Enter your email address:

Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia

7 Kesilapan Lazim Dalam Menguruskan Wang

Labels:


“Saya telah bekerja selama 20 tahun tetapi sehingga kini wang simpanan saya hanya sedikit sahaja. Kadangkala, saya tertanya-tanya kemanakah perginya wang saya?” - Puan Chong, Eksekutif

Pernahkah anda mendengar keluhan sebegini? Jika anda bertanya orang di sekeliling anda, besar kemungkinan anda akan berjumpa sekurang-kurangnya seorang yang sependapat dengan Puan Chong.

Jika anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenalpasti terlebih dahulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan agar anda dapat belajar daripadanya.

Kesilapan #1:
Gagal Merancang

Jika anda bertanya kepada orang disekeliling anda, pasti anda akan dapati ramai diantara kita yang tidak merancang kewangan. Alasan yang selalu diberikan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya”. Sikap acuh tak acuh ini akan menjejaskan kedudukan wang anda, contohnya anda akan selalu membayar cukai yang tinggi, membiarkan pelaburan tidak berkembang dalam tempoh yang lama atau tidak bijak memilih produk-produk pelaburan/kewangan yang sesuai dengan anda. Dengan bebanan kerja yang banyak, ramai diantara kita yang tidak memberi keutamaan kepada pengurusan wang dan membiarkan keadaan menjadi penentunya.

Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan yang berpendapatan sederhana, tabiat MERANCANG KEWANGAN akan membolehkan anda menjadi seorang yang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.


Kesilapan #2:
Berbelanja Melebihi Kemampuan

Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan-rakan dan juga iklan-iklan disekeliling kita. Saban hari iklan-iklan di TV, surat khabar dan kompleks membeli belah banyak mempromosikan gaya hidup yang mewah. Telefon bimbit model terkini, kereta mewah dan juga fesyen terbaru banyak mendorong kita untuk berbelanja diluar daripada kemampuan. Apatah lagi, ramai yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai diantara kita yang hanya mempunyai baki yang sangat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan setelah ditolak pinjaman rumah dan kereta; bayaran kad kredit, bil-bil dan sebagainya.


Kesilapan #3:
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit

Tabiat beli dulu dan bayar kemudian merupakan perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai diantara kita yang memiliki lebih daripada satu kad. Walaupun kad kredit merupakan satu kemudahan tetapi ramai orang yang menyalahgunakannya dan menganggap ia adalah suatu alat untuk kita berbelanja dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula, dengan bayaran minima setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minima tersebut, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari. Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Ini adalah realitinya kerana mengikut laporan kemuflisan (bankruptcy report), peratusan orang yang jatuh muflis sejak kebelakangan ini telah meningkat, terutama sekali dikalangan golongan muda. Oleh itu, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat. Dengan membuat bayaran minimum setiap bulan, anda mungkin boleh terus berbelanja, tetapi anda harus ingat bahawa ia akan menyebabkan anda mengalami kerugian besar di belakang hari.

Kesilapan #4:
Lewat Menabung Untuk Hari Tua

Ramai diantara kita yang ingin bersara awal. Tetapi untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Walaubagaimanapun, masih ramai diantara kita, terutamanya mereka yang sudah hampir bersara yang masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan yang diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Apa yang berlaku adalah sebaliknya dimana setiap kali gaji naik, perbelanjaan kita pula yang bertambah, contohnya pengubahsuaian rumah, kereta baru, menjadi ahli kelab tertentu untuk bersaing dengan rakan-rakan dan sebagainya. Perbelanjaan sedemikianlah yang menyebabkan kita sukar menabung untuk hari tua.

Kesilapan #5:
Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian

Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Jangan bergantung kepada kata-kata penasihat kewangan semata-mata kerana ada diantara mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Kadangkala ada penasihat kewangan yang tidak bertanggungjawab dan memberikan maklumat yang tidak tepat untuk meningkatkan komisen jualan mereka. Jadi pastikan anda meneliti ciri-ciri sesuatu produk pelaburan tersebut dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Kesilapan #6:
Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan

Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan yang membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama sekali jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Keadaan akan menjadi lebih malang jika orang yang hilang pendapatan tersebut merupakan ketua keluarga atau pencari nafkah dalam keluarga. Tanpa insuran atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

Kesilapan #7:
Terlampau Memikirkan Pasal Wang

Perkara diatas membincangkan tentang keperluan merancang kewangan dengan baik. Namun, dalam usaha memupuk tabiat yang baik tersebut, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara-perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan. Tanpa perkara ini, hidup anda tidak akan memberi sebarang makna walaupun anda mempunyai wang jutaan ringgit.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri tentang kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.

