Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

Bayar Saman Online Melalui MYEG

Labels:

Baru aku teringat saman hari tu. Pada 3 minggu lepas aku ada kena saman sebab tidak memakai seat belt. Masa tu aku dari balakong menuju ke seri kembangan, tak sangka pulak Polis tengah buat sekatan jalan raya. Ingatkan ada kemalangan, rupanya sekatan jalan raya hehehe. Tu la masalah kita kan, bila nampak polis baru teringat mau pakai seat belt. Aku yang tidak memakai seat belt tadi secara spontan menarik seat belt hehehe tapi malangnya setiap gerak geri suda diperhatikan. So polis tu pun mengarakah aku ke tepi, dengan senyum polis tu bagi surat saman untuk tandatangan. Aku pun tandatanganla, Polis tu pesan bayar saman RM40 sebelum 30 Jun. Rupanya kalau bayar saman tu dalam masa sebulan aku perlu bayar RM40 dapat diskaun 50% amaun sebenar RM80.


Masalahnya aku terlupa bayar saman tu... nasib baik baru teringat, tapi rasa malas pulak ke Balai untuk buat bayaran. Rupanya saman pun boleh dibayar secara online so tidak perlu la datang ke Balai untuk buat bayaran. Aku pun terus register dan membuat bayaran, setiap proses bayaran dicaj RM2 berbaloi la kan. Bagi kawan-kawan yang mempunyi saman buat la bayaran untuk elakkan masalah dikebelakangan hari. Salah satu cara nak buat bayaran kalau malas ke Balai ha register la di www.myeg.com.my. senang dan jimat masa.

Antara kelebihan web ini, kita boleh memperbaharui lesen memandu, Auto Insuran, cukai jalan, permohonan LDL dan juga peringatan saman PDRM melalui sms.








Baca seterusnya..

Cantikkan Gambar Dengan Spot Healing Brush

Labels:

Hari ini rasa boring pulak, macam ni la kalau hari isnin berat semacam mau kerja, kalau hari jumaat ha semangat berkobar-kobar mau kerja sebab esoknya cuti hehehehe. Untuk menghilangkan boring aku main-main la dengan Photoshop edit gambar. Kebetulan pulak terbaca dalam web Sifoo.com cara untuk membersihkan imej dengan menggunakan Spot Healing Brush. So apa lagi tanpa membuang masa aku terus mencuba...emm tapi gambar yang mau diedit tiada...so aku googel la sikit mana-mana gambar yang sesuai untuk diedit.

Jom kita edit gambar ni

Open imej yang korang mau edit lepas tu duplicate Layer (CTRL+J )

Pilih Healing Brush Tool seperti dibawah

Tekan Alt dan klik kanan mouse untuk memilih kesesuaian yang perlu kita gunakan untuk megedit imej.

Pilih area wajah yang sama dengan area yang ingin kita perbaiki, selepas itu tekan tombol ALT + Klik pada area yang telah kita pilih tersebut.

Selepas itu korang klik la jerawat atau area yang korang mau edit tu sehinga kesan jerawat pun hilang

Selepas megedit area imej kita licinkan pulak imej tersebut klik Filter > Blur > Surface Blur atau Smart Blur. Pada Radius aku meletakkan 5.0 dan Threshold 10.0

Ni la Hasilnya kesan jerawat pun hilang


Sekadar mencuba berpandukan langkah-langkah yang Sifoo.com berikan. Siapa yang boring-boring tu cuba curi masa tu dengan belajar Photoshop hehehe. Selamat mencuba


Baca seterusnya..

Jerebu di Putrajaya

Labels: ,

Kita berdepan lagi dengan suasana berjerebu, nak tak nak terpaksalah berdepan dengan suasana berjerebu. Ini la yang berlakau di Putrajaya dan bukan disini sahaja yang berjerebu tapi sekitar Lembah Klang pun berjerebu. Dalam suasana berjerebu, kalau berada diluar mata mula la berair, sesak nafas dan tekak rasa gatal. Dalam keadaan cuaca macam ni apa yang penting adalah menjaga kesihatan dan kurangakan aktiviti luar yang mempunyai tahap udara yang tidak selamat.



Dalam news hari ini menyatakan Bacaan indeks pencemaran udara di Pelabuhan Klang adalah 138 berbanding 125 sebelum jam 11 pagi dan Cheras pula ialah 107. Manakala 30 kawasan lagi diklasifikasikan di bawah bacaan sederhana, termasuk di Nilai, Petaling Jaya, Kajang Country Heights, Shah Alam, Putrajaya dan Batu Muda di Kuala Lumpur.

