Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Mencerap Hujan Meteor Perseids

Labels: ,

Perisitiwa hujan meteor Perseid 2007.
Credit image : Fred Bruenjes

Bermula selepas isyak malam ni sehingga subuh kita dapat menyaksikan hujan meteor persedis dan waktu kemuncak peristiwa Perseids pada 01.30 pagi waktu Malaysia, 13hb Ogos 09. Untuk mencerap hujan meteor atau tahi bintang ni tidak memerlukan peralatan just melihat menggunakan mata kasar dan berpeluang melihat puluhan malah ratusan bilangan meteor atau lebih.

Meteor Perseids ini berasal daripada peninggalan debu-debu Komet Swift-Tuttle, dan setiap 12 Ogos, orbit Bumi akan bergerak merentasi kawasan debu yang paling tebal yang akhirnya akan menghasilkan juraian meteor.

Kepada yang berkesempatan jangan lepaskan peluang ini dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan tahi bintang ni sila la ke astromas2020

Sumber
International Meteor Organization
Falak-online
Astromas2020




Baca seterusnya..

Jawatan Kosong di UPM

Labels: ,


Berita baik kepada kawan-kawan UPM mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk memohon jawatan yang ditawarkan. Kepada kawan-kawan yang masih mencari pekerjaan sila la mendaftar secara Online (SPJOnline) di http://www.pendaftar.upm.edu.my

Tarikh tutup adalah 21 Ogos 2009 haa apa tunggu lagi rebut peluang ini

Antara Jawatan Yang Ditawarkan

  1. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C27 (Bidang Perikanan)
  2. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G27
  3. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G27
  4. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G27
  5. PENOLONG JURUTERA GRED J29
  6. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q27
  7. PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U29
  8. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29
  9. PEREKA GRED B17
  10. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17
  11. PEMBANTU PERTANIAN GRED G17
  12. PEMBANTU VETERINAR GRED G17
  13. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17
  14. PEMBANTU PENERBITAN GRED N17
  15. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17
  16. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S17
  17. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
  18. TUKANG K2 GRED R11
  19. TUKANG K3 GRED R9
  20. OPERATOR LOJI GRED R3
  21. JURURAWAT GRED U29
  22. JURURAWAT PERGIGIAN GRED U29



Baca seterusnya..

Meletak Status Yahoo dan Skype dalam Blog

Labels:

Memandangkan aku tak mengantuk lagi menyebabkan aku rajin sikit untuk membuat panduan kepada kawan-kawan tentang cara meletakkan status YM dan Skype ke dalam Blog. Sebenarnya mula-mula dulu aku pun tak tau macam mana nak buat bende ni so dengan bantuan pakcik google membuat kan aku tahu la sikit pasal bende ni hehehe..

Kalau ada status YM atau skype dalam blog korang boleh la pelawat korang PM dan berinteraksi dengan korang...



Bagi status Yahoo dalam Blog





Copy kod diatas pergi ke Template > Page Elements dan klik Add a page element > HTML/Javascript dan paste kan kod tersebut.Tukar Your-YM-ID kepada id YM korang lepas tu save siap. Kalau susah sangat nak cari Your-YM-ID copy ni Your-YM-ID pastu tekan ctrl + f dan ctrl + v ha jumpa la tu ada dua Your-YM-ID kene tukar tu..

Korang juga boleh menukar icon dengan menukar no 1-24 pada g&t=14"/>




Bagi status Skype dalam blog




Copy kod diatas pergi ke Template > Page Elements dan klik Add a page element > HTML/Javascript dan paste kan kod tersebut.Tukar Your-Skype-ID kepada id YM korang lepas tu save siap

Nak lagi senang pergi ke http://www.skype.com/share/buttons/

Masukkan id Skype korang



Buat pilihan buttons



Copy code dan pergi ke Template > Page Elements dan klik Add a page element > HTML/Javascript dan paste kan kod tersebut.Tukar Your-YM-ID kepada id YM korang lepas tu save siap




Baca seterusnya..

