Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

MOdal Rm1 Boleh Jadi JutawaN ??

Labels:

Berita Harian pada hari ini menyentuh berkaitan "Kakitangan awam dilarang sertai skim cepat kaya". Ini saya rasa betul dan bukan sahaja Kakitangan Awam tetapi orang awam pun perlu mengindari skim cepat kaya ini.

Sebelum ini banyak kita dengar pasal skim cepat kaya ini tapi yang kaya raya cuma orang yang menganjur sahaja yang melabur berputi mata. Bermula dengan skim cepat kaya Pak Man Telo, E-Pay, eaindex, Danafuter dan macam-macam lagi skim yang ada yang telah mengaut duit-duit daripada orang awam termasuklah kakitangan awam.

Tahu tak Skim Cepat Kaya tu yang macam mana?? Ok skim cepat kaya adalah aktiviti pengambilan deposit secara haram, skim-skim pelaburan Internet haram dan yang sewaktu dengannya. Selalunya penganjur skim ini akan menunjukkan kaedah bagai mana mendepositkan modal kepada penganjur dengan pulangan yang lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

Apa yang menyedihkan ramai masyarakat kita yang terjerumus dalam skim ini termasuk la kawan-kawan saya T_T. Satu lagi, penganjur skim atau pengambil deposit ini adalah bangsa kita sendiri. Apa yang saya perhatikan selalunya, penganjur atau agen skim ini akan menunjukkan hasil daripada menyertai skim yang dianjurkan untuk mengaburi mata masyarakat kita. Sebagai contoh ayat yang selalu digunakan, "saya baru masuk dalam 6 bulan dah dapat beli Kereta BMW", "Dapat duit tanpa berkerja…Pulangan 25% setiap bulan…" “boleh jadi jutawan” “duduk diam dapat duit” “high risk high gain” “orang lain berusaha, anda cari alasan” Bangsa kita mudah tertipu bila istilah2 di atas muncul.

Pesan saya, jika ditawarkan untuk menyertai sebarang program di Internet, menawarkan pelaburan yang rendah dan menjanjikan pulangan yang besar, selidiklah dulu, atau terus tutup pintu dari menyertainya. Baik kita simpan duit untuk perbelanjaan kita dan keluarga. Habis duit untuk keluarga lagi untung dari habis duit sertai skim cepat kaya. Fikir-fikirkan dan renung-rnungkan, selamat beramal :P



Baca seterusnya..

Gerhana Annular Matahari

Labels:



Pada 26 Januari 2009 kita akan dapat menyaksikan Gerhana Annular Matahari. Ha jangan lepaskan peluang ini, kita dapat menyaksikan gerhana ini sekitar 4.30 petang apabila Bulan mula menyentuh cakera matahari, Keadaan ini dikenali sebagai ’sentuhan pertama’ iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa. Namun terdapat perbezaan masa untuk melihat gerhana ini, perbezaan masa berlaku disebabkan perbezaan lokasi pemerhati dengan sudut lokasi matahari dan bulan pada masa tersebut.Klik Jadual Gerhana Mengikut Kawasan Kita juga boleh menyaksikan siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai pukul 4.30 petang hingga 6.30 petang pada 26 Jan melalui web www.angkasa.gov.my



Sila klik sini untuk melihat siaran akhbar Puskal-Sabah 12 Jan 2009
Sila klik sini untuk siara Akhbar Utusan 12 Jan 2009

Bagi yang nak tau berkaitan dengan Gerhana ini klik link di bawah:

Apakah Gerhana Annular Matahari
Bagaimana Gerhana Matahari Berlaku
Langkah Keselamatan Untuk Melihat Gerhana Matahari
Cara Membuat Pin Hole (Lubang Jarum)

Baca seterusnya..

Cara Format Hard Disk dan instal Windows XP

Labels:


Masalah PC kita hang atau dijangkiti virus jalan terakhir yang boleh kita buat format atau install kembali Windows XP, begitu juga kalau kita beli hard disk baru jika perlu memasukkan OS ke dalamanya maka hard disk tu kenala diformat.