Artikel Asal www.min.com.my

Baca seterusnya..

PROTON EXORA MPV 1ST MALAYSIA

Labels: ,

Waa Proton Exora baru dilancarkan semalam. Sebelum pelancaran tempahan dah beribu huhuhu..
Proton MPV ni boleh la tahan, harga dari RM69,548.00 - RM75,998.00 dengan dua versi M-line dan H-line. Versi H-line ada GPS, DVD/LCD monitor, Tinted glass, leather seat.



Baca seterusnya..

MALAYSIAN CABINET 2009

Labels: ,

Full list of 2009 Cabinet Minister of Malaysia


Baca seterusnya..

TAG

Labels:

TAG dari kakzana ...hehehe..tak pernah pulak di TAG..ni kakzana pulak tag..apa-apa pun tq...

1. Saya sedang mendengar:

2. Bekas kekasih saya adalah:

Jang Nara

malu ar nak cakap kang bini ngamuk plak hahaha..x pe la ni bekas kekasihku ..hehehe gurau je ye ni pelakon korea la Jang Nara..


3. Mungkin saya patut:

Sambung Study..

4. Saya suka:

Makan ayam masak merah

suka buat sesuatu yang baru dan suka rosakkan PC dan
mengadap PC 24 jam hehehe


5. Sahabat-sahabat baik saya:

Semua sahabat baik (berfikiran posi+if pada orang lain)

6. Saya tak paham:

kenapa orang yang ada Otak tapi pakai kepala lutut, manusia yang berpendidikan tinggi tapi habuk pun tarak..hehehe

7. Saya kehilangan:

emm.. selipar hilang time sembayang Jumaat di masjid Uniten
(mungkin ada orang pinjam tapi tak letak tempat asal kut)

8. Ramai yang berkata:

Kalau makan telur ayam nanti tak dapat anak....betul ke???..
betul laa nanti tak dapat anak ayam la hehehehe


9. Makna nama saya:
Pujianku, pujian

10. Cinta itu adalah :
c -cerita
i -indah
n -nya
t -tentang
a -aku

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Buat kerja, merancang sesuatu atau buang hajat kut

12. Saya akan cuba :
membuat sesuatu walaupun tak tahu...yang penting belajar dan bertanya pada orang yang tahu

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Hingga ke akhir hayat

14. Telefon bimbit saya :

O2 XDA II Mini
dah pakai 6 tahun..telefon bimbit paling lama saya guna..


15. Bila saya terjaga dari tidur :
bersyukur sebab masih bernafas

16. Saya paling meluat apabila:

orang yang berfikiran macam katak dibawah tempurung


17. Pesta / Parti adalah:
Pesta Kaamatan...Parti BEBAS huhuhu

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Kanak-kanak tak paya fikir apa-apa

20. Hari ini :
kerja

21. Malam ini saya akan:
rehat, surf internet

22. Esok pula saya akan:
kerja balik

23. Saya betul2 inginkan:
semua orang ingkinkan kesempurnaan, kecerian dan keharmonian
dalam apa jua..
yang penting berdoa dan terima apa seadanya..

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
Alhamdulilah masih boleh melihat

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
pusat beli belah time ada benden nak beli dan jalan-jalan cari makan...
arked permainan for my humairah


26. Makanan Barat atau Jepun:

27. Bilik yang terang atau gelap:
Bilik yang terang , ceria dan nyaman

28. Makanan segera adalah:

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Kerja elok-elok

30. Siapa yang anda nak TAG?

Baca seterusnya..

Perdana Menteri Ke-6 Malaysia

Labels: ,

Tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya perdana menteri Malaysia kee-6 apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia sempurna dilangsungkan di Istana Negara, 10.10 pagi.

"Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat 'satu Malaysia' - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan."

Harapan rakyat Malaysia, semoga beliau memimpin negara dengan lebih berwibawa, bertanggungjawab, berlaku adil, mengembalikan Malaysia kepada Kemakmuran dan Sistem Pentadbiran berlandaskan Islam serta mengukuhkan keyakinan rakyat. Banyak isu besar yang perlu diselesaikan. Isu ekonomi, isu bahasa, isu perpaduan, isu persepsi, isu perlembagaan dan bermacam-macam lagi yang perlu ditangani segera.


