Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

I'm Back

Labels:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan.


Hari ini baru ada masa terluang untuk mengupdate blog. Kebelakanagan ini memang sibuk + penat+malas+sebagainya. Dalam awal bulan Mac ini memang sibuk sikit la, bukan la sibuk melampau tapi tiada masa duduk depan pc dirumah. Sebulan ni pembantu rumah pulak balik kampung bercuti, nasib baik father-in-law ada nak jaga my humaira kalau tak pening kepala nak buat macam mana. Tapi kesian juga my father-in-law jaga my humaira, ya la kan dulu dia jaga anak-anaknya sekarang pula jaga cucu. Apa-apa pun thank to my father-in-law.



Pada 2 minggu lepas, my wife buat pembedahan kecil membuang benjolan dalam breast. Pada peringkat awal saya dengan wife risau juga sebab takut berkaitan dengan kenser. Kalau kenser ni susah kita nak gambarkan macam mana. Namun selepas membuat pemereksaan lebih kurang sebulan di hospital putrajaya dan merujuk doktor pakar benjolan tersebut bukan la kenser tetapi Fibroadenoma yang biasa terjadi kepada wanita berusia 20 - 30an. Lega la sikit, syukur la sebab tidak melibatkan kenser tapi kerisauan tetap ada.



Pada time my wife nak masuk wad untuk operation sayu hatuku.... ni kali ke-2 dia buat operation, time besalin my humairah pun operation juga sebab kedudukan songsang. Sementara menunggu my wife operation, perasaan risau, sedih, takut dan macam-macam menyelubungi jiwa ini. Siapa yang tak sedih kan, Insan yang tersayang dan paling rapat dengan kita. My wife mula operation pukul 11.32 pagi siap pada pukul 1.00 petang. Alhamdulila segalanya berjalan lancar, lebih kurang pukul 4.00 petang balik rumah. My Wife dapat MC 1 week untuk rehat, terharu tingo my wife.

Fakta berkaitan dengan Fibroadenoma

Fibroadenoma adalah satu punca benjol pada payu dara. Ia tidak sakit dan boleh bergerak-gerak jika dipicit. Ia masalah payu dara yang sering terjadi dan boleh menyerang wanita tanpa mengira usia. Lebih kerap menyerang wanita berusia 20an dan 30an. Jika benjolan terjadi pada wanita berusia 40an, kemungkinan besar ia bukan firodenoma

Fibroadenoma dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang lebih tinggi dari biasa. Selalunya benjolan yang tumbuh berukuran satu ke 1.5 sentimeter. Saiz itu selalunya kecil hingga ia akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun

Walaupun ia berbenjol seperti fibrosistik, tetapi benjolannya mempunyai sempadan yang jelas. Ia boleh bergerak-gerak apabila dipicit dan boleh tumbuh lebih dari satu benjolan pada satu-satu masa.

Diagnosis menentukan sama ada benjolan itu barah atau fibroadenoma memerlukan biopsi. Rawatan terbaik menangani fibroadenoma adalah pembedahan membuang benjolan kecuali jika ia terlalu kecil atau terlalu banyak.

Walaupun selepas pembedahan fibroadenoma boleh berulang.

Sumber
http://hsah.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=66

0 comments:

Post a Comment

You Follower I Follower