Jalan-jalan di Floria Festival Putrajaya

Labels:


Hari ini aku berkesempatan berjalan-jalan di tapak Floria Festival. Hari ini dah hari ke 6 floria festival dan esok adalah hari yang terakhir. Sebenarnya semalam my wife on call so tu la pasal boleh singah jalan-jalan sebelum balik rumah.

Pada sebelah pagi memang sesuai la kalau nak ke tapak flora festival sebab senang paking dan masih kurang orang. Kepada kawan-kawan yang tidak pergi lagi tu masih ada peluang, esok merupakan hari terakhir. Floria Festival tahun ni aku rasa lebih teratur dari sebelum. Macam-macam ada...


Belon udara panas pun ada
Pemandangan di pintu masuk

Suka la myhumaira bejalan sebab dah lama tak bawa dia bejalan-jalan

Sempat posing berlatar belakangkan belon udara panas






Baca seterusnya..

Peluang Menang Apple iPhone 3G dan Western Digital

Labels: ,


Sempena bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 exabytes mengadakan kempen I Love Malaysia yang memberikan peluang kepada yang menyertainya memenangi hadiah Apple iPhone 3G dan Western Digital.

Untuk menyertai kempen ini senang je masuk laman exabytes Regester dan letakkan logo I Love Malaysia ke dalam blog masing-masing dan pihak exabytes akan membuat cabutan untuk menentukan pemenang.



Jom la sertainya tak rugi mana la tau rezeki kan ha sapa tau. Ok cara-cara untuk menyertainya seperti berikut



Isi butiran seperti Nama, Email dan Website URL dan yang penting sekali pada ruangan Referrer's Email letak email myciscoo@yahoo.com dan seterusnya submit.



Selepas berjaya menghantar penyertaan pihak exabytes akan menghantar email dan klik link yang diberikan untuk mendapatkan code html yang perlu diletakkan ke dalam blog atau website.

Bloger

Copy code tersebut, masuk ke edit HTML dalam dashboard dan paste sebelum code < /body >.

wordpress

Copy code tersebut dan paste code tersebut pada footer.php ( dashboard>appearance>editor>footer.php )




p/s letak email myciscoo@yahoo.com pada bahagian Referrer's Email ye



Baca seterusnya..

Pesta Bunga Putrajaya 2009

Labels: ,



Putrajaya sekarang ada mengadakan pesta bunga yang bermula dari 1 - 9 Ogos 2009.. dari hari tu lagi sebenarnya nak post tapi maklum la bz sikit hehehe. Terdapat banyak pameran bunga dan taman yang menarik dan bewarna-warni antaranya Taman Korporat, Taman PBT dan NGO, Taman Universiti, Taman Sekolah, Kiddy Floral Garden, Laman Seni, Gerai Jualan Bunga/Garden Bazaar, Pameran Orkid, Horticulture Market dan banyak lagi.

Ha ada 3 hari lagi peluang untuk bertandang ke festa floria ni, jangan lepaskan peluang rugi tak datang hehehe. Tapi yang penting sekali beringat dengan Virus H1N1, jangan lupa pakai mask kalau nak datang.



Baca seterusnya..

Dengar Radio Online

Labels: , ,


Jom dengar radio online melalui Malaysian Radio! V3....jom layan.. interface pun dah cun daripada sebelum..

Apa Malaysian Radio! V3 ni??? ini merupakan satu software alternetif untuk mendengar radio malaysia secara streaming yang dibangunkan oleh team Acapz ( Programer )dan Syntax ( Programer ). Link radio yang tedapat dalam software ni pun kira semua ada kalau tak percaya cuba test try hehehe memang besst.

Download Installer Link :

Mediafire

Savefile


Download Portable Link :


Mediafire

Savefile


p/s kepada pengguna Vista selepas install sila klik icon Malaysian Radio!V3 di desktop ..right click icon tu dan klik pada Run As Administrator.

Sumber dari Allinwarez Eborneo



Baca seterusnya..

You Follower I Follower