menangkap ular
Bulan lepas member kejutkan aku dengan berita penangkapan ular di sekitar rumah di Taman Kristal Dengkil...ehh betul ke!. Aku pun macam tak percaya je...Rupanya berita tu masuk paper ari tu, aku je yang tak terbaca...tapi aku tak heran la sebab belakang rumah aku tu hutan paya..ada monyet, biawak..hemm macam-macam ada..anakonda pun ada kut ehhh..
Memandangkan hari ni aku cuti exam dapat la meluangkan masa tingo rumah tu kijap selepas exam habis. Sebenarnya rumah aku tu belum diduduki lagi tapi jiran semua dah ada..cuma aku je kut yang belum pindah. Bukan apa mula-mula dulu nak plan pindah bulan Jun tapi tak jadi pulak, so mungkin pindah rumah baru tu dalam hujung tahun atau awal tahun depan kut.
Ok berbalik kepada cerita ular tadi, selepas exam aku terus menuju ke rumah tu. Nampak muka aku je Pengawal Keselamatan Taman tu tanya "waa suda lama tidak mari?" memang dah 2 bulan aku tak jenguk rumah tu sebab tiada masa la katakan. Aku tingo rumah aku tu pun dah serabut. Aku upah la pengawal tu bersihkan depan rumah aku tu, bukan aku offer tapi pengawal tu dulu ofer jadi aku pun ok je hehehe memang pengawal tu bagus la sebab kalau dia time off je dia cari la kerja bersihkan rumah orang kat situ. Dia buat kerja pun bersih je..
Time dia buat kerja tu dia cerita la pasal ular tu. Pengawal tu nampak satu objek bergerak tapi dia tak pasti betul ke ular. Pas tu dia pergi la dekat dengan objek tu.."ayooo ama appa" dia belari berpata balik ke pondok pengawal dan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam..hehehe..dia cakap "sangat besar juga itu ular" pas tu dia tunjuk la gambar dalam hp...ma'ai besar ular tu..baru aku percaya.
Selepas selesai dia bersihkan depan rumah tu aku pun kunci semua pintu dan tingkap takut kalau-kalau ular tu masuk dalam rumah pulak dah la tida orang hehehe kang jadi sarang dia pulak hehhe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
July 7, 2009 at 7:59 AM
Sangat merbahaya!
Post a Comment