Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Jom Skype

Labels:



Hari ini merupakan tarikh perkahwinan my sister di Sabah. Namun majlis yang diadakan di Kg Paka Jaya Ranau, Sabah yang sungguh meriah hanya aku dapat saksikan melalaui pangilan pc to pc menggunakan perisian Skype secara online dari seri kembangan, selangor. Dapat la juga aku kongsi kemeriahan suasana majlis tersebut walaupun tidak dapat balik. Dengan menggunakan Skype aku boleh berkomunikasi dengan ibu bapa, saudara mara, adik dan juga sempat sampaikan ucapan kepada kedua mempelai secara pc to pc. Saya dapat merasakan suasana majlis tersebut seolah-olah berada disana dengan kualiti suara dan gambar video yang jelas.



Skype merupakan salah satu perisian yang popular digunakan untuk membuat pangilan pc to pc dengan kelebihan kualiti suara yang jelas dan video yang tinggi kualiti. Selain daripada itu Yahoo mesenger juga boleh digunakan untuk conference dan ada juga perisian yang lain namun aku lebih gemar menggunakan Skype.



Penggunaan Skype membolehkan kita berhubung dengan sesiapa pun yang berada dimana-mana dengan menggunakan pc, leptop dan hendphon dan sememangnya menggunakan talian internet. Semua panggilan yang dibuat melalui Skype adalah percuma yang perlu dibayar hanyalah internet sahaja, kalau tidak mempunyi sambungan internet bawa la leptop pi lepak di starbuck ka atau di KLIA atau mana-mana yang ada menyediakan WiFi, ha tu lagi la Free.

Antara ciri-ciri Skype;

1. Boleh membuat pangilan Free pc to pc ke mana-mana sahaja di seluruh dunia
2. Panggilan Video yang amat baik dengan kualiti video yang tinggi
3. Boleh chat juga
4. Boleh menyimpan pesanan walaupun kita Offline
5. Boleh membuat pangilan telefon dan mobail dengan kadar yang berpatutan (untuk pangilan telefon bukan Free mesti ada kredit la juga hehehe)

Untuk maklumat yang lebih terperici klik di sini
Muat turun skype download

0 comments:

Post a Comment

You Follower I Follower