Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia
Salam Hari Raya Aidilitri
Mulut kadang salah berucap
Hati kadang salah menduga
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada
===== Mohon Maaf Zahir dan Batin ======

Saturday, September 19, 2009 | 2 Comments
Selamat Hari Merdeka
Selamat Hari MERDEKA kepada semua rakyat Malaysia.
Semoga kemakmuran dan kerharmonian negara kita akan berterusan.
Bahasa berbilang bangsa
Negara MERDEKA
1 Malaysia
MERDEKA.....MERDEKA....MERDEKA

Monday, August 31, 2009 | 8 Comments
Hindari Pembaziran di Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan sepatutnya bulan mengamalkan hidup sederhana, bulan berjimat cermat dan dipenuhi dengan amal ibadah. Tapi pada kebiasaan masyarakat kita sekarang kalau masuk bulan Ramadhan sahaja memang sinonim dengan bulan pembaziran dan bulan pesta makan.
Kalau tidak percaya pergi la di bazar Ramadhan macam-macam ada ayam golek, ayam madu, murtabak king dan macam macam lagi ada... roti pun ada yang bernama Jhon..hehehe mungkin kalau orang jual selipar goreng pun ada org nak beli . Hotel-hotel menawarkan pekej berbukan yang tinggi semata-mata untuk berbuka puasa sahaja.
Dalam akhbar kosmo hari ini ada menyebut warga putrajaya banyak buang makanan. Mempunyai penduduk berjumlah 50,000 didakwa menghasilkan purata 40 metrik tan sampah setiap hari iaitu antara yang tertinggi di negara ini. Daripada purata 40 metrik tan sampah itu sebanyak 27 metrik tan adalah sisa makanan. Ha cuba bayangkan sebanyak mana pembaziran masyarakat kita... tu baru putrajaya yang berpenduduk 50,000 kalau tempat lain macam mana la.
Mana tak banyak sampah..pada bulan-bualan biasa 1 hari mungkin kuantiti sampah sedikit tatapi bila time bulan ramadhan setiap hari tong sampah penuh sahaja.. ya la setiap petang tawaf di bazar ramadhan dan membeli makan ikut nafsu..time puasa semua nampak sedap...bila berbuka makanan yang di beli tidak habis dan esoknya dibuang begitu sahaja..ini la satu pembaziran..
Firman Allah :
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]
p/s : kepada kawan-kawan jangan la berbelanja mengikut nafsu tetapi berbelanja la mengikut keperluan sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Beringat la terdapat saudara kita di Dafur dan Palestine yang kebuluran tidak mempunyi makanan tetapi kita buang makanan begitu sahaja dan melakukan pembaziran.

Sunday, August 30, 2009 | 0 Comments
Puasa Dulu Baru Raya
Mengapa puasa dulu baru Raya?? Ramai masyarakat sekarang belum masuk puasa dah plan raya nanti baju warna apa, kuih nak berapa jenis dan sebagainya namun plan untuk ibadah puasa kosong..hehehe plan awal-awal tidak salah pun..tapi jangan la sampai lebih menyambut hari raya daripada bulan Ramadhan.

Sunday, August 23, 2009 | 3 Comments
Kelebihan Ramadhan

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :
1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.
2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."
Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi
3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :
"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."
Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi
5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "
Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.
Sumber daripada http://ustazazhar.com

Sunday, August 23, 2009 | 4 Comments
Hadiah Hari Lahir Dari Bank Islam
Tarikh hari ini adalah yang istimewah untuk aku dan merupakan hari pertama puasa pada tahun ini. Puasa tahun ini bermula pada 22 Ogos 2009 yang merupakan tarikh aku dilahirkan..sedar x sedar suda 29 tahun aku hidup di bumi ini. Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana memberi aku peluang untuk bernafas lagi dan berjumpa dengan bulan Ramadahan.
Aku sebenarnya nak kongsi cerita berkaitan dengan hadiah yang aku terima dari Bank Islam tempoh hari. Bulan lepas aku ada menerima pangilan dari staf Bank Islam bernama Norraida yang membuatkan aku terkzut..apa taknya dia cakap "Congratulation ! You're one of the Bank Islam 25th Anniversary Winner...encik telah memenagi hadiah Notebook Sony Vaio" wow...aku pun tak sangka menang. Aku tanpa membuang masa mengisi borang penghantaran hadiah dan send email kepada Norraida..
Sebelum ini Bank Islam ada membuat kempen Sambutan Ulang Tahun Ke-25 bermula dari 15 Disember 2008 sehingga 19 April 2009 dimana terbuka kepada semua pemegang Bank Islam MasterCard dan Bank Islam Visa. Setiap transaksi bermula dari RM50 ke atas (belian runcit, pengeluaran tunai atau pindahan baki) berpeluang untuk memenangi hadaih. Antara hadiah mingguan yang ditawarkan adalah
- Setiap Transaction yang ke-25 - Satu Sony Protable DVD (DVP-FX720) Player
- Setiap Transaction yang ke-250 - Satu Sony S-Frame (DPF-V900) Bingkai Gambar Digital
- Setiap 2,500th Transaction - Satu Sony Premium Cyber-shot Siri-siri T (DSC-T500) Kamera Digital
- Setiap 25,000th Transaction - Satu Sony Vaio (VGN-CS16S) Notebook Edisi Premium
- Setiap 250,000th Transaction - Satu Sony Platinum Bravia Siri-siri X450 (KLV-55X450A) 55" TV LCD
Proses penghantaran hadiah mengambil masa 2-3 minggu namun aku menerima hadiah agak lambat sikit sebab stok notebook tu tiada pula. Pada hari khamis yang lepas aku telah pun menerima hadiah tersebut yang dipos terus ke tempat kerja. So ini boleh aku angap sebagai Hadiah Birthday aku yang ke-29 hehehe . Apa-apau pun terima kasih kepada Bank Islam yang telah memberikan aku peluang memenengi hadaih notebook yang aku idamkan ini. Sepatutnya aku dapat Sony Vaio (VGN-CS16S) tapi yang aku terima adalah Sony Vaio (VGN-CS36GJ/Q) tak kesah la janji dapatkan... dapat free pulak tu huhuhu...tidak lupa juga kepada cik NORRAIDA kerana memberikan feedback yang cepat dan mesra..

Saturday, August 22, 2009 | 6 Comments
Marhaban Ya Ramadhan
Assalamualaikum,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu marilah bermaaf-maafkan sesama kita jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , disedari atau tidak disedari..semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Friday, August 21, 2009 | 2 Comments