Sebenarnya untuk install windows ni senang sahaja bukan susah pun, kalau hantar di kedai caj mungkin Rm 40-50 atau lebih dari itu.. so baik kita buat sendiri kan Free hehehe.

Untuk panduan senang dapatkan manual di sini atau boleh la lawat web SembagKomputer

Baca seterusnya..

Helloween

Labels:

Forever And One (Neverland) merupakan lagu kumpulan Helloween. Kalau dengar lagu ni teringat cerita-cerita lama hehehhe. Sebenarnya Muzik boleh meningalkan nostalgia kepada seseorang. Kalau boring-boring bolah la layan lagu-lagu lama




Forever And One (Neverland)

What can I do?
Will I be getting through?
Now that I must try to leave it all behind
Did you see what you have done to me?
So hard to justify
Slowly it's passing by

Forever and one I will miss you
However, I kiss you yet again
Way down in Neverland
So hard I was trying
Tomorrow I'll still be crying
How could you hide your lies
Your lies

Here I am
Seeing you once again
My mind's so far away
My heart's so close to stay
Too proud to fight
I'm walking back into night
Will I ever find someone to believe?

Forever and one I will miss you
However, I kiss you yet again
way down in Neverland
So hard I was trying
Tomorrow I'll still be crying
How could you hide your lies
Your lies

Baca seterusnya..

Free Palestine

Labels:

Berita utama tv dan muka depan akhbar seluruh dunia tertumpu kepada Krisis di Palestine. Cerita di kedai-kedai kopi pun semua cerita pasal serangan askar Israel. sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat terang-terang menyokong apa yang dilakukan oleh Israel. Mana perginya PBB ? Mana perginya OIC , Mana perginya Liga Arab ? Mana perginya umat Islam ?


Dalam akhbar hari ini Malaysia mahu PBB adakan perhimpunan khas selesai isu Palestin. Namun apakah kesudahan yang akan menima saudara seislam kita di Palestine. Seluruh dunia mengecam tindakan Israel yang mencabul keamanan dunia.

Mari la kita menyokong dan membantu Palestine demi saudara seislam dan kemanusiaan, bentuk bantuan dan sokongan mengikut keupayaan kita. Bukan semestinya pergi ke Palestine untuk berperang. Antara lain yang boleh kita hulurkan bantuan ialah menyumbang kewangan kepada warga Palestine dengan saluran yang betul seperti MERCY Malaysia.




Sama-sama la kita berdoa untuk keamanan Palestine

" Ya Allah...tetapkanlah iman saudara2 seagamaku di palestine dan lubnan, semarakkanlah semangat jihad mereka... tiupkanlah kekuatan rohani dan fizikal ke dalam diri mereka..

Ya Allah..bantulah mereka dalam menjalani kehidupan mereka....bantulah mereka dalam memenangi peperangan ini......sesungguhnya ya Allah..mereka berjuang demi agama islam, bangsa, negara, dan juga maruah mereka ya Allah..

Ya Allah..lindungilah anak2 mereka...para wanita mereka...agar selamat..supaya di hati mereka yang bergelar pejuang itu..tiada gentar, tiada risau dan tenang selalu...

amin...ya robbal alamain

Baca seterusnya..

2008 tinggalkan 1,001 cabaran ekonomi

Labels:

Krisis kewangan global yang melanda sekarang telah memberikan kesan yang paling buruk dalam sejarah dunia sejak peristiwa Great Depression (Kemelesetan Terburuk), dari Amerika Syarikat hingga ke New Zealand turut terjejas dengan situasi itu.

Malaysia juga tidak terkecuali, walaupun sebelumnya ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang membuat rumusan bahawa dasaran masih kukuh mengubahkannya dengan mengatakan negara turut merasai tekanan daripada krisis kewangan semasa.

Pada tahun depan, ekonomi negara dijangka bergantung kepada dua faktor utama iaitu domestik dan luaran yang dijangka berada pada fasa paling mencabar dan ini disokong oleh pendapat Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Management Bhd., Alsetdek Al Haj Ali.

Dengan proses peralihan kuasa yang bakal tiba pada Mac depan, adalah diramalkan pemulihan ekonomi negara akan perlahan dengan pertumbuhan berada pada paras rendah sekitar tiga peratus, keberkesanan pentadbiran baru hanya boleh dilihat dalam satu jangka masa sebelum dapat menarik semula pelabur asing.

Faktor luaran pula dilihat dari segi kedudukan perdagangan luar, dengan harga minyak sawit mentah (MSM) semakin merudum akan menjejaskan hasil negara sehingga boleh mencecah berbilion ringgit dan ini berkemungkinan akan menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik dengan mengumumkan pelan bantuan bagi menyelamatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai pelaburan dalam perladangan.

Pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan langsung kepada eksport negara dengan menjadikan produk kita lebih mahal di pasaran AS dan Eropah.

Pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) yang menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas baru-baru ini kepada 3.25 peratus dan bakal menurunkan lagi kadar itu pada Januari depan sebanyak 25 mata asas lagi diharap dapat membantu meningkatkan aktiviti pinjaman oleh pihak bank dan seterusnya membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Langkah BNM menurunkan OPR yang kekal pada kadar 3.50 peratus sejak April 2006, atau 30 bulan, dapat mengurangkan bebanan syarikat perniagaan yang menggunakan pinjaman sebagai modal dan ini membantu menggalakkan aktiviti ekonomi.

Selain itu, hasil negara banyak bergantung kepada dividen, royalti dan cukai yang dibayar Petronas akan terjejas ekoran harga minyak mentah tidak stabil. Walaupun pengguna menginginkan harga petrol yang murah tetapi hakikatnya negara tidak dapat menerima harga minyak yang terlalu rendah dan sekiranya harga minyak mentah dunia berada dalam trend menurun sehingga di bawah paras AS$50 (RM181) setong, ia akan memberi kesan kepada pendapatan Petronas.

Dalam menentukan pasaran harga minyak mentah dunia, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), penyumbang sebanyak 40 peratus pengeluaran minyak mentah dunia, perlu sepakat dalam menentukan jumlah pengeluaran minyak dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata supaya krisis minyak tidak akan memburukkan ekonomi dunia.

Ekonomi dunia dilihat terlalu rapuh pada 2009, ekoran pakej bantuan AS mungkin mencecah trilion dolar dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk pulih, penganalisis menjangkakan proses pemulihan krisis kewangan akan bermula dengan negara-negara Asia yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Mungkin sudah tiba masanya negara-negara Asia seperti China, India dan Jepun memainkan peranan mereka dalam usaha memulihkan semula keadaan ekonomi global.

Dunia turut menginginkan sesuatu yang positif berlaku di bawah pentadbiran baru AS yang di terajui Barrack Obama yang sebelum ini menunjukkan usaha untuk memulihkan keadaan ekonomi negara tersebut dengan pelbagai langkah termasuk meningkatkan perbelanjaan domestik dengan membaiki infrastruktur dalaman negara itu.

Walaupun ekonomi dunia berhadapan ranjau pada waktu ini, perkara positif yang dapat diambil daripada tragedi ini adalah dengan kejatuhan pasaran ekuiti yang membolehkan para pelabur mengambil kesempatan untuk melabur di kaunter-kaunter saham yang berpotensi melonjak pada harga murah bagi pelaburan jangka panjang.

Pengurus-pengurus dana percaya apabila keadaan ekonomi kembali pulih, para pelabur yang memiliki saham pada masa ini akan mendapat pulangan berlipat kali ganda dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

Tahun 2008 akan terus dikenang sebagai tahun yang paling mencabar kepada situasi ekonomi dunia kerana pada tahun ini beberapa sejarah tercipta, tidak kira bagi Malaysia mahupun dunia.

Bagi Malaysia, tahun ini telah menyaksikan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) berada pada paras tertinggi melebihi 1,500 mata, ringgit turut mengukuh pada paras RM3.15 berbanding dolar AS, kadar tertinggi sejak 10 tahun lalu, peningkatan harga runcit petrol sehingga paras tertinggi RM2.70 seliter dan pelbagai lagi sejarah yang tercipta.