Y.A.B TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-5
2003-2009

Penghargaan Di atas jasa dan sumbangan yang tidak ternilai sepanjang pemerintahan selaku Perdana Menteri MALAYSIA yang ke-5 dalam mengekalkan keharmonian rakyat, kestabilan politik, kecemerlangan negara serta pembangunan modal insan dan Tahniah juga kepada Pak Lah yang telah di anugerahkan TUN.

Teori RAHMAN sudah sempurna.

R: Rahman
A: Abdul Razak
H: Hussein
M: Mahathir
A: Abdullah
N: Najib



Baca seterusnya..

Risiko Dapat Penyakit menjelang umur 30 tahun

Labels: ,


Risau pulak terbaca artikel berkaitan dengan risiko penyakit bila menjelang umur 30 tahun. Tinjauan yang dilakukan Kementerian Kesihatan mendapati ramai di kalangan rakyat di negara ini tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Mana nak sedar kan semua masakan yang ada di Malaysia sedap-sedap belaka. Di Malaysia memang berbilang bangsa macam-macam masakan ada, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Thailand, Mee Bandung dan banyak lagi la yang tidak ada di tempat lain.

Ni la rutin makan orang kita setiap hari..Pagi makan Nasi Lemak, Tenghari Makan Nasi briani, malam pulak makan nasi lauk sup tulang atau masak lemak dan tengah malam pulak minum teh tarik dengan roti canai. Bila cek kesihatan ha semua penyakit ada... Tapi ada juga orang yang makan tak teratur tapi tiada penyakit kan..hehehe ada orang yang jaga pemakanan tapi ada penyakit pulak...apa pun ikut nasib badan la kan...

KUALA LUMPUR - Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas berhatilah-hatilah kerana anda mungkin terdedah kepada risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Justeru, pemeriksaan awal amat penting kepada golongan umur berkenaan bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan seterusnya menjalani rawatan pemulihan yang disarankan.

Pakar diet dan nutrisi Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, beliau dan beberapa penyelidik lain pernah menjalankan kajian yang sama di beberapa gugusan Felda di Pahang sebelum ini membabitkan 1,000 responden berumur antara 35 dan 55 tahun.

"Kesemua responden yang diambil merupakan individu yang dianggap sihat, bagaimanapun selepas pemeriksaan didapati satu per-tiga daripada mereka menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit sedemikian.

"Ini amat mengejutkan, memandangkan kebanyakan responden merupakan golongan yang aktif melakukan kerja-kerja di ladang dan sebagainya," katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad bahawa tinjauan yang dilakukan kementerian mendapati ramai di kalangan rakyat di negara ini tidak menyedari bahawa mereka adalah penghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Tambah Fatimah, sebagai langkah awal adalah disarankan mereka yang berusia 30 tahun ke atas menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan risiko terhadapnya dapat dikurangkan.

Kosmo


Baca seterusnya..

Virus April Fool’s Day Conficker Worm Attack

Labels: ,

New computer worm could hit on April Fools’ Day. Are you ready?Internet and Computer security professionals are predicting that there is another computer worm that will be pushed into public on April Fools Day.

The new virus is called “Conficker C”, and it’s similar to another worm that threatened computers back in January.

It may have been built with the same characteristics as a Trojan. Meaning, it will infect a computer and it will hide itself inside the O/S. The worm is programmed to take over these computers on April first.

It’s anybody’s guess what happens then. Experts think it may delete all the files on a person’s computer, or turn the computer into a zombie, to send spam or attack other websites in an effort to shut those sites down.

There’s also a theory the worm may be a spam program to get people to buy phony products.

The worm keeps computers from downloading automatic updates from Windows, so one quick way to see if your computer is infected is to see if you have gotten automatic updates from Windows in March.

If you have the updates, your computer is probably fine. If you’re not infected, you can take action to make sure you stay safe.

If you have an Apple computer that runs Windows software, check for updates as well to make sure you’re protected.

Protect yourself against the Conficker C Virus get CA Anti-Virus Plus CA Anti-Spyware 2009 1 User

Click HERE for more details.

Credit to
aryeltech.com

Baca seterusnya..

You Follower I Follower