Mesjid Putra

Pejabat PM

PICC pun nampak kabur

Presint 2

Presint 1



Info Jerebu

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara

0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Masalah kesihatan

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

* Kanak-kanak
* Orang tua
* Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
* Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

* Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
* Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
* Iritasi di mata serta mata yang merah
* Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

* Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
* Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
* Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
* Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
* Selalu minum air
* Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Jerebu di Asia Tenggara

Jerebu merupakan satu masalah biasa di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.

Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.[2][3]

Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi.

Sumber
ms.wikipedia.org
Malaysiakini.com





Baca seterusnya..

El-Nino

Labels: ,

Kita bakal berdepan dengan fenomena El Nino mulai Ogos, ini disahkan Jabatan Meteorologi cuaca panas dan kering berterusan sekurang-kurangnya sehingga September nanti.Sekarang memang cuaca panas, dirumah pasang kipas siling dan pasang kipas meja full pun masih panas lagi. Kalau di office pulak sejuk melampau, ini satu hal lagi bila dah sejuk panas sejuk panas mula la nak demam disebabkan perubahan cuaca.

Pada cuaca macam ini, awasilah aktiviti anak-anak supaya tidak bermain api dan elakkan membuat pembakaran secara terbuka yang akan menyumbang kepada jerebu.



KUALA LUMPUR - Kemerosotan kualiti udara yang menyaksikan cuaca mula berjerebu di beberapa kawasan dianggap petanda awal kedatangan fenomena El-Nino mulai Ogos ini.

Berdasarkan pemantauan Jabatan Meteorologi Malaysia, El-Nino sudah terbentuk ekoran cuaca panas dan kering semasa musim Monsun Barat Daya, namun kekuatannya hanya dapat dikenal pasti mulai Ogos ini.

Serentak dengan itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mahu beberapa langkah pencegahan diambil termasuk mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka yang kini meningkatkan jerebu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan akhbarnya semalam telah mengambil beberapa langkah awal membentuk kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan sebagai persediaan awal.

"Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan telah diadakan 23 Februari dan 8 Jun lalu untuk memastikan semua agensi kerajaan bersedia menghadapi fenomena ini,'' jelasnya.

Selain itu, pihak kementerian turut melakukan pemantauan udara dengan kerjasama Unit Udara Polis Diraja Malaysia dan syarikat penerbangan swasta untuk mengesan pembakaran terbuka di beberapa kawasan berisiko seperti Selangor, Pahang dan Johor.
Sumber Kosmo.com.my

Baca seterusnya..

Tanda-Tanda Kiamat Kecil

Labels: ,


Jom kongsi email yang aku terima ini..semoga memberi pengajaran dan pedoman kepada kita


Gambar hiasan

Antara tanda-tanda kiamat kecil berdasarkan hadis:

* Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

* Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim



* Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

* Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

* Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui
yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

* Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua
orang mulia" - Riwayat Thabrani

* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

* Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim





Baca seterusnya..

One Eyed Kitten

Labels:

Gambar diatas merupakan seekor anak kucing bermata satu dengan muka dan telinganya mirip kera yang dilahirkan seekor kucing liar. Anak kucing ini dijumpai di stor TNB Mesjid Tanah, Melaka oleh Abu Hasan Lumat 56 bersama rakannya semasa membersihkan stor tersebut. Namun hayat anak kucing itu bertahan selama 24 jam selepas ditemui.

Sumber
Berita Harian 3 Jun 2009




Baca seterusnya..

Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2009

Labels: ,

Appey Rowenna Januin dari Daerah Papar


Pada 31 Mei 2009 Majlis Penutupan Bulan Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah Abdullah bertempat di Hongkod Koisaan, Penampang. Ribuan pengunjung tak kira bangsa dan agama telah membanjiri Hongkod Koisaan untuk turut serta memeriahkan Pesta Kaamatan yang diraikan setiap tahun ini.



Acara kemuncak pesta adalah pertandingan Unduk Ngadau iaitu Pertandingan Ratu Cantik Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah. Appey Rowenna Januin dari Daerah Papar telah dinobatkan sebagai johan. Naib johan dimenangai oleh Pearl Dianne Petrus dari Kota Kinabalu manakala tempat ketiga disandang oleh Joanne Kimberly J. Majalap dari Daerah Penampang.

Pengenalan Pesta Kaamatan


Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.

Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut.

Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.

Asal usul Magavau

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.

Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".

Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Sumber
Pengenalan Pesta Kaamatan
Photo Undukngadau 2009
Gambar Finalist Unduk Ngadau 2009 - Seluruh Daerah






Baca seterusnya..

You Follower I Follower