Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia
Pertunjukkan Belon Udara Panas- Putrajaya
Posted by
A.N.D.I.Z.A.®™
Labels:
Isu Semasa,
Maklumat
The Fiesta
Date : 19 - 22 March 2009
Venue: Putrajaya (* The Fiesta will be held at Precinct 2, Putrajaya adjacent to the ‘Monumen Alaf Baru’)
Number of Hot Air Balloons: 25
* 20 standard shaped hot air balloons
* 5 special shaped hot air balloons
Participating countries
* Pilots from 19 countries have been invited to participate in the Fiesta namely;
Australia, Belgium, Germany, Indonesia, Italy, Japan, Korea, Malaysia, Netherlands, New Zealand, Oman, Philippines, Switzerland, Sweden, Thailand, Turkey, UAE, United Kingdom and United States of America.
Venue: Putrajaya (* The Fiesta will be held at Precinct 2, Putrajaya adjacent to the ‘Monumen Alaf Baru’)
Number of Hot Air Balloons: 25
* 20 standard shaped hot air balloons
* 5 special shaped hot air balloons
Participating countries
* Pilots from 19 countries have been invited to participate in the Fiesta namely;
Australia, Belgium, Germany, Indonesia, Italy, Japan, Korea, Malaysia, Netherlands, New Zealand, Oman, Philippines, Switzerland, Sweden, Thailand, Turkey, UAE, United Kingdom and United States of America.
Unuk maklumat lanjut sila layari
Tel: +603 7494 0298/ 58
Fax: +603 7494 0278/ 68
Website: www.myballoonfiesta.com
Email: info@myballoonfiesta.com
______________________________________________________________
Terbang tinggi: Pertunjukan belon udara panas sedunia hias langit Putrajaya
MENGIKUT catatan sejarah, manusia pertama kali terbang menggunakan belon udara panas pada 21 November 1783. Ketika itu, belon udara panas ciptaan Montgolfier Brothers berjaya diterbangkan Jean-Francois Pilatre de Rozier dan Francis Laurent d’Arlandes di Perancis.
MENGIKUT catatan sejarah, manusia pertama kali terbang menggunakan belon udara panas pada 21 November 1783. Ketika itu, belon udara panas ciptaan Montgolfier Brothers berjaya diterbangkan Jean-Francois Pilatre de Rozier dan Francis Laurent d’Arlandes di Perancis.
Bermula detik itu, manusia terus berinovasi demi memenuhi impian menawan langit. Kekuatan intelek terus dicabar selepas dikaji secara mekanik bagaimana burung mampu terbang hingga terciptanya belon udara panas. Obsesi ini akhirnya membawa kepada ciptaan pesawat dan kapal terbang yang kini gah menembusi ruang angkasa.
Namun, di sebalik kepesatan teknologi penerbangan, keunikan belon udara panas tidak pernah dilupakan. Biar di mana saja, aktiviti menaiki belon udara panas pasti mengundang keseronokan. Ini terbukti apabila setiap kali belon udara panas muncul di celah awan, kehadirannya tentu disedari dengan disambut rasa penuh pesona mata yang memandang.
Jika ditanya, tentu ramai antara kita mahu merasai sendiri pengalaman terbang menaiki belon udara panas. Tentu hati terpesona melihat keindahan alam secara terbuka pada jarak ketinggian maksimum yang mampu dicapai belon udara panas. Bagai seekor burung yang terbang, keseronokan melayang di udara pasti mengujakan hati ibarat hidup bebas tanpa ada yang menghalang.
Nyata belon udara panas mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Tidak hairanlah, banyak negara seperti di Amerika Syarikat (AS) dan benua Eropah saban tahun menganjurkan pesta belon udara panas.
Pencipta belon udara panas akan berkumpul dan mempamerkan hasil ciptaan masing-masing. Sama ada reka bentuk tradisional atau moden hingga mungkin tidak terfikir akal, belon udara panas terus menawan hati siapa saja.
Jika anda antara mereka yang ternanti-nanti peluang melihat lebih dekat belon udara panas, tunggu kemunculan 25 belon udara panas yang didatangkan khas dari seluruh dunia sempena
Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa 2009 di Putrajaya, mulai Khamis ini. Pertunjukan belon udara panas selama empat hari itu antara lain mempamerkan keunikan belon udara panas termasuk berbentuk haiwan seperti penyu dan gelas minuman yang jarang dapat dilihat berlegar di ruang udara.
Bertempat di Monumen Alaf Baru di Presint 2, Putrajaya, negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Belgium, Thailand, New Zealand, Korea, Filipina, AS dan Indonesia masing-masing akan mempamerkan kehebatan belon udara pada pertunjukan terbesar ini.
Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa 2009 dijangka mendapat sambutan hebat berikutan cuti persekolahan mulai semalam. Sehubungan itu, ibu bapa wajar mengambil peluang membawa anak-anak menyaksikan pertunjukan berwarna-warni itu.Apa yang menarik, orang ramai berpeluang menyaksikan proses mengisi belon dengan gas helium hingga ia dinaikkan ke udara. Jika berhasrat mempelajari lebih dekat teknik menaikkan belon udara panas, pengunjung disaran datang seawal jam 7 pagi ketika petugas melakukan proses itu.
Timbalan Presiden Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF), Kapten Khairudin Rani ketika ditemui Sabtu, berkata pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai jenis bentuk dan warna belon yang akan dipamerkan pada pertunjukan itu.
“Kami mahu pastikan setiap pengunjung menikmati pengalaman menyeronokkan kerana inilah kali pertama pertunjukan hebat belon udara panas diadakan di Malaysia,” katanya.
Khairudin yang lebih dikenali sebagai Rudy berkata, pertunjukan ini diharap menjadi landasan bagi Malaysia menganjurkan lebih banyak pertunjukan sama seperti program yang dianjur di beberapa tempat iaitu di Albuquerque, AS; Bristol, United Kingdom (UK) dan Saga, Jepun hingga mampu menarik kunjungan jutaan peminat belon udara panas.
Pertunjukan Belon Udara Panas Antarabangsa 2009 dibuka antara jam 7 pagi hingga 7 petang secara percuma. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-74940298 atau melayari laman web di www.myballoonfiesta.com.
INFO:
* Belon udara panas adalah kejayaan teknologi penerbangan manusia tertua.
* Belon udara panas merangkumi beg yang dikenali sebagai ‘envelope’ yang mampu menampung udara panas.
* Belon udara panas mempunyai bakul rotan atau gondola untuk membawa penumpang.
* Tidak seperti belon yang diisi gas, belon udara panas mempunyai ruang terbuka pada bahagian bawah envelope kerana udara di sekeliling gondola mempunyai tekanan yang sama dengan udara di sekitarnya.
* Dalam setiap pertunjukan atau sukan belon udara panas pada masa ini, envelope diperbuat daripada fabrik jenis nilon manakala permukaan yang hampir dengan penunu gas pula diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar dikenali sebagai Nomex.
* Belon udara panas ciptaan sekarang boleh dikawal pergerakannya berbanding zaman dulu yang hanya terbang mengikut arah tiupan angin.
sumber [copy & paste] : bharian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment