Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia
Sikap Pemanduan Mengundang Bahaya
Ops sikap baru-baru ini mencatatkan angka kematian 200 orang dalam tempoh tersebut, ini menunjukkan angka kematian setiap tahun meningkat. Cuba kita fikirkan apa punca kematian di jalan raya ini meningkat??? adakah disebabkan oleh infrastruktur, sistem jalan raya, cuaca atau keadaan persekitaran??
Kalau kita lihat infrastuktur dan sistem jalan raya yang ada di Malaysia jauh lebih cangih dan ada pada tahan kelas pertama, namun apa yang menyedihkan negara kita masih mencatatkan kadar kematian jalan raya yang tinggi setiap tahun malah kian meningkat. Apakah sebenarnya penyebab utama????
Bila diamatai punca sebenarnya berlakunya kemalangan berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Kalau sikap pemandu tidak berubah maka semakin meningkatla kadar kemalangan maut dijalan raya. Pihak polis setiap tahun menagadakan ops sikap, menegluarkan beribu kompaun dan saman, iklan dalam media cetak pun dikeluarkan, pihak JPJ mengadakan taklimat tentang keselamatan jalan raya namun usaha itu masih tidak berjaya dan hanya dipandang sebelah mata sahaja.
Cuba kita lihat sikap pemandu diatas jalan memang pelbagai ragam, kalau sebelum memandu masih boleh berfikir tentang keselamatan namun selepas berada didalam kereta dan memandu semuanya sikap akan bertukar seolah-olah dirasuk hantu dengan memandu secara melulu dan pentingkan diri sendiri sehingkan tidak memikirkan orang lain.
Marila kita mengubah sikap pemanduan kita bagi menghargai nyawa kita daripada menjadi korban jalan raya. Didikla anak-anak kita mengamalkan sikap yang bertanggungjawab dijalan raya.
Suasana jalan di India tanpa lampu isyarat dan polis trafik
Suasana jalan di Shanghai tanpa lampu isyarat dan polis trafik
Trafic di Jepun
Melangar Lampu Isyarat
Kesan Kalau Melangar Lampu Isyarat...
Post a Comment