Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Pengawal Kompleks C Lembab!!!!

Labels: ,


Hari ini sesiapa yang kerja di Kompleks C (JPA,AGC,SPA,SPR,JP,Kem Sains) memang terlibat kesesakan teruk dan semestinya ramai yang sampai di pejabat lewat. Aku pun terlibat sama dengan inseden ini, sebelum ini selalu yang sesak teruk masuk ke kompleks E tapi aku heran bin ajaib hari ini sesak teruk menuju ke kompleks C pula. Sebulan yang lepas pernah sekali sesak macam ini tapi tu ada eksiden, motor OKU di langar motor orang normal kesian OKU tu dah la bawan anak...mesti anak-anak dia masih trauma...

Tapi hari ini aku rasa semua kakitangan yang bekerja di Kompleks C memang geram, marah dan cukup menyampah dengan pengurusan pengawal swasta yang bertanggungjawab keatas kunci pintu masuk Kompleks C. Disebabkan merekala jalan masuk Kompleks C sesak teruk. Mula-mula aku ingatkan ada kemalngan rupa-rupanya pintu masuk kompleks C tertutup!!! apa pengawal kompleks C tidur kaaa!!!!

Pintu Masuk Kompleks C Masih Tertutup

Sebenarnya kesesakan teruk menuju kompleks C disebabkan pintu utama masih berkunci dibawah tanggungjawab pengawal swasta yang lembab walaupun jam telah menujukkan pukul 7.20 pagi. Pelik juga pintu tidak boleh dibuka, rupa-rupanya masalah kunci tidak dapat dikesan. Kunci utama pintu masuk ghaib entah siapa diantara pengawal yang menyimpannya menyebabkan pintu utama masih berkunci. Pintu masuk mesti dibuka seawal 6.30 pagi. Sepatutnya sekiranya kunci hilang atau tidak dijumpai pengawal tu ambik la tindakan awal cuba hubungi jabatan keselamatan JPM atau terus hubungi Polis atau Bomba untuk membuka pintu. Tiada tindakan awal diambil pengawal-pengawal disitu walaupun sudah pukul 8.00 pagi menyebabkan kesesakan bertambah teruk sehinggalah polis datang memotong rantai besi pada pintu utama.

Rata-rata kakitangan awam yang bekerja di Kompleks C rasa tidak berpuas hati dengan pentadbiran pengawal swasta yang tidak peka dengan kepentingan awam dan telah menimbulkan masalah kesasakan jalan raya dan juga menyusahkan kepada semua. Kepada yang bertanggungjawab buat la pemantauan dan penyelidikan adakah syarikat pengawal ini masih reliven di kompleks C!!! ramai lagi syarikat pengawal yang lain....

Seawal 7.30 pagi

Sesak teruk


Polis tengah memotong rantai besi

Setelah pintu dibuka




Baca seterusnya..

Sikap Pemanduan Mengundang Bahaya

Labels: , ,


Ops sikap baru-baru ini mencatatkan angka kematian 200 orang dalam tempoh tersebut, ini menunjukkan angka kematian setiap tahun meningkat. Cuba kita fikirkan apa punca kematian di jalan raya ini meningkat??? adakah disebabkan oleh infrastruktur, sistem jalan raya, cuaca atau keadaan persekitaran??


Kalau kita lihat infrastuktur dan sistem jalan raya yang ada di Malaysia jauh lebih cangih dan ada pada tahan kelas pertama, namun apa yang menyedihkan negara kita masih mencatatkan kadar kematian jalan raya yang tinggi setiap tahun malah kian meningkat. Apakah sebenarnya penyebab utama????

Bila diamatai punca sebenarnya berlakunya kemalangan berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Kalau sikap pemandu tidak berubah maka semakin meningkatla kadar kemalangan maut dijalan raya. Pihak polis setiap tahun menagadakan ops sikap, menegluarkan beribu kompaun dan saman, iklan dalam media cetak pun dikeluarkan, pihak JPJ mengadakan taklimat tentang keselamatan jalan raya namun usaha itu masih tidak berjaya dan hanya dipandang sebelah mata sahaja.

Cuba kita lihat sikap pemandu diatas jalan memang pelbagai ragam, kalau sebelum memandu masih boleh berfikir tentang keselamatan namun selepas berada didalam kereta dan memandu semuanya sikap akan bertukar seolah-olah dirasuk hantu dengan memandu secara melulu dan pentingkan diri sendiri sehingkan tidak memikirkan orang lain.

Marila kita mengubah sikap pemanduan kita bagi menghargai nyawa kita daripada menjadi korban jalan raya. Didikla anak-anak kita mengamalkan sikap yang bertanggungjawab dijalan raya.



Suasana jalan di India tanpa lampu isyarat dan polis trafik




Suasana jalan di Shanghai tanpa lampu isyarat dan polis trafik



Trafic di Jepun



Melangar Lampu Isyarat


Kesan Kalau Melangar Lampu Isyarat...








Baca seterusnya..

Berhati-hati dengan Scam Email

Labels: , ,

Assalamalaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan...baru la hari ini ada masa untuk mengupdate blog setelah berehat seketika.. selepas ini harap-harap aktif la balik untuk berblog..

Ok hari ini aku nak kongsi mengenai scam email yang aku terima baru-baru ini sebagai panduan dan peringatan kepada kita yang setiasa berurusan secara online. Sebenarnya bank seperti Maybank2u dan cimbclicks telah memberikan peringatan jangan sekali kali memepercayai email yang dihantar yang memohon supaya user menukar password atau login melalui email link yang diberi melalaui email. Untuk keselamatan user sepatutnya login melalui web page yang betul kalau boleh taip sendiri perkataan maybank2u.com, ataupun simpan dalam bookmark/favourite.

ni contoh email yang aku terima

ni pun sama

ni pun email scam juga

P/S: Jangan mempercayai apa-apa email yang diterima berkaitan dengan bank user atau apa-apa email yang menjelaskan user memenangi sesuatu peraduan. Semua itu adalah tipu muslihat so berhati-hati la dalam berurusan secara online.






Baca seterusnya..

You Follower I Follower