Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Selamat Hari Guru

Labels: ,

Tiada guru tiada la Raja Menaiki Takhta, Tiada Guru Tiada la Perdana Menteri, Tiada Guru tiada la Ulama yang mulia, Tiada Guru tiada la Doktor, Tiada Guru tiada la Peguam, Tiada Guru maka hidup la kita dalam kegelapan, Tanpa mu Guru Tiada la Pembina Negara Bangsa.



Sempena Hari Guru aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" buat Guru-Guru seluruh dunia, terutama sekali kepada Bapaku Cikgu Jainudin, Cikgu Wasli, kakaku Cikgu Hasneh, Cikgu Junaidah, adiku Cikgu Hazuldin dan seterusnya kepada bekas Guru aku di SMK Mat Salleh Ranau Cikgu Azhari@Astadau, Cigku Nur Ain, Cikgu Miss Yati, Ustazah Rosmada, Cikgu Jamil dan semua cikgu-cikgu la, tanpa cikgu-cikgu semua tiada la anak bangsa yang berjaya, jasa mu tidak ternilai harganya semoga sentiasa di rahmatiNya. Teruskan Membina Negara Bangsa.

Guru oh Guru


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

2 comments:
gravatar
tikazack said...
May 16, 2009 at 3:12 PM  

happy teachers day to all guru out there! :)
hehe

gravatar
Anonymous said...
May 16, 2009 at 4:52 PM  

Salam..Selamat hari guru 4 all cikgu di malaysia...sedih baca puisi usman awang tu...namun itu la guru..

Post a Comment

You Follower I Follower