Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia
Free iAntiVirus 1.35 For Mac OS X
Antivirus is a must application on Windows machine for having peace of mind computer activities. While there are wide variety of antivirus for Windows, we hardly notice any existence of antivirus specifically built for Mac OS. Even though it is relatively safe as compared to Windows, there are significant number of functioning viruses floating on the net and targeting Mac OS.
PC Tools iAntiVirus is a great antivirus in protecting your Mac OS X from spyware, worms, viruses and trojans and more importantly it is absolutely free for use.
iAntiVirus 1.35 Features
- Powerful malware protection
- Spyware, dialer and adware protection
- Virus, trojan and worm protection
- Scan and automatic removal
- IntelliGuard™ Real Time Protection
- Smart updates
- Home and office use
Requirements
- Mac OS X 10.5 or later
- Intel processor
Tuesday, March 31, 2009 | 0 Comments
Belajar Terima Pandangan Orang Lain
Antara jenis pentingkan diri ialah tidak mahu mendengar suara orang di sekitarnya. Cuma yang dia mahu dengar ialah suara nafsu dan keinginannya saja, walaupun kadangkala orang menderita disebabkan sikapnya.
Suara luar, rintihan yang di sekelilingnya tidak diendahkannya. Baginya itu semua tidak penting.
Nabi Sulaiman a.s sanggup mendengar suara dan pendapat luar walaupun daripada seekor burung hud-hud mengenai negeri Saba'.
Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w mendengar pendapat dan pandangan sahabat, kemudian bersama berfikir mengenai cadangan dan akhirnya melaksanakan kesimpulan yang dipersetujui. Bukankah itu memberikan kejayaan!
Pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat menyentuh hati golongan dipimpin. Tetapi sebelum kita dapat menyentuh yang dipimpin, kita semestinya menyelami apa ada dalam hati mereka.
Hendak menyelami hati mesti mendengar dulu suara mereka. Semestinya kita menjadi pendengar yang baik.
Dalam kehidupan seharian antara suara yang perlu kita dengar ialah:
1. Suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita.
Luangkan masa mendengar sama ada pujian atau teguran. Tunjukkan wajah yang simpati dan tindak balas.
Hindarilah wajah yang dingin kerana ia akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi dengan kita. Banyak orang yang suka ceritanya didengari daripada memenuhi permintaan.
2. Suara pelanggan. Kepada yang ingin berjaya luangkanlah waktu untuk mendengar suara pelanggan (terutama peniaga dan pemberi perkhidmatan) dan mendengar suara umat (bagi golongan pendakwah atau pakar motivasi) kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka ini.
Apabila suara mereka mengandungi makian hadapilah dengan positif dan sangka baik serta cuba perbaiki diri.
Jika suara mereka mengandungi pujian pertahankan pujian dengan mempertingkatkan kualiti.
3. Suara lawan. Suara lawan memang sukar untuk diterima, malah kadang-kadang disambut dengan lawan juga.
Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka kita mengetahui lemah kita, bahkan yang cacat akan diperbaiki.
Kata bijak pandai 'apabila lawan kita menceritakan aib kita sebenarnya kita patut berterima kasih kerana dia bersusah meluangkan masa dan fikirannya menasihati kita'.
Cuba fikirkan, berapa banyakkah waktu yang kita pernah guna untuk memperbetulkan dan muhasabah diri kita?
Mulai sekarang marilah kita belajar mendengar, bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan mereka di sekitar. Nanti mereka juga akan mendengar perasaan kita.
Oleh Mohd Zawawi Yusoh
Sunday, March 29, 2009 | 0 Comments
Macam-macam
Sunday, March 29, 2009 | 0 Comments
Night Earth Hours
Saya rasa ramai orang tidak tahu Earth Hour?? kenapa?? saya ambil contoh la di taman perumahan yang saya duduk ni kira 25% sahaja yang rumah yang saya tingo gelap selebihnya masih seperti biasa..hehehe bukan wajib pun kan ...Untuk menunjukkan sokongan saya pada Eart Hour saya offkan lampu dan komputer selama 1 jam juga la. tapi tv masih on sebab my mother in low tingo hehehe..... kira tadi nak p tingo juga di putrajaya off tak lampu di jambatan tu tapi memandangkan letih duduk rumah ja la sebab penat baru balik dari jalan-jalan cari makan di KL..
Baca seterusnya..Saturday, March 28, 2009 | 2 Comments
Earth Hour 2009
Turn off your lights And your differences
Switch on unity
Come together fight global warming
Turn off your light for one hour
Saturday, March 28, 2009 | 0 Comments
Kerja Susah vs Kerja Mudah
Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan
perkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka
melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.
Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup
melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan
promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network
yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi
yang produktif perniagaan baru setiap bulan.
Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melakukan
perkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak
menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya
menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun
yang lepas (tidak ubah).
Bagi mereka yang top 2%, kerja-kerja tersebut memang susah. Tetapi
mereka lakukan juga.
Bagi mereka yang bottom 98%, mereka tak sanggup melakukannya.
Apa kata lepas ni, kita senaraikan perkara-perkara yang susah yang
sebelum ini kita sering abaikan. Dan, kemudian... lakukannya juga!
source: irfankhairi
Thursday, March 26, 2009 | 0 Comments
Maps Google and Wikimapia
Baca seterusnya..
Wednesday, March 25, 2009 | 1 Comments
Keajaiban Laungan Azan Mengelilingi Dunia
Sebelum Azan berakhir di Indonesia, Azan telah bermula di Malaysia seterusnya diikuti oleh Myanmar dan China.
Dalam waktu 1 jam setelah Azan bermula di Jakarta, Azan telah bermula di Bangladesh dan berlarutan hingga ke barat India dan seterusnya ke Mumbai dan sampai ke Pakistan.
Sebelum Azan berakhir di Pakistan, Azan pula bermula di afghanistan dan seterusnya >>> lihat video fenomena Azan utk penerangan lbh terperinci.
Laungan Azan yang telah bermula ditimur Indonesia pada waktu Subuh, sampai ke perairan lautan atlantik selepas 9 jam, tetapi sejurus sebelum Azan dikumandangkan di perairan lautan atlantik, ia nya telah bermula kembali ditimur Indonesia menandakan masuk waktu Zuhur.
Sebaik Azan Zohor tiba di Dhaka, Azan Asar pula bermula ditimur Indonesia, selang beberapa jam kemudian Azan Maghrib pula bermula, sebelum Azan Maghrib mula dikumandangkan di Sumatera, Azan isya pula mula kedengaran ditimur Indonesia.
Maka, bila direnungkan kembali, berpuluh ribu muadzin di seluruh dunia saling bersahutan melaungkan Azan. Insyaallah Azan ini tidak akan hilang dan akan berterusan hingga ke akhir zaman.
kredit Ie3za
Monday, March 23, 2009 | 0 Comments
Petang di Putrajaya - Belon Udara Panas
bestnya kalau dapat naik belon ni kan
waw tinggi nya
Belon muka badut..sudah terbang sedih pulak huhuhu
tidak sempat terbang
Saturday, March 21, 2009 | 5 Comments
Tukar Template
Rasa boring pulak tingo blog ni.. untuk elak kita boring tingo blog baik tukar tamplate hehehe boring juga asik template yang sama sahaja kan.
Saturday, March 21, 2009 | 0 Comments
Earth Hour 2009 - ( Jom Tutup Lampu 1 Jam )
For Households:
1. Switch off unused lights
2. Switch unused appliances off standby
3. Switch to energy efficient light globes
4. Reduce use of hot water
Siapa yang startkan benda nieh weii ?? - Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007. Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan.
Cuma tutup lampu lah ?? - Ya , hanya tutup lampu selama 1 jam ( 60 minit ) pada 28 Mac ini , bermula jam 8.30 malam . Itu sahaja tanda sokongan yang perlu lakukan. Dan dalam kegelapan ini , mungkin kita boleh berfikir betapa sumber tenaga itu seharusnya diguna dengan baik, dan bukan untuk dibazirkan.
Boleh ke saya buat benda ini ?? - Sudah tentu boleh . Hanya memerlukan hujung jari ,[ Untuk menutup suis lampu ] kita akan mampu mengubah nasib Bumi ini . Mari kita semua beramai-ramai menyahut seruan 60 MINUTES-Earth Hour 2009 .Yang akan berlangsung pada 28 Mac 2009 [ Sabtu ] , bermula jam 8.30 malam. Dengan hanya menutup semua lampu selama 60 minit , kita telah membawa harapan baru terhadap masa depan Bumi.
Apa matlamat untuk tahun ini ?? - Tahun ini , diharapkan sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kotaraya . Akan bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini. Ini akan menjadi pemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama , dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini.
Siapa lagi yang saya nak ajak ?? - SEMUA !!! - Tindakan ini menuntut kerjasama semua pihak. Dari orang perseorangan , Industri Perniagaan dan komuniti setempat. Kita boleh bersama-sama keluarga , teman rakan dan ahli komuniti tempat kita tinggal untuk merayakan 1 jam tanpa cahaya ini. Begitu juga dengan Pihak berwajib , dan dari situ baru kita akan dapat melihat setiap bangunan. Yang melatari kaki langit setiap ibu kota dunia , bermula dari asia , eropah , africa dan amerika akan bergelap untuk menyahut seruan kempen ini.
