Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

MASALAH HUTANG

Labels: ,


Bercakap berkaitan dengan masalah hutang, akhbar tempatan hari ini ada menyebut seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang. Maknanya ramai kakitangan Kerajaan yang dibebani hutang sehingga ada yang membawa pulang 40 peratus daripada gaji mereka isk isk issssk..



Hemm bila cakap kakitangan kerajaan, orang luar mula la akan pandang "tu la kakitangan kerajaan gaji kecik" "Makan gaji buta" dan sebagainya. Pada pandangan aku la, kerja kerajaan, swasta atau kerja sendiri semua ada hutang tidak kira gaji besar atau kecil semua terlibat dengan hutang. Sebagai contoh la semua orang perlukan rumah , jadi untuk membeli rumah kita perlu membuat pinjaman untuk membeli rumah tersebut melaikan orang yang berkemampuan untuk beli secara tunai begitu juga dengan kereta dan sebagainya.

Kalau dikira rasa-rasa semua yang bekerja mempunyai bebanan hutang bukan sahaja 450,000 petugas awam itu sahaja tetapi termasukla pekerja swasta atau pun yang berkerja sendiri, cuma yang membezakannya tahap bebanan hutang atau jumlah hutang. Bagi yang berpendapatan tinggi bebanan hutang tu atau perbelanjaan tu besarla tapi kalau berpendapatan sedikit maka hutang tu sepatutnya kecil. Apa yang kita lihat sekarang yang berpendapatan sedikit ni mempunyai bebanan hutang yang tinggi..macam mana ini berlaku???...Dalam sektor awam potongan gaji tidak boleh melebihi 60%, tapi ada juga yang gatal-gatal melebehi potongan 60%.

Antara faktor yang menyumbang kepada keterhutangan melampau adalah sikap diri sendiri dimana tidak memikirkan masa depan yang difikirkan nak duit je dan pengaruh nak hidup mewah. Kedua nak duit cepat atau terdesak atau kesempitan hidup, sangup pinjam duit daripada along-along. Ketiga pengaruh persekitaran iaitu pengaruh kawan-kawan, kalau kawan nak buat pinajam dia pun nak buat, satu lagi pengaruh promosi tertentu contoh yang jelas promosi jual beli kereta, kalau telah di senarai hitam pun boleh buat loan...isk isk isssskk tak patut betul...

Kesimpulannya jangan la berhutang sehinga disenaraikan dalam keterhutangan melampau. Kalau berhutang pun biarla mampu untuk membuat bayaran dan hutang dalam sekala yang kecil, jangan sekali membuat pinjaman dengan along..ha kalau nak cari nahas pinjam la. Buat bayaran mengikut masa yang ditetapkan untuk mengelakkan menghadapi tertunggak. Kalau boleh jangan berhutang..boleh ke?! hehehe aku pun berhutang juga tapi alhamdulila masih mampu untuk buat bayaran.



2 comments:
gravatar
Ir. hydir said...
June 30, 2009 at 4:42 PM  

Ada formula untuk mngira paras hutang kita .. cuma saya tak berapa ingat :)

tapi ada dinyatakan kalau % hutang melebihi certain ratio akan menyebabkan kita dikategori sbg bermasalah

gravatar
Chenta said...
June 30, 2009 at 11:24 PM  

Yup ! semuanya terpulang pada individu sendiri .

Owh please lah bersikap rasional . Jika gaji kita kecil janganlah berkehendak besar . Utamakan dahulu keperluan asas dan khas seprti yg dinyatakan.

Insyallah ... rezeki yang secupak akan menjadi segantang .

Post a Comment

You Follower I Follower