Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Gerhana Matahari Terlepas Lagi

Labels:

Gerhana Matahari terlepas lagi kali ini. Gerhana Matahari sebenarnya boleh dilihat sekitar 4.30 petang. Sungguh malang sekali cuaca pulak tidak mengizinkan, mendung pulak. Lepas tu try pulak tingo live dari web angkasa.gov.my tapi entah nak masuk web ANGKASA pun tak dapat so apa boleh buat, nasib badan hehehe kene tunggu 15 Januari 2010 pulak.

Artikel Gerhana Matahari


Gambar diambil di Kuala Nerang, Kedah oleh ezankn.fotopages.com


Ni gambar gerhana yang saya ambil dari Puskal-Sabah



Gerhana Matahari yang dapat dilihat di Tawau Sabah


Gerhana Matahari yang dapat dilihat Wilayah Kalimantan Timur


Dibawah Petikan Artikel dari Akhbar Kosmo 27 Januari 2009

KUALA LUMPUR – Fenomena gerhana matahari yang jarang-jarang terjadi berulang lagi tahun ini tetapi agak berbeza dengan keadaan di Indonesia.

Ini kerana, rakyat Malaysia hanya berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa berbanding di Indonesia yang mengalami gerhana matahari cincin.

Menurut Pengarah Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Dr. Azhari Mohamed, keadaan itu disebabkan laluan gerhana yang terjadi kali ini berada berdekatan dengan negara tersebut.

“Garisan laluan bulan berada betul-betul atas langit Indonesia, jadi hanya mereka yang dapat lihat keadaan bulan menutupi matahari sehingga kelihatan seperti cincin,” ujarnya kepada pemberita pada majlis Solat Sunat Gerhana Matahari dan Cerapan Gerhana Matahari di Masjid Wilayah Persekutuan, semalam.

Azhari berkata, kali terakhir gerhana matahari cincin dapat dilihat di Malaysia pada 1998 dan fenomena itu memang dinanti kerana keadaannya lebih cantik berbanding gerhana matahari separa.

0 comments:

Post a Comment

You Follower I Follower