Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Salesman Berlakon

Labels:

Time nak ke giant kat 1 borneo, tiba ada salesman perkenalkan diri dengan saya dan isteri dan ajak nak pi kedai Aowa, did cakap just dengar dan kalau tidak berminat kita bagi hadiah mug..ok la dalam hati saya saja-saja dengar.. x pe ikut je la..Memula tunjuk dapur masak air alas dgn kain tapi kain tak terbakar dia cakap harga dalam RM3k

Lepas tu dia soh duduk nak bagi hadiah percuma (mug) nak suruh iklankan kat kawan2..Lepas tu dia kasik mug tu dan dlm mug tu ada kertas..Dia kata ada setengah customer dpt Thank You sahaja, tapi ada yg dpt baucer RM100, RM200, RM500 & RM1000 ok tak pe.. aku bukak kertas tu dan hadiahnya “yeahhhhhhh…AOWA INDUCTION COOKER yang berharga RM3k dan alat penyegar udara yg berharga RM2500 ”

Salesman tu dgn muka terkejut mengatakan mustahil aku dpt 2 set sebab biasanya 1 set sahaja..dan dia cakap hadiah ni sebelum ni dah ada org yang dapat..Dia pun call seseorang..dan org dlm talian tadi bagi tau semua tu aku dpt free..dan dia bagi hp tu pulak kat isteri dah org dalam talian tu pun cakap memanang hadiah tu comfrm kami dapat..Budak salesman tadi mengucapkan tahniah kepada kami kerana dapat hadiah percuma 2 set barang..Tapi menurutnya, hadiah-hadiah tersebut saya dapat jika mengaktifakn Baucer RM100 beli salah satu barangan mereka yg yang ada dalam senarai. OK saya dengan isteri pun tgo la..maii harga dalam tu semua atas RM1500, ingatkan harga dalam RM400 ke Rm500..

Saya berbincang dengan isteri nak ambik ke atau nak tolak..bincang punya bincang isteri nak juga sebab dapat AOWA INDUCTION COOKER dan AOWA AIR PURIFIER. Kalau campur harga dua-dua barang tu RM3000 + RM 2500 =RM5,500 (FREE) so isteri nak beli pulak AOWA GOOD WATER SYSTEM yang berharga RM2800 (hemm dalam hati saya betul ke tu free semua takut tipu je) .So ok bayar la RM2800 (duit Oo duit) pas tu budak tu bagi la semua barangan tu AOWA INDUCTION COOKER, AOWA AIR PURIFIER dan AOWA GOOD WATER SYSTEM dengan harga RM 2,800. Nak balik budak tu tolong hantar barang tu sampai kat paking..Hemmm

Dalam perjalanan balik ke Ranau macam-macam dalam kepala, betul ke harga barang tu?? barang tu boleh tak pakai..hemm saya pun malas nak fikir sebab barang dah ambik dan duit pun dah bayar.

Samapi kat Ranau tanya adik. dia cakap memang ramai dah yang kena ..adusss kawan dia pun ada juga kena ofer tapi dia tolak sebab hadiah just vacumm berharga RM1800 dan kene beli barang atas harga RM2k aduss...emm kepada yang belum kena berhati-hati la..salesman memang cakap manis je hampeh!!

10 comments:
gravatar
Anonymous said...
April 2, 2009 at 3:19 AM  

alahai..sama kes dgn kita ni.
takkan semua orang sebertuah itu.
Company ni patut kena tutup.
Ada kawan kat Sutera Harbour pun kes dan cerita sama juga gitu.
Sah dorang ni kena training pitching berlakon. Yang dlm hp tu staff kat One Borneo juga, ada kat belakang tu hah..kawan saya promoter kat situ dulu lah..

gravatar
Senna Taha said...
May 23, 2009 at 7:38 PM  

cerita ni same ngan mak saye..
tapi kene brand octagon..
beli induction cooker dpt free energy water+foot massager..
balik2 umah je mak saye terus termenung pk wang yg dah melayang..

huhuhu...

gravatar
Anonymous said...
July 27, 2009 at 6:14 PM  

Berapa la agaknya IQ kau ni senang2 kena tipu.

gravatar
A.N.D.I.Z.A.®™ said...
July 27, 2009 at 7:37 PM  

opss entah la x sempat pula ukur tahap IQ aku...aku angap ni sebagai satu kelemahan bagi yg bernama manusia dan sebagai iktibar seterusnya meningkatkan tahap IQ kut:P

gravatar
Anonymous said...
August 24, 2009 at 2:05 PM  

betul lah tuh.. aku dh kena...

gravatar
rosnita said...
November 13, 2009 at 9:36 AM  

petang semlm aku p JJ, Bdr Tun Hussien Onn, balik keje laki aku tak bagi beli..tapi aku dah bayor deposit Rm100, aduss...biyai-biyai..mcmane tu, takleh cancel pulak tu, dah sain Sales Order.dalam masa 3bulan kalau tak beli, abih duit aku..harege dia satu produt tu, 2500 - 3K tu, laki aku kata, dah kene tok sami punyer jampi la..

gravatar
Anonymous said...
December 7, 2009 at 10:47 AM  

sorry mnyampuk..
kita kenalah tengok harga sebenar barangan tersebut di pasaran sebelum nak kata kita kena tipu..induction cooker kat pasaran pun harga dlm sekitar Rm2500-3000 gak...water filter pun harga rm2500..so saya rasa awak bukan kena tipu pun..

gravatar
Anonymous said...
December 13, 2009 at 4:05 AM  

Saya salah seorang kakitangan slah sebuah kompeni tersebut...sebenarnya kami dah buat segala survey pasaran.... maka pelanggan boleh membuat survey juga...lepas itu fikirkan adakah ia berbaloi... pilihan jenis dapur mestilah sesuai...maka jadilah pelanggan yang bijak.... kami juga berniaga...kami juga hendakkan untung... maka kesenangan anda...dehargai dengan servis... servis paling penting utk setiap produk

gravatar
Anonymous said...
January 19, 2010 at 11:21 PM  

mahu mengelak, kalau terfikirla... belum sedia bagi duit dan belum sedia bawa balik barang..

gravatar
live.laugh.love { ♥ } said...
July 11, 2010 at 4:50 PM  

I have the same situation as you...
something similar but mine was the different brand ! Kinda regret after buying cause it's too expensive... Now I plan to sell it off

Post a Comment

You Follower I Follower