Manakala dunia buat pertama kalinya menyaksikan kenaikan harga minyak mentah sehingga paras tertinggi sehingga AS$147 (RM532.14), pasaran saham AS merudum sehingga di bawah paras psikologi 10,000 mata, bank-bank pelaburan yang berusia berpuluh tahun seperti Merill Lynch, Lehman Brothers dan syarikat insurans AIG hampir muflis dan terpaksa dibantu oleh kerajaan AS dan pelbagai lagi situasi yang mengheret dunia ke kancah krisis kewangan.

Apa yang boleh dilakukan kita sekarang adalah belajar dari segala kesilapan yang berlaku dan memastikan ia tidak akan berulang lagi selain segera menyediakan pelan bertindak supaya tempohnya tidak berlarutan dan meranapkan ekonomi.

Sumber MyAdHa

Baca seterusnya..

Selamat Tahun Baru 2009

Selamat Tahun Baru 1 Januari 2009 Masehi.


Semoga di tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelum. Tahun 2008 baru semalam berlalu kini tiba pula tahun 2009. Semoga segala kekurangan, kelamahan, kegagalan dan kenangan pahit ditahun 2008 kita jadikan iktibar dan segala perancangan kita untuk tahun baru dilakukan dengan memperolehi natijah dan hasil yang baik. Kuatkan semangan untuk menempuhi segala rintangan dan cabaran duniawi yang akan kita lalui untuk tahun baru.

” Ya Allah Ya Tuhanku, Kurniakan kebaikan, kesihatan dan rezki kepada semua ahli keluargaku, sahabatku, jiranku, rakan sekerjaku dan semua orang yang dimuliakan oleh Mu, Wahai Allah yang Maha Kaya dan Pemurah”

Perhubungan sesama masusia juga perlu dijaga

Bagi Salam sambil memberikan senyuman ‘ikhlas’ kepada sesiapa sahaja yang tidak dikenali yang kita jumpa sama ada di dalam lif, tepi jalan, …. dan kepada yang non-muslim, ucapkan dengan ucapan selamat…. dan berikan juga satu senyuman ‘ikhlas’ kepada mereka. Berbual lah dengan mereka dengan mewujudkan komunikasi dua hala.

PETUA MINDATAQWA

1. Imbas kembali apa yang kita lakukan dari awal tahun hingga ke hujung tahun.Bina soalan-soalan dari aspek perancangan,tindakan, kekuatan dan kelemahan anda sepanjang tahun supaya kesilapan lalu tidak diulangi dan menambahbaikkan kekuatan anda.

2. Pastikan matlamat anda adalah khusus dan bukannya umum. Saya nak sihat (umum). Sepatutnya saya nak berhenti merokok dan minum air manis sekali sehari.

3.Matlamat anda boleh diukur.Misalnya saya nak bersenam 3 kali seminggu atau saya nak menulis 2 buku setahun atau saya ingin mencapai pendapatan RM10k sebulan

4.Matlamat anda dituliskan senarainya dan mudah untuk dibaca setiap hari. Menulis adalah satu cara yang berkuasa mempengaruhi minda bawah sedar anda kerana ianya seperti perjanjian yang kukuh untuk dilaksanakan dan pastikan anda kerap mengulang baca impian anda.

5.Mestilah munasabah. Jika anda sekarang berumur 55 tahun adalah kurang munasabah jika anda ingin bercita untuk menjadi pelari pecut 1oo meter .

6. Mesti ada tarikh dead line iaitu tuliskan tarikh jangkaan untuk capai matlamat. Contoh 3 bulan lagi iaitu pada 2hb Mac 2009 saya akan siapkan sebuah buku motivasi.

7. Perlu dibuat perancangan pilihan langkah-langkah capai matlamat.Tanpa perancangan seolah-olah tindakan anda seperti berada di hutan tebal tidak ada kompas.

8. Perlu ada motivasi yang kuat.Anda mesti ada sebab yang kuat mengapa anda amat memerlukan capai matlamat.

9. Pastikan apa yang anda impikan benar-benar anda menyukai bukan orang lain yang suruh

10. Terus bertindak,dan bertindak dan bertindak sambil muhasabah diri bagi mengatasi halangan yang mendatang,Jangan putus asa sehingga anda capai matlamat.

Baca seterusnya..

You Follower I Follower