Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia
Menguruskan fail dalam komputer
BAGI yang baru berjinak-jinak dalam dunia teknologi maklumat (IT), mereka pasti berdepan dengan pelbagai kekeliruan untuk mengendali dan menguruskan kelengkapan digital yang begitu cepat kemajuannya.
Tips ini akan mengajar anda langkah merancang penyimpanan format fail atau storan dengan lebih efektif.
Ini dapat membantu pemilik PC atau notebook
menguruskan sistem komputer dengan lebih berkesan dan mudah pada masa depan, seterusnya meningkatkan prestasi komputer.
Bagi mengelakkan format fail atau dokumen yang disimpan di dalam komputer berselerak sehingga boleh mengakibatkan tahap prestasi komputer kurang cekap, pemilik disaran memperkenalkan ‘Folder’ (ruangan simpanan) baru bagi setiap program yang hendak distorkan.
Ia adalah mudah apabila pemilik komputer hanya perlu melayari cakera pemacu C atau D yang ditempatkan di ruang ‘My Computer’ kerana kebiasaannya ia menempatkan ‘Documents and Settings’ dan ‘Program Files’ untuk pemacu C.
Untuk tujuan pengenalan ruangan simpanan yang baru itu, pengguna hanya perlu klik di sebelah kanan tetikus di dalam C disusuli dengan klik ruangan ‘New’ untuk folder baru.
Apabila folder baru dipilih, pengguna hanya perlu memberikan nama baru bagi memudahkan ia diingati dan menepati tujuan penggunaan tertentu.
Folder baru itu boleh digunakan untuk menyimpan fail dan dokumen sedia ada atau baru dalam ruangan yang mudah diperoleh dan lebih tersusun.
Aktiviti menguruskan ruangan simpanan fail disarankan dilakukan setiap dua bulan dan anda perlu membuang format fail yang tidak diperlukan kerana cakera yang mempunyai kapasiti simpanan dalam lingkungan lima peratus mudah terdedah kepada kesilapan.
Post a Comment