Jadi apa saya nak buat sekarang ?? - Mari , kita war-warkan kempen ini kepada semua. Bersama-sama, kita akan membuat satu perubahan yang amat besar. Kepada alam yang menjadi tempat tinggal kita selama ini .Sehingga kini sudah hampir 538 kota di 75 negara , sudah menyertai Earth Hour 2009. Jumlah ini semakin meningkat dari hari ke hari , menunjukan bahawa semua pihak sudah mula memberi sokongan. Lihat , mudah bukan..kita cuma perlu percaya. Dengan hanya berkerjasama diantara satu induvidu kepada induvidu yang lain , kita akan melihat SATU KUASA besar yang akan membawa perubahan.
Sumber 60 EARTH HOUR, yoyooh.com
Friday, March 20, 2009 | 5 Comments
Pertunjukkan Belon Udara Panas- Putrajaya
The Fiesta
Venue: Putrajaya (* The Fiesta will be held at Precinct 2, Putrajaya adjacent to the ‘Monumen Alaf Baru’)
Number of Hot Air Balloons: 25
* 20 standard shaped hot air balloons
* 5 special shaped hot air balloons
Participating countries
* Pilots from 19 countries have been invited to participate in the Fiesta namely;
Australia, Belgium, Germany, Indonesia, Italy, Japan, Korea, Malaysia, Netherlands, New Zealand, Oman, Philippines, Switzerland, Sweden, Thailand, Turkey, UAE, United Kingdom and United States of America.
Unuk maklumat lanjut sila layari
Tel: +603 7494 0298/ 58
Fax: +603 7494 0278/ 68
Website: www.myballoonfiesta.com
Email: info@myballoonfiesta.com
______________________________________________________________
MENGIKUT catatan sejarah, manusia pertama kali terbang menggunakan belon udara panas pada 21 November 1783. Ketika itu, belon udara panas ciptaan Montgolfier Brothers berjaya diterbangkan Jean-Francois Pilatre de Rozier dan Francis Laurent d’Arlandes di Perancis.
INFO:
* Belon udara panas adalah kejayaan teknologi penerbangan manusia tertua.
* Belon udara panas merangkumi beg yang dikenali sebagai ‘envelope’ yang mampu menampung udara panas.
* Belon udara panas mempunyai bakul rotan atau gondola untuk membawa penumpang.
* Tidak seperti belon yang diisi gas, belon udara panas mempunyai ruang terbuka pada bahagian bawah envelope kerana udara di sekeliling gondola mempunyai tekanan yang sama dengan udara di sekitarnya.
* Dalam setiap pertunjukan atau sukan belon udara panas pada masa ini, envelope diperbuat daripada fabrik jenis nilon manakala permukaan yang hampir dengan penunu gas pula diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar dikenali sebagai Nomex.
* Belon udara panas ciptaan sekarang boleh dikawal pergerakannya berbanding zaman dulu yang hanya terbang mengikut arah tiupan angin.
sumber [copy & paste] : bharian Baca seterusnya..
Thursday, March 19, 2009 | 0 Comments
I'm Back
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada kawan-kawan.
Pada time my wife nak masuk wad untuk operation sayu hatuku.... ni kali ke-2 dia buat operation, time besalin my humairah pun operation juga sebab kedudukan songsang. Sementara menunggu my wife operation, perasaan risau, sedih, takut dan macam-macam menyelubungi jiwa ini. Siapa yang tak sedih kan, Insan yang tersayang dan paling rapat dengan kita. My wife mula operation pukul 11.32 pagi siap pada pukul 1.00 petang. Alhamdulila segalanya berjalan lancar, lebih kurang pukul 4.00 petang balik rumah. My Wife dapat MC 1 week untuk rehat, terharu tingo my wife.
Fibroadenoma dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang lebih tinggi dari biasa. Selalunya benjolan yang tumbuh berukuran satu ke 1.5 sentimeter. Saiz itu selalunya kecil hingga ia akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun
Walaupun ia berbenjol seperti fibrosistik, tetapi benjolannya mempunyai sempadan yang jelas. Ia boleh bergerak-gerak apabila dipicit dan boleh tumbuh lebih dari satu benjolan pada satu-satu masa.
Diagnosis menentukan sama ada benjolan itu barah atau fibroadenoma memerlukan biopsi. Rawatan terbaik menangani fibroadenoma adalah pembedahan membuang benjolan kecuali jika ia terlalu kecil atau terlalu banyak.
Walaupun selepas pembedahan fibroadenoma boleh berulang.
Sumber
http://hsah.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=66
Wednesday, March 18, 2009 | 0 Comments