Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Tips Berhenti Merokok

Labels:

Ramai kawan-kawan bertanya macam mana aku berhenti merokok. Bagi aku untuk berheti merokok ni ikut pada diri kita sendiri la. Aku merokok seawal 12 thn sehinga la umur 26 thn..alhamdulila aku berjaya berhenti merokok dengan semangat nak berhenti setelah berumahtanga..Bini setiap hari ingatkan berhenti morokok. Kekadang tu marah juga sebab kena bebel hehehe tapi ingat positif la kan org sayang memang la macam tu kan.

Sebelum ni pun pernah juga berhasrat berhenti merokok tapi bertahan 3 minggu sahaja disebabkan faktor-faktor persekitaran, time bujang memang la banyak pengaruh persekitaran, salah satu pengaruh yang kuat adalah kawan-kawan serumah. Semua kawan-kawan jenis yang boleh dilebel perokok tegar sebab kalau tiada rokok macam nak sasau, dapat puntung rokok pun jadila janji asap dapat hehehe jangan mara kawan-kawan.

Aku memang dulu perokok yang tegar juga la, rokok Marlboro Light 20 batang boleh habis 2 kotak sehari, lepas tu Marlboro Light mahal tukar pulak Samporna A 20 batang sebab murah sikit pun lagi la. Saat ketiadaan rokok bagaikan nak sasau, tengah-tengah malam pun sangup beli di kedai 7Eleven atau kedai mamak. Sebenarnya perokok ni orang kaya semuanya, hehehe cuba lihat perbelanjaan perokok, harga sekotak samporna 20 RM7.50 X 2(2 kotak sehari) X 365 hari = RM5,475 setahun, sebulan RM450 banyak tu..

Berhenti merokok boleh sebenarnya, tetapi berhenti secara berperingkat, jangan berhenti terus tu kerja gila

Antara petua yang aku amalkan untuk berhenti merokok

1. Nekad untuk berhenti merokok ( so kena ada niat dalam hati )
2. Kurangkan merokok dalam sehari, selagi boleh tahan jangan merokok.
3. Banyakan minum air suam
4. Kurangkan bergaul dengan kawan yang sedang merokok (time member merokok jangan la join nnti tgo member sedut rokok kang nak pulak)
5. Berhenti membeli rokok (jadikan Rokok bukan barang keperluan..kalau rasa nak merokok ..pau je la rokok member sebatang hehehe member tiada rokok puasa je la)
6. Mengunyah gula getah atau makan buah-buahan bila rasa nak merokok
7. Bersenam( kalau malas sangat ajak la keluarga bersiar-siar ditaman )
8. Yang penting sekali adalah usaha ( tahu apa yang kita mau, tangungjawab dan ingat pada keluarga)
9. Berdoa la kedapa Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

ok semoga memberi panduan kepada kawan-kawan.

1 comments:
gravatar
Anonymous said...
June 22, 2009 at 9:02 PM  

bukan mudah untuk berhenti merokok. Bagi kamu satu pujian .BAGUS!

Post a Comment

You Follower I Follower