Info Terkini Influenza A(H1N1) Di Malaysia
virus dumprep 0 -k
Kesan virus ini :-
* Apabila komputer atau laptop yang terkena virus ini akan menyebabkan ia akan restart tersendiri. Selepas anda on pc tersebut dalam beberapa saat kemudian ia akan restart sendiri.
* Virus ini juga aktif pada start up setiap kali pc di on. ini akan menyebabkan pc anda lembab sewaktu anda membuka pc anda. walaupun anda untick pada msconfig namun ia tetap berada di msconfig atau start up.
Kaedah mengatasi :
1. Gunakan perisian Perisian GVR yang versi terbaru dan jangan lupa setkan pada setting perisian tersebut seperti gambar di bawah.
2. Kemudian anda perlu scan menggunakan perisian ini di safe mode. selepas itu scan seperti biasa.
3. kemudian anda perlu delete dari start up list file virus ini dengan klik start->run->taip regedit-> dan cari lokasi file di bawah ini.
Cari key ini dan delete file virus tersebut.
[HKLM\SOFTWARE\Microsoft\Shared Tools\MSConfig\startupreg]
[HKLM\SOFTWARE\Microsoft\Shared Tools\MSConfig\startupfolder]
You can safely delete those entries.
P/s: Di tempat saya bekerja dah terkena virus ini dan dengan kaedah di atas saya dapat mengatasi masalah ini. Selepas pc tersebut dan ok jangan lupa install perisian anti virus seperti avira atau avg.
Di samping itu saya juga mencadangkan anda menggunakan Guna winparol.
Sumber: neoryzer
Thursday, November 06, 2008 | 0 Comments
Flash (swf) ke Power Point
File FLASH (SWF) boleh dimasukkan ke dalam Power Point.
Anda perlu download dan install Swiff Point Player for Windows DOWNLOAD
Buka program power point >>klik Insert >> klik flash movie
Selepas itu pilih file SWF pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam Power Point dan klik insert
Hasil file swf telah dimasukkan ke dalam Power Point seperti dibawah
Klik pada view->slide show dan Play
selamat mencuba..
Saturday, October 25, 2008 | 0 Comments
Salesman Berlakon
Time nak ke giant kat 1 borneo, tiba ada salesman perkenalkan diri dengan saya dan isteri dan ajak nak pi kedai Aowa, did cakap just dengar dan kalau tidak berminat kita bagi hadiah mug..ok la dalam hati saya saja-saja dengar.. x pe ikut je la..Memula tunjuk dapur masak air alas dgn kain tapi kain tak terbakar dia cakap harga dalam RM3k
Lepas tu dia soh duduk nak bagi hadiah percuma (mug) nak suruh iklankan kat kawan2..Lepas tu dia kasik mug tu dan dlm mug tu ada kertas..Dia kata ada setengah customer dpt Thank You sahaja, tapi ada yg dpt baucer RM100, RM200, RM500 & RM1000 ok tak pe.. aku bukak kertas tu dan hadiahnya “yeahhhhhhh…AOWA INDUCTION COOKER yang berharga RM3k dan alat penyegar udara yg berharga RM2500 ”
Salesman tu dgn muka terkejut mengatakan mustahil aku dpt 2 set sebab biasanya 1 set sahaja..dan dia cakap hadiah ni sebelum ni dah ada org yang dapat..Dia pun call seseorang..dan org dlm talian tadi bagi tau semua tu aku dpt free..dan dia bagi hp tu pulak kat isteri dah org dalam talian tu pun cakap memanang hadiah tu comfrm kami dapat..Budak salesman tadi mengucapkan tahniah kepada kami kerana dapat hadiah percuma 2 set barang..Tapi menurutnya, hadiah-hadiah tersebut saya dapat jika mengaktifakn Baucer RM100 beli salah satu barangan mereka yg yang ada dalam senarai. OK saya dengan isteri pun tgo la..maii harga dalam tu semua atas RM1500, ingatkan harga dalam RM400 ke Rm500..
Saya berbincang dengan isteri nak ambik ke atau nak tolak..bincang punya bincang isteri nak juga sebab dapat AOWA INDUCTION COOKER dan AOWA AIR PURIFIER. Kalau campur harga dua-dua barang tu RM3000 + RM 2500 =RM5,500 (FREE) so isteri nak beli pulak AOWA GOOD WATER SYSTEM yang berharga RM2800 (hemm dalam hati saya betul ke tu free semua takut tipu je) .So ok bayar la RM2800 (duit Oo duit) pas tu budak tu bagi la semua barangan tu AOWA INDUCTION COOKER, AOWA AIR PURIFIER dan AOWA GOOD WATER SYSTEM dengan harga RM 2,800. Nak balik budak tu tolong hantar barang tu sampai kat paking..Hemmm
Dalam perjalanan balik ke Ranau macam-macam dalam kepala, betul ke harga barang tu?? barang tu boleh tak pakai..hemm saya pun malas nak fikir sebab barang dah ambik dan duit pun dah bayar.
Samapi kat Ranau tanya adik. dia cakap memang ramai dah yang kena ..adusss kawan dia pun ada juga kena ofer tapi dia tolak sebab hadiah just vacumm berharga RM1800 dan kene beli barang atas harga RM2k aduss...emm kepada yang belum kena berhati-hati la..salesman memang cakap manis je hampeh!!
Thursday, October 16, 2008 | 10 Comments
1 Borneo


KFC terbesar di Sabah

The Manhattan Fhis Market

Big Apple

McDonald's

Sushi King

Pizza Hut
Kepada kawan-kawan yang mau jalan-jalan di Sabah jangan lupa singgah di 1 BORNEO..Rugi kalau tidak singah..Betul Baa hehehehe Baca seterusnya..
Wednesday, October 15, 2008 | 2 Comments
Balik Kampung
Waa..Alhamdulila esok aku balik Kg setelah 2 tahun tidak balik beraya. Pada kali ini adalah 1st aku balik beraya dengan isteri tersayang dan anakku yang comel . Anak aku dah nak masuk setahun baru dapat balik di sabah hehehe. Emm ni la kan masalah kalau keluarga jauh apa boleh buat.
Untuk balik Kg mesti la ada perancangan kan, dari segi permohonan cuti, perbelanjaan dan aktiviti semasa di kampung. Paling penting sekali adalah perancangan kewangan, ni penting bagi yang balik menggunakan kapal terbang sebab melibatkan tambang yang agak tinggi. 1 orang pergi balik ke sabah (MAS) RM1,+++.00 ha kalau 3 orang mungkin dalam lingkungan RM3-4k tu baru tambang tidak termasuk perbelanjaan semasa berada di kampung T_T .
Namun sekiranya menggunakan perancangan awal tidak la semahal itu kan, sebab sekiranya membeli tiket lebih awal mungkin kita mendapat harga tiket yang murah. So rajin-rajin la tgo promosi MAS dan Airasia
Pada tahun ini aku menggunakan kemudahan tambang bagi pegawai yang berasal dari sabah dan berkhidmat di semananjung. So dapat la tambang Free 2 tahun sekali, namun berkuatkuasa Januari 09 dapat tambang free setiap tahun...ha ni yang besti Pekeliling Perkhidmatan Bil 22 Tahun 2008
Alhamdulila dengan kemudahan ini dapat la mengurangkan beban perbelanjaan balik kampung. Kalau kemudahan ini tidak disediakan aku kena sedaikan perbelanjaan lebih kurang RM3k untuk tambang sahaja, kalau 3k tu nak shoping dah dapat beli macam-macam dah hehehehe.
Kesimpulannya, kalau kita bercuti mestila membuat perancang awal dari segi kewangan, cuti dan aktiviti dan yang paling penting sekali adalah perancangan kewangan walaupun kita balik dekat atau pun jauh untuk melancarkan percutian kita. Ok la pesan aku, berhati-hati dijalan raya, jaga diri dan kita hanya merancang tuhan yang akan menentukannya.
Monday, September 29, 2008 | 0 Comments
Sudirman
SUDIRMAN - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Huhu nak dengar lagu ni time Tak Dapat Balik Raya ..Sedihnya
Chords guide :
C Dm Gm A Bb
e|--0------1------3------0------1-----|
B|--1------3------3------2------3-----|
G|--0------2------3------2------3-----|
D|--2------0------5------2------3-----|
A|--3------x------5------0------1-----|
E|----------------3-------------------|
[Intro]
Dm C Dm Bb C Dm
Dm A
Dalam dingin subuh hatiku terusik
Gm A
Kenang nasib diri di rantauan
Dm Bb
Bergema takbir raya menitis air mata
Gm C A
Terbayang suasana permai desa
Dm A
Rindu hati ini inginku kembali
Gm A
Pada ayah bonda dan saudara
Dm Bb
Tetapi aku harus mencari rezeki
Gm C Dm
Membela nasib kita bersama
(Strings solo part) Bb Dm Bb Dm
[Chorus]
Gm Dm
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
A Dm
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Gm Dm
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Bb A
Meraikan aidil fitri yang mulia
Dm A
Restu ayah bonda kuharap selalu
Gm A Dm
Hingga aku pulang kepadamu
(Strings solo part) Bb Dm Bb Dm
(Ulang Chorus)
Dm A
Restu ayah bonda kuharap selalu
Gm A Dm
Demi anakmu yang kini jauh
[Outro]
Bb Dm
Wednesday, September 24, 2008 | 0 Comments
Cegah Virus
Dengan Write USB Protector
USB drives are one of the prime reasons for spreading of viruses as we use it in many PCs, so there is chance that it might be infected with Viruses and which in turn effects other PCs as well. The USB Protector is a freeware application which prevents write access to a USB drives. This will protect USB drives from viruspadu viruses, malwares, spywares etc.
For Download USB Write Protector refer NirmalTV blog.
Saturday, September 13, 2008 | 0 Comments





